Alami Keseronokan Halloween Di Citta Phantom Hotel, Citta Mall


Bismillah,

Apa program korang minggu ni? Kalau belum decide nak bawa keluarga ke mana, apa kata korang bawa mereka ke Citta Mall, Ara Damansara sebab bulan ni Citta Mall ada buat event Halloween. Amacam menarik tak?


Ada banyak aktiviti menarik yang akan dijalankan di sana sepanjang minggu ni antaranya seperti Halloween Face Painting, Halloween Character Walk-About, Trick or Treat, Halloween Arts & Crafts and Halloween Children Costumes Contest. Ada banyak event yang boleh disertai oleh ibu bapa dan anak-anak di sana.


Semalam aku sempat pergi ke sana dengan puan isteri dan Jasmeen. Teruja sebab kawan aku kata kat sana pun ada rumah hantu. Memula aku bagitau kat Jasmeen kemain happy. Macam-macam dia tanya dari aku mula bergerak sehingga sampai ke parkir Citta Mall.


Tapi bila sampai je kat depan rumah hantu tu, Jasmeen terus menyorok belakang aku. Yela mood seram tu dah datang, dengan prop dan sound lagi buat emosi memasing sedikit terganggu. Bila Jasmeen ternampak salah satu watak rumah hantu tu berlegar-legar terus dia jerit menangis ajak balik hahaha. Alih-alih aku je yang masuk ke sana.


Best dan happening. Korang boleh datang dan alami sendiri pengalaman memasuki rumah hantu tu. Tak best la kalau aku buat teaser kat sini hahaha. Korang boleh dapat tiket PERCUMA jika korang membeli tiket pada harga RM30 (maksimum 2 tiket dalam satu resit yang sama) dan harga tiket adalah RM15 untuk seorang. Kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah dibenarkan masuk dengan syarat ditemani ibu bapa atau penjaga.


Selain daripada itu, kepada ibu bapa yang ingin melihat anak-anak mereka menyertai Halloween Children Costumes Contest pada 29 Oktober 2016 pukul 5.00 petang hingga 6.30 petang, boleh la mendaftarkan penyertaan mereka di link di bawah. Hadiah yang ditawarkan juga cukup lumayan.




Tu je yang boleh aku kata. Tak rugi kalau korang bawa keluarga ke sana sebab ada banyak aktiviti disediakan oleh pengurusan Citta Mall sepanjang minggu ini. Jadi jangan lepaskan peluang, jom alami dan rasai sendiri keseraman di Citta Phantom Hotel, Citta Mall.

Nampak macam havoc je dancer dancer ni, 
tapi bila masuk rumah hilang macho haha

2 Comments

  1. amboihh sempat lg selfie dengan serigala tu ye.. agaknya dya dah kenyang kot sebab tu boleh selfie lg.. hihihi..

    ReplyDelete
  2. Tak berani oii nak pergi. nanti termimpi

    ReplyDelete