Joy Of Life - Minuman Kolagen Sarang Burung Yang Diiktiraf Halal

Bismillah,

Semalam aku menghadiri majlis pelancaran produk terbaru daripada Ecolite iaitu minuman kolagen sarang burung yang bertempat di Glass House, Seputeh. Kami di diberi taklimat mengenai produk baru mereka yang kini sudahpun memasuki pasaran tempatan.


Sebagaimana yang kita sedia maklum, produk berasaskan sarang burung ini telah lama diamalkan oleh masyarakat Cina yang mana percaya ia penuh dengan khasiat. Sebagai contoh ia mampu memberi kelegaan untuk mereka yang mengidap penyakit seperti selsema dan memulihkan agen pernafasan selain menguatkan paru-paru. Tetapi minuman sarang burung tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak yanh berumur kurang daripada 2 tahun kerana khasiatnya terlalu tinggi.


Produk Joy Of Life ini didatangkan dengan 5 perisa iaitu perisa asli, laici, longan, aloe vera dan kurma merah dengan buah goji. First time aku minum air sarang burung ni, rasa dia macam air kelapa pandan. Sedap dan boleh terima dengan tekak. Lagi sedap bila diletakkan di dalam peti sejuk. Perghh menarik!


Produk Joy Of Life ni dah pun mendapat sijil halal JAKIM dan mula dipasarkan di pasaran tempatan. Semalam kawan aku ada jumpa produk ni kat 7 Eleven. Harga yang ditawarkan pun serendah RM6.50 sebotol.


Sekarang tak payah susah susah nak cari sarang burung dah. Boleh dapatkan produk Joy Of Life, minuman kolagen sarang burung ini di pasaraya terpilih di seluruh negara dengan harga yang jauh lebih murah.

Bila ingatkan minuman berkhasiat, minumlah Joy Of Life. Sedap bak hang!

4 Comments

  1. Patut la muka memasing nampak lain je lepas minum..

    ReplyDelete
  2. Mmg harga yg sgt sgt berpatutan ni utk minuman sarang burung... sy suka yg perisa kurma merah dgn goji :)

    ReplyDelete
  3. Semalam Sally dapat cuba semua perasa...Sally suka dengan perasa Aloe Vera dan juga Kurma Merah dengan Buah Goji tu...

    ReplyDelete