Bagaimana Jika RM6 Juta Tiba-Tiba Masuk Ke Akaun Anda Seperti Ini?


Bismillah,

Aku kongsikan cerita kawan aku sendiri ni. Dalam minggu lepas tiba-tiba sejumlah wang yang entah dari mana, datang dari siapa masuk ke dalam akaun dia. Bukan ratus, bukan ribu.. tetapi jutaan ringgit. RM6 juta atau lebih tepat RM5,800,000. Kalau jadi kat korang, apa akan korang lakukan? Hehe.


Rata-rata akan pulangkan atau laporkan kembali kepada bank berkenaan, sama la macam kawan aku tu. Tapi tak mustahil ada yang fikir cara lain. Ye la berjuta masuk akaun sendiri kan. Bak kata orang, duit yang disalur ke akaun sendiri... adalah hak milik sendiri. Bukan aku yang kata hokay, bukan aku kata haha.


Tapi kalau itu duit aku, first thing aku nak settlekan hutang piutang. Hutang PTPTN, hutang adik beradik, hutang mak bapak. Pening dok fikir hutang hari-hari hahaha. Tapi istilah kalau tu hanyalah permainan iblis. Kalau la kita usaha lebih, mesti kita kaya. Atau kalau la kita kaya, mesti duit kita banyak macam tu. Jika kita percaya pada Qada' Qadar, istilah kalau tu takkan ada :)

Pernah berlaku di negara jiran kita Indonesia dimana seorang lelaki terpaksa membayar balik duit yang digunakannya apabila sejumlah duit masuk tiba-tiba ke dalam akaunnya. Betul la tu, dah guna bayar lah balik kan? Bukan duit kita pun.

Jadi aku harap duit itu dapat dipulangkan kembali kepada empunya nya. RM5.8 juta tu bukan satu jumlah yang kecil. Duit tu kalau dapat kat aku, tak habis makan 7 keturunan hahaha. Tengok aku guna kalau lagi.

Aku percaya itu ujian untuk kawan aku. Jika dia berjaya, insyaAllah Allah akan gantikan sesuatu yang lebih bernilai daripada RM5.8 juta :)

6 Comments

  1. duuhh banyaknya. kalau lah kan, kalau sy, sy pun akan bayar hutang ptptn dulu hahaha. then hutang keluarga. lepas tu pegi travel. kihkihkih. itupun kalau lah kan. hakikatnya tetap bukan duit kita.

    ReplyDelete
  2. Silap bank in..haruslah dipulangkan balik

    ReplyDelete
  3. Mak oiiiiii.......terus note RM terbang kat mata akak..kalau gelap mata...mmg cepat2 ku transfer ke akaun lain..hahhahaha....kalau masuk kata akak kan...88 kali pengsan bangun balik x percaya nyer pasal

    ReplyDelete
  4. kalau betul masuk, aku buat bodoh je la. sapa soh masuk tanpa bagitau.

    ReplyDelete
  5. gila stress tengok duit macam tu! hahahaha. kalau aku, aku transfer RM100,000 masuk akaun lain. hahahaha..

    bukan aku mencuri. bukan aku meminta. dah depa nak bagi. sapa suruh buat keje main-main kan? hahahaha.

    http://www.ceritaejoy.com/

    ReplyDelete
  6. banyak tu..nak guna pun rasa takut sebab bukan diri sendiri punya.

    ReplyDelete