Biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk Lepasan UPSR Kini DIBUKA


Bismillah,

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera merupakan satu inisiatif di bawah Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan di bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri yang bertumpu untuk mengukuhkan pembinaan keupayaan Bumiputera secara sejagat dan berterusan. 



Antara mandat yang diamanahkan kepada Yayasan ini termasuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan keberkesanan bakat-bakat Bumiputera sejajar dengan usaha Kerajaan dalam menaiktaraf Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi melalui pendidikan akademik, pensijilan profesional dan vokasional.


Antara objektif utama badan ini adalah menyediakan peluang pendidikan dan latihan yang berkualiti tinggi kepada bumiputera dan juga memupuk bakat bumiputera ke arah yang lebih cemerlang. 

Terdapat 5 program yang dijalankan di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera ini. 
  • Peneraju Tunas
  • Peneraju Iltizam
  • Peneraju Skil
  • Peneraju Profesional
  • SPP1M

Peneraju Tunas
Program ini dibahagikan kepada 2 kelompok :

Peneraju Tunas Geliga
Terbuka kepada semua murid lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 yang berpotensi tinggi dan dari latar belakang yang mencabar untuk dipupuk dan dibimbing ke tahap yang lebih cemerlang untuk penempatan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ATAU Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Peneraju Tunas Potensi
Program ini merupakan satu program pembiayaan pendidikan untuk pelajar lepasan SPM/STPM yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dari latarbelakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari
berkualiti. Tawaran program pembiayaan pendidikan ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). 

Permohonan Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2016 Kini Dibuka. 


Program biasiswa Peneraju Tunas Geliga terbuka kepada semua murid lepasan UPSR 2016 yang berpotensi dan dari latarbelakang yang mencabar untuk dipupuk dan dibimbing ke tahap yang lebih cemerlang. Murid mestilah mendapat sekurang-kurangnya 4A (bagi murid Semenanjung Malaysia) dan 3A (bagi murid Sabah dan Sarawak) dalam peperiksaan percubaan/peperiksaan sebenar UPSR 2016.


Tarikh Permohonan
15 September 2016 (12:00 tengahari) hingga 9 Oktober 2016 (11:59 malam

Cara Memohon Atas Talian (Online)
  1. Pemohon dikehendaki melayari laman web Yayasan Peneraju dan klik pada pautan ‘Memohon’ di bawah program Peneraju Tunas Geliga.
  2. Sila daftar akaun menggunakan alamat emel dan kata laluan. Klik pada pautan yang dihantar melalui e-mel bagi mengaktifkan akaun.
  3. Baca arahan dengan teliti. Kemudian klik pada ‘Tetapan Umum' di sebelah kiri atau butang 'Mula Mendaftar Sekarang' dan lengkapkan semua maklumat dengan tepat. Pastikan setiap ruangan diisi dengan maklumat yang betul dan klik ‘Simpan” setiap kali selesai mengisi di semua ruangan. 
  4. Seterusnya, tekan pada butang ‘Permohonan’ di sebelah kiri dan lengkapkan semua ruangan yang disediakan. Klik ‘Simpan’.
  5. Pastikan anda menghantar permohonan dengan menekan butang ‘Hantar’ setelah selesai mengisi kesemua maklumat.
  6. Klik pada ‘Status Permohonan’ untuk menyemak status permohonan anda dan pilih ‘Maklumat Terperinci’ di bahagian ‘Operasi’ untuk melihat semula atau mencetak borang.
  7. Borang yang telah lengkap perlu dicetak dan disimpan oleh pemohon.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan atau lain-lain program di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, boleh terus hubungi : 

Cik Nurkhairunnisa Rafizi 
Ahli Bersekutu, 
Peneraju Tunas, 
Programme Management Office, 
Tel: 03-2727 9000 



3 Comments