Bismillah,
Siapa sangka disebalik kejayaan pengasas
Asyikin Exclusive, Puan Nur Asyikin Rahmat mengembangkan perniagaannya sehingga kini rupa-rupanya ada kisah yang lebih getir yang telah dilalui dan ditempuhinya sebelum ini. Sedikit sebanyak kisah tersebut telah memberi kesan kepada diri aku.
15 tahun yang lalu setelah tamat sekolah, beliau telah dilamar oleh seorang jejaka
Tang Guo Hua atau lebih dikenali sebagai
Haji Ishaq Tang Guo Hua yang berasal daripada sebuah perkampungan kecil di negara China yang bernama
Tang Wang . Bagaimana wanita semuda itu telah memilih jodohnya dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Bagaimana dia melalui saat-saat getir sebelum empayarnya dibina tanpa ada satu sen di tangan.
Kini
Asyikin Exclusive dimiliki oleh
Puan Nur Asyikin Rahmat yang berasal daripada
Melaka manakala
BaBa Nyoya Shop merupakan syarikat tekstil yang diusahakan oleh suaminya
Haji Ishaq Tang Guo Hua. Catatan
Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo merupakan kisah percintaan dua benua, cara hidup dan bahasa yang jauh berbeza. Walaupun sudah menjangkau 15 tahun, tuan
Haji Ishaq Tang Guo Hua masih belum fasih menuturkan bahasa Melayu dalam perbualannya. Setiap kata-katanya ada sahaja yang mencuit hati kami yang mendengar. Beliau lebih fasih berbahasa Arab kerana dahulu beliau menyambung pengajian bahasa Arab di sebuah institusi pengajian tempatan di Terengganu.
Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo merupakan jurnal perjalanan suka duka, jatuh bangkit dua orang usahawan sebelum membina empayar. Kisah mereka banyak memberi kesan kepada aku dan sebagai suntikan motivasi lebih-lebih lagi kepada usahawan di luar sana. Selain daripada itu aku kenal sebuah lagi perkampungan terpencil di sebuah daerah di negara China yang masih kekal dengan alam semulajadi.
Aku terpegun apabila
Puan Nur Asyikin Rahmat menceritakan bagaimana dia memanaskan batu-batu kelikir dan diletakkan di bawah tilam sebelum tidur untuk memastikan mereka tidak kesejukan. Bagaimana mereka boleh terus
survive sebagai pasangan suami isteri sehingga dikurniakan beberapa orang cahaya mata. Itu adalah sesuatu yang sukar dan pada aku itu lebih kepada pengorbanan.
Tak kering gusi kalau korang lihat gelagat pasangan suami isteri ini di dalam rancangan
Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo. Rancangan ini ditayangkan sebanyak
9 episod pada setiap hari
Ahad di
Astro Oasis, pukul
7.30 malam. Sekarang dah episod ke 5 dan 4
more episode to go.
Layan ceritanya sebab jalan cerita dan penyampaiannya juga santai. Keletah suami isteri ini juga tak habis-habis buat aku tersenyum sendiri. Tak rugi kalau korang berpeluang untuk menontonnya.
2 Comments
kagum betul lah dengan semangat diorg ni..dr di bawah sampai lah dah berjaya masih lagi berusaha keras
ReplyDeleteboleh tengok ni nanti.
ReplyDelete