Bismillah,
Kino Biotech, dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN), kini melancarkan buku resepi
yang mengandung pelbagai resepi sihat. Tujuannya adalah sebagai panduan kepada masyarakat dalam menyediakan sajian makanan yang berkhasiat.
Buku tersebut yang dinamakan Superfood Cookbook mengandungi 18 jenis resepi pemakanan sihat telah mendapat cetusan idea daripada pakar-pakar diet dari Institut Jantung Negara (IJN) berasaskan daripada Kinohimitsu superfood. Harganya juga sangat murah iaitu RM10 senaskah dan hasil jualan buku tersebut akan disumbangkan kepada Yayasan IJN bagi tujuan menampung kos rawatan pesakit-pesakit yang mendapat rawatan di IJN.
Superfood Cookbook telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr
Hilmi Bin Haji Yahaya bersama-sama Ketua Pegawai Operasi IJN, Encik Akmal Arief Mohd Fauzi, Pengerusi Eksekutif Kino Biotech, Mr Ting Yen Hock dan Pengerusi Yayasan IJN, Toh Puan Datuk Seri Dr Hajjah Aishah Ong.
Superfood Cookbook boleh didapati di semua stor Watson Malaysia , Lazada dan Kinohimitsu e-store di http://my.kinohimitsu.com/. Setiap buku mengandungi baucer Superfood, Superfood Kids dan baucer tunai Watson bernilai RM15.
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi :
TRN Marketing (M) Sdn Bhd
Tel:03-5525 9388
E-mail: enquiry@trnetworks.biz
Website: www.kinohimitsu.com
Facebook: facebook.com/kinohimitsu
1 Comments
best gak kalau ada guide untuk makanan sihat setiap hari macam ni.
ReplyDelete