Festival Teater Malaysia 2016


Bismillah,

Tahun ini Festival Teater Malaysia akan berlangsung pada 20 hingga 25 November 2016 di Auditorium Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Kedah yang bermula seawal 9 pagi sehingga 10.30 malam.

Pada tahun ini, sebanyak 6 pasukan terbaik telah terpilih untuk bertanding ke peringkat akhir di mana pemilihan mereka telah diputuskan oleh 3 orang panel juri yang dilantik oleh JKKN melalui penilaian video.


Ini adalah kali pertama penganjurannya di luar Lembah Klang sejak tahun 70an dimana asalnya dipanggil Pesta Tarian & Drama. Pada tahun 2002, Pekan Teater akhirnya diberi wajah baru dengan panggilan Festival Teater Malaysia dimana konsep dan intipatinya diperluaskan lagi merangkumi persembahan Monolog dan Fragmen Seni.

Sebanyak 104 buah kumpulan telah bertanding bagi menjuarai Festival Teater Peringkat Negeri. Daripada 14 buah kumpulan yang telah menjuarai peringkat di setiap negeri, hanya 6 buah kumpulan sahaja dipilih oleh panel penilai setelah penjurian semula dilakukan untuk layak bertanding di dalam Festival Teater Malaysia 2016.

Enam kumpulan yang mara ke pertandingan akhir adalah :


Persatuan Teater Opera Mimpi Negeri Perlis
Tajuk : Ka'Sorga
Karya : Fara Afiza Azman
Arahan : Hairi Safwan Aznan

Gabungan Seni Warisan Anak Pinang Pulau Pinang
Tajuk : The Maids
Karya : Jean Ganet
Arahan : Nadilah Shuhaimi

Persatuan Seni Ceritera Negeri Selangor
Tajuk : Jalan Mati
Karya : Roydi Rokidy
Arahan : Khusiary Mahyuddin

Stage Production University Malaysia Sabah
Tajuk : Prebet Kebimbangan
Karya : Tennesse William
Arahan : Sharifuddin Zainal

Kelab Penggiat Seni Teater Negeri Sembilan
Tajuk : Tergantung
Karya & Arahan : Nor Idlah Abdul Halim

Persatuan Seni Persembahan Sifar Kuching Sarawak
Tajuk : Si Panji Rumput
Karya : Jamsari Saili
Arahan : Malek Hassan



Selain daripada pertandingan teater, festival ini juga akan turut diisi dengan sidang ilmu seperti Bengkel Teater FTM16 dan Open Mic @ Sembang Teater. Juga akan berlangsungnya mini pesta buku, jualan gerai makanan dan minuman, pameran oleh kumpulan yang bertanding dan persembahan kesenian. 


Majlis Sidang Media Festival Teater Malaysia dirasmikan oleh Ketua Pengarah JKKN, YBhg. Tan Sri Norliza Rofli

Majlis penyampaian hadiah Festival Teater Malaysia 2016 akan diadakan pada 26 November 2016 jam 8.30 malam di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah. 

Johan akan membawa pulang RM10,000, piala pusingan, piala iringan beserta sijil. Naib johan pula akan membawa pulang RM8,000, piala iringan dan sijil dan tempat ketiga bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM6,000 beserta piala iringan dan sijil. 



Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Festival Teater Malaysia atau sebarang pertanyaan, boleh terus layari www.jkkn.gov.my.


0 Comments