Gary Sah Ambil Keputusan Tinggalkan Running Man


Bismillah,

Setelah enam tahun, akhirnya Kang Gary sah mengambil keputusan akan meninggalkan Running Man setelah penggambaran episod terakhirnya pada 31 Oktober ini.


Gary telah lama berhasrat untuk meninggalkan rancangan tersebut sebelum ini kerana ingin menumpukan perhatian terhadap bidang muzik dan mempelajari lebih banyak berkaitan muzik. Walaupun staf rancangan kerap memujuknya agar dia tidak mengambil keputusan tersebut, namun dia bertekad untuk meninggalkan rancangan yang terkenal di seluruh dunia itu.


Pihak produksi akhirnya bersetuju melepaskan Gary dan menghormati keputusannya itu.

"Sejujurnya kami gembira kerana selama 6 tahun ini Gary telah mewarnai dan menceriakan rancangan Running Man dengan segala upayanya. Kehilangannya pasti dirasai semua pihak produksi dan krew, dan lebih-lebih lagi rakan-rakannya yang lain di dalam Running Man" 

- krew Running Man -


Selepas ini pasti lagi tiada usikan Gary si Muka Sotong daripada Haha. Tiada lagi Monday Couple. Pasti kita akan rasa kehilangannya lebih-lebih lagi apabila habis episodnya yang terakhir pada 31 Oktober ini.

5 Comments