Aizuddin Coffee : Bukan Ice Blended Biasa-Biasa


Bismillah,

Kenapa aku kata bukan biasa-biasa? Sebab rasa dan perisa yang dia perkenalkan memang lain. Aku tau pasal Aizuddin Coffee ni pun since dorang meniaga kat downtown Jalan Reko lagi. Masa tu kecik je gerainya macam gerai coffee big cup yang lain. Time tu aku terpanggil nak cuba, tak sangka melekat sampai sekarang.


Aku suka flavour yang dorang ketengahkan lagi-lagi perisa Cappucino Caramel. Tak terlalu manis dan creamy. Selain daripada tu, ada banyak lagi flavour yang boleh korang cuba seperti Chocolate Hazelnut, Vanilla Oreo dan Chocolate Strawberry.



Sekarang ni dorang pun dah tak meniaga di downtown Jalan Reko lagi. Dorang dah ada kedai sendiri di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Kafe mereka berkongsi kedai dengan Dobi Eco Green, sederet dengan JPJ Cawangan Bangi. Sekarang pun mereka nak upgrade kafe mereka dengan menyediakan masakan panas. So kalau korang singgah nak menggunakan dobi, sementara siap membasuh boleh dah pekena ice blended mereka kat sana.


Mereka juga ada menyediakan set seperti set ice blended dengan wafel atau sandwich sebagai pilihan lain. Harga yang ditawarkan juga serendah RM7 sahaja. Pada aku harga yang ditawarkan sangat murah dan berbaloi. Sedap pun sedap. Tak rugi kalau korang mencuba.



Kalau korang singgah di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, nak pegi JPJ atau ada urusan di kawasan sekitar, boleh la datang ke Kafe Aizuddin Coffee. Alamatnya seperti yang tertera di bawah.


Aizuddin Coffee
No 45, Tingkat Bawah, Jalan 7/7c,
Seksyen 7, Bangi, Malaysia
Tel : 018-381 0203



4 Comments