HCG Kaedah Terbaru Pelangsingan Badan


Bismillah,


Sekarang ni aku paling risau kalau naik berat badan. Ye la walaupun makan berjaga pun, kalau tak bersenam tak boleh gak. Makan lebih sikit terus nampak perubahan.




Nak naik berat badan tak payah di suruh, tapi kalau nak turun tu bukan main payah. Tu yang ramai orang ambil produk pelangsingan badan tapi yang bahayanya tak habis satu produk, dorang dah cuba produk baru. Dari asal nak jaga penampilan, alih-alih dah dapat penyakit baru.

Mengikut kajian, kira-kira 30 juta rakyat Malaysia berdepan masalah kesihatan yang membimbangkan apabila separuh daripada mereka mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti



OBESITI adalah sejenis ‘penyakit’. Obesiti adalah masalah dunia moden. Ia hampir tidak wujud 50 tahun dahulu. Antara penyebab yang menyebabkan fenomena ‘Obesogenic’ adalah pemakanan yang tinggi karbohidrat terproses, makanan tinggi gula, nutrisi yang rendah dan kurang aktiviti fizikal. Lihat balik pemakanan harian korang sama ada sihat atau pun tidak

Kalau nak dibandingkan makanan orang dulu dan juga sekarang jauh berbeza. Orang dulu ramai yang sihat kerana mereka hanya makan ulam ulaman, bekerja pulak dalam pertanian. So dah dikira exercise la macam tu.


Antara 5 makanan yang perlu kita elak untuk menjamin dan mengekalkan kesihatan adalah seperti berikut :



  • GULA
  • GARAM
  • TEPUNG
  • SUSU
  • BERAS

Jangan risau kerana semua boleh amalkan makanan di atas tetapi pilih la yang organik. Contohnya gunalah beras Basmathi atau gula Stevia. 

Bila bercakap berkenaan obesiti ni, sebenarnya tahap peratusan obesiti antara wanita dan lelaki adalah berbeza. 

  • Wanita : Peratusan lemak badan >32%
  • Lelaki : Peratusan lemak badan >25%

Apakah yang berlaku ke atas kita jika badan kita obese? Apakah penyakit yang mungkin kita hadapi?

  • Diabetes (Kencing manis)
  • Hipertensi (Darah Tinggi)
  • Kolestrol Tinggi
  • Penyakit jantung koronari
  • Stroke (Angin Ahmar)
  • Batu hempedu
  • Kanser Payudara
  • Kanser Prostat
  • Kanser kolon (usus besar)
  • Masalah pernafasan (respiratori)
  • Masalah muskuloskeletal
  • Vena varikos
  • Masalah kulit
  • Osteoarthritis
  • Penyakit Alzheimer’s
  • Gout
  • Sleep Apnea
  • Infertility (Ketidaksuburan)
  • Masalah psikologi (kurang keyakinan diri)
  • Depressi

 http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/563457_562264490473481_1965088774_n.jpg


Kalau korang nak tau dalam badan ada 3 jenis lemak:

Lemak Untuk Struktur  (Structural Fat)
'Lemak baik' ini penting untuk protect organ-organ dalaman, sendi dan membentuk rupa bentuk muka. Lemak ini biasanya tidak digunakan sebagai sumber tenaga.

Lemak Normal (Normal Fat Reserve)
'Lemak baik' ini ada di sekitar tubuh kita dan akan digunakan dan dibakar sebagai sumber tenaga bila diperlukan. Fungsi seperti 'Tangki Tenaga'

Lemak Abnormal (Abnormal Stored Fat)
'Lemak tak berapa nak baik' ni di kenali sebagai 'tisu adipose'. Ia adalah lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh dan akan disimpan di bawah kulit, sekitar organ dalaman yang berfungsi sebagai 'Tangki Spare'. Lemak ini akan kelihatan 'membuncit' dan 'berlipat-lipat' di tubuh korang. 

Ia sangat AKTIF mengeluarkan toksik kimia dan hormon 'estrone' yang akan menggangu sistem tubuh anda. Lemak ini TIDAK digunakan sebagai sumber tenaga utama.. Hanya dalam keadaan tubuh yang hampir 'kebuluran' sahaja, lemak ini akan dibakar & mula digunakan sebagai tenaga. 

Jadi, korang nampakkan di sini - Bila korang ber'diet' 1-2 bulan pertama, lemak Jenis 2 yang mula dibakar tetapi Lemak Jenis 3 akan kekal di situ! Ia hanya dibakar dalam keadaan ‘kebuluran’ sahaja. 

So, bagaimana nak memastikan kita menyingkirkan lemak dalam badan kita nih?

hCG lah jawapannya.

                         weight-loss-programs[1]
                                                   

APA ITU hCG?
hCG adalah Human Chorionic Gonadothrophin, sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia (lelaki dan wanita) dan ia dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil, ia memastikan perkembangan bayi yang sihat dimana ia membantu hypothalamus memberi ransangan untuk mengeluarkan lemak-lemak tersimpan digunakan sebagai sumber tenaga.

hCG juga akan berfungsi sekiranya tubuh berada di dalam keadaan ‘kebuluran’ dimana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.

Ia bertindak sebagai ‘Kunci’ untuk menggerakkan lemak yang  tersimpan dalam badan.

FUNGSI hCG
Rawatan hCG untuk obesiti ini telah dimulakan oleh Dr. Simeons, seorang doktor perubatan British. HCG memainkan peranan penting  dalam mengurangkan lemak badan melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hipothalamus.

Hipothalamus berfungsi untuk keseimbangan badan (homeostasis). Ia bolah mengawal semua kelenjar endokrin dalam badan dan ia juga akan membantu untuk mengawal tekanan darah, suhu badan, keseimbangan cecair badan, selera makan dan berat badan.

Obesiti berlaku apabila berlaku hypothalamus gagal  berfungsi dengan baik dan menyebabkan gangguan metabolism, ketidakseimbangan hormon, nafsu makan yang tidak terkawal, pembakaran lemak yang tidak effektif dan pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian perut, peha, punggung dan lengan.

KEBAIKAN LAIN DALAM hCG
Anda semua nak tau tak? Selain kita boleh kurus, kita juga dapat kelebihan lain. Antaranya ialah :


  • Tahap gula dan tekanan darah lebih stabil
  •  Penurunan tahap kolestrol
  •  Tiada lagi masalah sakit sendi dan lutut
  •  Tidur lebih baik
  •  Tenaga meningkat
  •  Tone kulit yang lebih cantik 
  •  Hindari food craving

APA KATA MEREKA SELEPAS PROGRAM hCG INI?




Untuk melihat testimoni yang lain boleh  

>>>>>KLIK DI SINI<<<<<


Jika korang ada sebarang pertanyaan lanjut berkenaan hCG ni dan berminat untuk mencuba, boleh hubungi maklumat yang tertera di bawah :

Tel : +60 17 508 4430 ( Dr Marlinda )
Facebook : Dr Malinda

1 Comments

  1. mesti kosnya juga mahal..takpe, kita boleh amalkan gaya hidup yang sihat dengan mengurangkan pengambilan 5 bahan tu :)

    ReplyDelete