Kawal Aktiviti Anak Dengan Salam Browser


Bismillah,

Sebelum ni aku pernah hasilkan artikel bagaimana nak muat turun video menggunakan Salam Browser. Korang boleh baca artikel tersebut DI SINI. So selama beberapa bulan ni, baru aku sedar yang aplikasi ni dah ditambah baik lagi. Ditambah baik macamana?


Aku tahu pun sebab semalam aku ada baca berkenaan Salam Browser di Oh! Media. Kepada yang masih kabur mengenai Salam Browser ni, aku suggest korang baca artikel yang dipaparkan di Oh! Media DI SINI kerana ianya lebih terperinci.

Menurut Mentor bagi Salam Browser, Prof. Dr. Mohamad Fauzan Noordin mengatakan bahawa kewujudan Salam Browser ini untuk menzahirkan kebebasan internet tanpa perlu risau dengan apa yang dihidangkan.

Kenapa aku rasa secure sangat bila melayari internet menggunakan Salam Browser? Ada 3 sebab yang nak aku kongsikan di sini sebagaimana yang telah dikongsikan terlebih dahulu di Oh! Media.



Menyekat Sebarang Kandungan & Iklan yang Bukan-Bukan
Ni matlamat utama aku pilih Salam Browser sebab anak aku, Jasmeen akan menggunakan telefon aku sebaik aku pulang dan sebelum tidur untuk menonton Youtube.

Walaupun apa yang dia tengok tu baik, tapi dengan memasukkan beberapa keyword dalam enjin carian akan membuka peluang dia untuk melihat laman web yang tidak bermoral. Kalau tak pun, ia datang daripada iklan dan spam yang tidak layak dipertontonkan di hadapan kanak-kanak.


Melindungi Privasi Dalam Talian. 
Selain daripada itu Salam Browser didatangkan dengan VPN (Virtual Private Network) percuma supaya IP dan lokasi korang tidak terdedah kepada sebarang website yang tidak bertanggungjawab. Ini membolehkan anda lebih payah untuk dijejaki ketika berada di dalam talian. 

Secure online di Salam Browser akan ditandakan dengan 'https' hijau di hadapan bahagian URL yang membawa maksud anda sedang melayari website tersebut dengan selamat. 



Pentingnya di sini apabila kita melaksanakan urusan dan sebarang transaksi yang melibatkan pembelian, pertukaran wang, data peribadi dan sebagainya. Dengan fungsi Incognito Mode pada Salam Browser juga, history dan data penggunaan sewaktu kita melayari internet tidak akan disimpan. 



Melayari Internet Dengan Lebih Pantas
Dalam keadaan internet yang tidak laju, kita ada pilihan dengan memuat turun video dengan butang download yang ada pada Salam Browser


Kini Salam Browser bukan sahaja boleh digunakan pada peranti Windows tetapi juga boleh dimuat turun melalui Google Play Store untuk peranti android dan IOS. 

Ini yang aku maksudkan Salam Browser sudah melangkah setapak ke hadapan demi menjaga akidah bukan sahaja umat Islam tetapi masyarakat diterima pakai juga oleh masyarakat berbilang bangsa dalam melayari internet. 



Tepuk dada, tanya iman masing-masing. Pilihan terletak di tangan kita. 

4 Comments

  1. Mmg bagus ada Salam Browser ni... senang sikit boleh bantu jaga anak2 waktu dia org beronline. Taklah risau sgt dia org terjumpa link yg bukan2 dan tak senonoh.

    ReplyDelete
  2. Bagusnya browser baru ni, patut install, yg bestnya lagi senang nk download youtube, heheheh.

    ReplyDelete
  3. Hepppp....X baik tau download Didi & Friend tue... Belilah yang original he...23x

    ReplyDelete
  4. Bagus ada browser yang selamat untuk anak-anak.kalau tak, tak pasal ada iklan bukan² tu kan

    ReplyDelete