Blog Sihatimerahjambu

Restoran Ayam Kampung Tugu View Cafe, Kuala Lumpur

6:09 PM


Bismillah,

Apa menu tengahari ni? Dah decide nak makan mana? Makan apa? Kalau korang berada di sekitar Kuala Lumpur, apa kata korang cuba restoran makan tengahari di Tugu View CafeTugu Negara Kuala Lumpur. 



Lokasinya betul-betul berhampiran Tugu Negara. Ada sebuah restoran makanan tengahari di sana yang seringkali dikunjungi dengan pelanggan dari kawasan sekitar. Apa yang menariknya mengenai restoran ini, menu utamanya adalah ayam kampung dan kari kepala ikan.


Selain daripada itu ada juga lauk pauk lain yang biasa kita jumpa di kedai makan tengahari yang lain. Jadi kalau korang tak nak makan ayam kampung, menu ayam biasa, ikan, daging dan sayuran juga ada disediakan.


Harganya pada aku a little bit pricy tetapi berpatutanlah dengan rasa masakan sebagaimana yang disediakan di situ. Kalau korang singgah ke sana, korang patut cuba kari kepala ikannya. Kari dia kaw dan pekat. Memang puas hati. Tapi harga kepala ikan yang ditawarkan boleh tahan gak bergantung kepada saiz kepala ikan. Anggaran harga kepala ikan sekitar RM50 hingga RM100 seketul.

Tapi tak rugi kalau sesekali korang cuba. Memang sedap dan jangan datang lewat sebab restoran ini sentiasa penuh dengan pengunjung lebih-lebih lagi bila tiba waktu rehat. Pelanggannya pula kebanyakannya terdiri daripada penjawat awam yang bekerja di kawasan sekitar dan pelancong-pelancong yang datang melawat Tugu Negara. 


Restoran ini dibuka setiap hari waktu bekerja dan ditutup setiap hujung minggu. Kalau berkesempatan boleh la bawak keluarga atau kawan-kawan untuk singgah menjamu selera di sini.


You Might Also Like

0 comments