Taste Of Korea Tarikan Terbaru di Texas Chicken


Bismillah,

Hujung minggu ni apa program? Dah plan nak bawa keluarga ke mana? Bagi yang tak punya apa-apa perancangan, apa kata korang bawa keluarga menikmati hidangan di Texas Chicken sebab kini Texas Chicken ada memperkenalkan menu baru iaitu Taste of Korea.


Puan isteri pernah cuba set menu ini. Terdapat dua ketul ayam dengan rempah seaweed, seaweed fries dan Yuzu Sparkles. Korang juga boleh memesan hidangan sampingan mereka iaitu Yuzu Sundae dan Yuzu Shortcake. Memang terbaik bak hang!

Aku pula macam biasa akan memesan menu set Mexicana Burger. Burgernya besar, patty nya tebal dan segar. Rasanya agak pedas dan cukup mengenyangkan aku. Kalau bukan Mexicana Burger, aku akan pilih Mexicana Wrap. Kenapa mesti mexicana? Sebab ianya pedas haha.


Untuk Jasmeen pula, ada menu set untuk kanak-kanak. Aku akan pesan menu set ayam goreng, air, honey butter biscuit dan kentang putar pada harga RM5.95 sahaja. Ada pelbagai menu set yang lain untuk kanak-kanak kalau korang tak mahu set ayam ini.


Kenapa aku syorkan Texas Chicken? Pertama sekali sebab ayamnya sangat besar. Biasanya di fast food restaurant yang lain aku akan pesan menu set 3 ketul ayam, tapi di Texas Chicken memadai aku pesan menu set 2 ketul ayam. Kalau aku pesan 3 ketul ayam, selalunya aku akan tapau balik seketul ayam.

Kedua sebab airnya diberikan secara free flow. Kita boleh tambah air sesuka hati. Airnya pula tidak hanya tertumpu pada air bergas, tetapi ada juga disediakan teh o limau dan fresh orange. Dan aku rasa berbaloi untuk makan di sini kerana aku rasa restoran ini menjaga kehendak pelanggannya dan tidak kedekut. Tak hairanlah ramai pelanggan memberi maklum balas positif mengenai Texas Chicken.

Di sini aku sertakan sekali lokasi-lokasi Texas Chicken yang boleh korang kunjungi nanti. Apa apa pun selamat berhujung minggu ye. Semoga hari minggu korang ceria bersama keluarga.



3 Comments

  1. sedapnya Jasmeen makan. sy sekeluarga memang suka Texas chicken. kena cuba ni

    ReplyDelete
  2. mana gambo org yg makan burger tu? huhu

    ReplyDelete
  3. ambooiii bukan main berselera anak dara tu makan.. hihihi. pernah makan Texas Chicken. Not bad. =)

    ReplyDelete