Bismillah,
Semalam aku menghadiri majlis pelancaran produk terbaru daripada
Ecolite iaitu minuman kolagen sarang burung yang bertempat di
Glass House, Seputeh. Kami di diberi taklimat mengenai produk baru mereka yang kini sudahpun memasuki pasaran tempatan.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, produk berasaskan sarang burung ini telah lama diamalkan oleh masyarakat Cina yang mana percaya ia penuh dengan khasiat. Sebagai contoh ia mampu memberi kelegaan untuk mereka yang mengidap penyakit seperti selsema dan memulihkan agen pernafasan selain menguatkan paru-paru. Tetapi minuman sarang burung tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak yanh berumur kurang daripada 2 tahun kerana khasiatnya terlalu tinggi.
Produk
Joy Of Life ini didatangkan dengan 5 perisa iaitu
perisa asli, laici, longan, aloe vera dan kurma merah dengan buah goji.
First time aku minum air sarang burung ni, rasa dia macam air kelapa pandan. Sedap dan boleh terima dengan tekak. Lagi sedap bila diletakkan di dalam peti sejuk. Perghh menarik!
Produk
Joy Of Life ni dah pun mendapat sijil halal
JAKIM dan mula dipasarkan di pasaran tempatan. Semalam kawan aku ada jumpa produk ni kat
7 Eleven. Harga yang ditawarkan pun serendah
RM6.50 sebotol.
Sekarang tak payah susah susah nak cari sarang burung dah. Boleh dapatkan produk
Joy Of Life, minuman kolagen sarang burung ini di pasaraya terpilih di seluruh negara dengan harga yang jauh lebih murah.
Bila ingatkan minuman berkhasiat, minumlah
Joy Of Life. Sedap bak hang!
4 Comments
Patut la muka memasing nampak lain je lepas minum..
ReplyDeleteMmg harga yg sgt sgt berpatutan ni utk minuman sarang burung... sy suka yg perisa kurma merah dgn goji :)
ReplyDeleteSemalam Sally dapat cuba semua perasa...Sally suka dengan perasa Aloe Vera dan juga Kurma Merah dengan Buah Goji tu...
ReplyDeleteok nak try nanti
ReplyDelete