Relaks Petang di Jom Santai @ Pendeta Coffee House


Bismillah,

Kalau korang tak tau nak lepak mana petang-petang kat area Shah Alam, nak cuba suasana baru.. apa kata korang ajak kawan korang ngeteh di Jom Santai @ Pendeta Coffee House yang terletak INTEKMA Resort.


Ada apa kat sana? Sebab di Jom Santai @ Pendeta Coffee House ada menyediakan makanan dan minuman petang kegemaran rakyat Malaysia. Contohnya macam goreng pisang, mee goreng mamak, kuey teow goreng, murtabak, cucur udang, laksa dan mee rebus. Apa yang menariknya setiap hidangan akan diberi sama ada air teh tarik atau nescafe secara PERCUMA.

Harga pun murah hanya serendah RM6.90/set sahaja. Konsep Jom Santai @ Pendeta Coffee House ini adalah menyajikan makanan "LIVE COOKING" daripada chef yang berpengalaman. Korang boleh memesan makanan panas-panas daripada chef itu sendiri.


Kafe ini beroperasi daripada pukul 4.00 petang hingga 10.30 malam setiap hari. Di sana juga ada disediakan kemudahan bilik solat, ruang parkir yang luas dan kemudahan servis buggy untuk para pengunjung yang datang. Jadi jangan risau sebab pada aku semuanya complete di sana.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi :

Jom Santai @ Pendeta Cafe House
Hotline : +603 5522 5009/5000
Instagram : @intekmaresort
Twitter : @intekmarcc
Facebook : INTEKMA Resort & Convention Centre



3 Comments

  1. Huishh bestnyaaa tengok juadah makanan untuk waktu petang. Semua nampak sangat tempting

    ReplyDelete
  2. Macam best je kat sini...nama je duk shah alam tapi tak pernah pergi pun kat intekma resort ni...

    ReplyDelete
  3. tempat pun santai je tengok. best best best!

    ReplyDelete