Empat Perkara Menarik Tentang Hotel In Kuala Lumpur


Bismillah,

Berbanding dengan bandar-bandar besar lain, Kuala Lumpur mempunyai tarikan yang tersendiri. Selain tempat-tempat tarikan pelancong yang terkenal, Kuala Lumpur juga tersenarai sebagai destinasi yang paling banyak dilawati pengunjung dari serata dunia. Faktor geografinya yang optimum di samping kestabilan penduduk dan jaminan keselamatan oleh pihak kerajaan merupakan antara faktor yang menyumbang kepada situasi ni.


Once bila dah sampai di Kuala Lumpur, mesti korang akan rambang mata nak pilih tempat penginapan mana yang korang duduk. Kat Kuala Lumpur ni, korang boleh jumpa macam-macam jenis tempat penginapan, dari yang bajet sampai la ke yang bertaraf lima bintang. Untuk memudahkan lagi proses pencarian dan tempahan penginapan, apa kata korang layari https://www.traveloka.com/en-my/. Laman web ni menyediakan senarai hotel dengan tawaran harga yang jauh lebih murah di seluruh dunia. Nak lagi best bila ada banyak promosi during certain occasion dan pada hujung minggu. Serius jimat sangat. Kalau korang tak percaya boleh cuba try :)



Kebanyakan tempat penginapan di sini terletak di dalam kawasan yang menjadi tumpuan sama ada pusat perniagaan, tempat tarikan pelancong, jalan-jalan utama dan pusat membeli-belah. Ada jugak yang terletak betul-betul berhampiran dengan stesen tren, terminal bas, KL Sentral atau lapangan terbang. Bagi korang yang datang ke sini dengan menaiki pengangkutan awam, tempat penginapan macam ni la yang korang patut ambil kira lebih-lebih lagi bila membawa orang tua dan kanak-kanak bersama. Mudah untuk korang bergerak ke mana saja. Lagi satu, kalau naik tren, lebih-lebih lagi bila tiba waktu puncak, korang dah boleh elak kesesakan lalu lintas. Dan, yang paling penting, cara ini jauh lebih menjimatkan sebab tak perlu bayar parking, tol dan minyak!


2# Berdekatan Dengan Pusat Membeli Belah Utama

Bagi korang yang datang ke sini dengan tujuan untuk membeli-belah, tempat penginapan yang paling ideal ialah yang terletak betul-betul dengan main shopping complex seperti kebanyakan hotel in Bukit Bintang. Terdapat pusat membeli-belah yang ternama di sekitar area tu seperti Pavillion, butik Montblanc, Sephora, Fahrenheit, Bukit Bintang Plaza dan Berjaya Time Square. Manakala di setiap shopping mall tersebut, terdapat pelbagai jenama-jenama terkenal sama ada dari dalam mahupun luar negara. Kalau korang perasan, tak hairanlah kalau area ni sering dipenuhi dengan pelancong-pelancong yang datang dari luar negara kerana harga yang ditawarkan di sini juga sangat berpatutan.



3# Syurga Makanan

Selain tempat membeli-belah yang utama, kebanyakan hotel in Kuala Lumpur juga terletak berdekatan dengan restoran dan gerai-gerai makanan yang terkenal. Sebagai contoh, hotel-hotel yang terletak di Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan dan Jalan Tuanku Abdul Rahman yang hanya beberapa minit masa berjalan kaki dari tempat-tempat menarik yang menyajikan pelbagai jenis juadah tempatan dan antarabangsa yang terkenal. Bermula dari hidangan sarapan pagi, makanan tengahari, juadah makan malam sampai lah ke street food, korang boleh pilih sama ada nak makan kat gerai bajet atau nak makan kat hotel. Apa yang paling best ialah, selain makanan tempatan, bandar ni juga terkenal dengan masakan-masakan antarabangsa yang lain seperti makanan Pakistan, makanan Thailand, dan sebagainya. Pendek kata, korang boleh cuba rasa hidangan-hidangan yang korang sendiri tak pernah try sebelum ni! Menarik kan?

4# Dilengkapi Dengan Kemudahan Asas

Kalau tengok betul-betul, kebanyakan hotel-hotel di sini menyediakan kemudahan yang lengkap dan sempurana. Sebagai contoh, terdapat free shuttle dari tempat penginapan ke tempat-tempat tarikan pelancong. Point ni merupakan antara faktor terpenting yang membuatkan bandaraya Kuala Lumpur menjadi tumpuan para pelancong. Tidak dinafikan, terdapat banyak tempat tarikan pelancong di sini. Tetapi apa yang lagi best ialah, kerjasama yang erat antara kerajaan dan NGO dalam usaha untuk menjadikan KL sebuah bandar yang lebih baik untuk semua. Kemudahan tandas awam dan bilik-bilik mandi, surau atau bilik solat, bilik persalinan untuk bayi, laluan dan kemudahan untuk orang kurang upaya membuatkan ia menjadi destinasi percutian yang ideal untuk semua. Selain penduduknya yang ramah dan mudah didekati, bandar ini juga dilengkapi dengan papan tanda yang jelas dan sangat membantu di setiap tempat. Jadi, selain GPS, korang tak perlu risau kalau-kalau tersesat di sini.

Gunakan kod ZENXAFZAL untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 20% bagi mana-mana cawangan hotel Zen Rooms
**********

Jadi tepuk dada tanya selera. Bak kata orang lama, kalau dicampak ke tengah bandaraya Kuala Lumpur sekalipun, korang takkan mati. Seiring dengan Kuala Lumpur yang terkenal dengan slogan bandar yang tak akan tidur. Dengan empat perkara asas yang aku senaraikan di atas, aku harap korang tau tempat penginapan bagaimana yang korang mahukan sebaik sahaja tiba di Kuala Lumpur.
Selamat datang ke Kuala Lumpur. Kepuasannya ada di sini.

Sumber gambar : Google

1 Comments