Volkswagen Kuning : Filem Seram Daripada Kisah Benar


Bismillah,

Semalam aku berpeluang untuk menyaksikan pratonton filem terbaru daripada MIG Production Sdn Bhd iaitu Volkswagen Kuning di eCurve Damansara. Filem kali ini hasil daripada garapan pengarah muda iaitu Shadan Hashim dan merupakan filem ke 115 terbitan MIG Pictures Sdn. Bhd.


Pratonton filem ini dihadiri oleh rakan-rakan media, blogger dan peminat. Sebelum tayangan bermula, Mejar (K) David Teoh telah menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan menulis kisah seram yang rata-ratanya adalah penyertaan di kalangan blogger. Hadiah utama pertandingan tersebut merupakan OPPO Smartphone F1s yang telah ditaja oleh OPPO Malaysia dan telah dimenangi oleh saudari Iena Wahab.


Kisah Benar Ke?
Aku dimaklumkan yang jalan cerita filem ini diadaptasi daripada kisah benar hasil daripada input perbualan dengan mereka yang mempunyai pengalaman bertembung dengan kereta mistik tersebut. Adalah diselitkan kisah bagaimana Volkswagen Kuning itu menjadi berhantu dan menghantui pengguna jalan yang lain. Nak tau kenapa? Kena tengok sendiri filem ini di pawagam.

Pelakon Terbaik
Antara pelakon utama yang membintangi filem ini seperti Pekin Ibrahim dan Atikah Suhaime. Dalam banyak watak yang diketengahkan dalam filem tersebut.. aku suka sangat dengan watak Pak Ayub. Walaupun bukan watak utama, tetapi peranannya sangat menyerlah dalam filem tersebut. Dari awal sampai habis aku asyik tergelak dengan scene-scene yang melibatkannya. Cerita seram tetapi bila sampai part dia terus jadi lawak. Watak apa sebenarnya Pak Ayub ni? Jangan tanya aku sebab aku pun musykil. Sebab apa aku kata "pelakon terbaik"? Mohon tengok dan nilaikan sendiri haha.



Seram tak?
Pada aku efek seram tu ada. Penggambaran dibuat pada waktu malam tanpa prop lampu, dan hanya bergantung dengan lampu kereta. Berjalan di jalan yang kiri kanannya hutan memang menaikkan mood seram aku. Bunyi latar juga berjaya membuatkan aku menjiwai rasa seram sewaktu menonton. Tapi mohon banyakkan lagi scene seram sebab aku rasa seram part atas jalan dalam hutan je hehe.

Penambahbaikan Jika Perlu
Aku suka jalan cerita dari minit awal sehingga Pekin dan Atikah terserempak dengan Volkswagen Kuning. Aku harapkan lebih banyak lagi scene-scene seram di atas jalan raya memandangkan Volkswagen Kuning ni amat terkenal dengan kisahnya yang banyak mengganggu pengguna jalan raya.

Pengakhirannya seolah-olah memberitahu yang Volkswagen Kuning sudah habis membalas dendam dan tiada lagi kisahnya lepas itu. Aku lagi suka kalau ending dia buat penonton tertanya-tanya siapa lagi mangsa dia seterusnya hehe.


Nak Bagi Berapa Bintang?
Aku nak bagi 3.5/5 bintang. Menarik dan ada aspek seram. Mohon untuk next movie project ditambahkan lagi lebih banyak elemen seram dan scene-scene yang mendebarkan hehe. Dan kekalkan watak Pak Ayub hahaha. Thumbs up!



13 Comments

  1. interesting jalan citer tapi saya tak suka nengok citer seram..sbb nanti tetiba berlakon dalam citer tu dalam mimpi..hehe

    ReplyDelete
  2. Tengok kepala awak pun dah seram dah...

    ReplyDelete
  3. pak ayub yg seram sbb air segelas kena abiskan minum 7 hari haha

    ReplyDelete
  4. haritu ingat nak pergi..tapi dok fikir fariza..hahaa..tak jadi

    ReplyDelete
  5. takat ni belum ada filem tempatan yg lebih seram dari cinta kolestrol. kahahah

    ReplyDelete
  6. Watak pak ayub mmg menyerlah sbg penghubung watak2 yg lain. Watak pak ayub buat filem ni bertambah seronok di tonton...

    ReplyDelete
  7. seram kat vollkswagen je ke? hantu tak ada ek. hehe

    ReplyDelete
  8. Nampaknya ramai blogger yang dok sebut2 pasal pak Ayub ni..

    ReplyDelete
  9. Pak Ayob harus diberi anugerah Air Jampi 7 Hari.

    ReplyDelete
  10. Aihh...dah kenapa dengan Pak Ayub ni ? Ni yang nak kena tengok ni...hehe

    ReplyDelete
  11. Hidup pak ayob haha 😂😂😂

    ReplyDelete