Pinjamkan Saya 5 Minit Untuk Perhatian Berkaitan 2 Kes Kritikal Ini


Bismillah,

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Di sini aku nak kongsikan dua kes kritikal yang memerlukan perhatian masyarakat prihatin seperti korang. Satu kes yang ingin dikongsikan oleh kawan aku berkaitan anak saudaranya, dan satu lagi yang berlaku ke atas anak saudara aku baru-baru ini.

KES PERTAMA : Pembedahan Jantung Conginetal

Assalamualaikum,

Minta tolong kepada sesiapa yang mempunyai banyak group, mohon blast kan rayuan ni.

Anak saya Darwisy Dasuki (3 tahun) amat memerlukan dana bagi pembedahan JANTUNG CONGINETAL yang telah tertangguh sejak setahun. Dasuki mempunyai masalah jantung conginetal semenjak lahir (2013) dan pembedahan yg sepatutnya dilakukan pada tahun 2015 telah tertangguh akibat tidak cukup dana.

Saya hanya bekerja sebagai pemandu lori dan isteri tidak bekerja kerana menjaga Dasuki. Boleh hubungi saya di talian 017-493 4599 (Wazir) untuk sebarang pertanyaan. Pembedahan PERLU dilakukan dalam masa terdekat akibat keadaan Dasuki yang semakin hari kritikal.

Mohon jasa baik sahabat jauh dan dekat. Walaupun tiada hubungan dengan saya tapi dengan rasa rendah diri saya mohon jasa baik semua bagi mengumpul anggaran kos pembedahan sebanyak RM50 ribu.



                                       Bank Rakyat
                                       Nama : Mohd Wazir bin Mat (ayah)
                                       Nombor Akaun 22 002 124186 3
                                       Nombor telefon : 017-493 4599 / 019 455 9488
                                       Zarimah bt. Saidin (ibu) 019-525 0121


Segala jasa baik sahabat semua, hanya mampu dibayar oleh Allah swt sahaja. Terima kasih.

Rujukan Facebook : https://www.facebook.com/mohamadnizam.mat


KES KEDUA : Denggi Berdarah

Mohon dipanjangkan dan sebarkan supaya ibu2 yang berkat doanya mendoakan sepupu kecil saya dapat senyum seperti sedia kala.

Adik Aryan 5 tahun disahkan mengidap denggi tahap kritikal. Doktor mengesahkan peluangnya amat tipis dan adik Aryan tiada harapan. Tapi kami berharap sangat akan ada keajaiban berlaku dengan berkat doa2 ibu bapa di luar sana.
21/10/2016
Pukul 9 malam tadi doktor nak transfer dia ke hospital Besar Terengganu. Dah masukkan dalam ambulans tapi terpaksa dibatalkan sebab adik Aryan tak sedarkan diri. Keadaannya sangat lemah. Doktor tak nak ambil risiko ditengah jalan.
Dalam pukul 10 lebih - dapat call dari si ayah yg jaga anaknya. Doktor kata takde harapan.
Tetapi sebagai ibu bapa selagi anaknya masih bernafas, mereka maasih menanti satu keajaiban.
Mohon rakan-rakan yang terdiri daripada ibu dan bapa dapat mendoakan agar kesihatan Adik Aryan dapat dipulihkan dan kembali stabil. Mohon sangat-sangat.

**********
Aku kongsikan dua kisah ini, satu daripada kawan aku..dan satu lagi anak saudara aku. Mereka orang yang aku kenal walaupun hanya dalam mukabuku tetapi kita berkongsi rasa yang sama sebagai manusia.
Sumbanglah sebanyak mana kita mampu, doakanlah yang terbaik untuk mereka. Hari ini hari mereka kerana ada anak kecil yang sedang bertarung nyawa. Hari kita tak tahu lagi bila. Mudah-mudahan sedikit sebanyak kita dapat meringankan bebanan mereka dan doa kita mustajab dan diangkat terus ke langit insyaAllah.
Mohon share dan panjangkan ke rakan-rakan yang lain. Semoga Allah balas sekecil-kecil usaha kita ini dengan sebesar-besar kebaikan kelak insyaAllah.

2 Comments