Pakaian Berjenama Serendah RM10 Di Bandoru Store, Shah Alam


Bismillah,

Terkejut? Mujur korang terkejut je. Aku memula dengar bukan setakat terkejut, malah siap pakej terkentut sekali haha. Mana taknya bila dengar semua barangan preloved berjenama dan berkualiti tinggi boleh didapati di butik Bandoru Store pada harga serendah RM10.


Mahal? Sebenarnya RM5 pun ada tapi nasib korang la. Siapa cepat dia dapat sebab di butik Bandoru Store semua item adalah limited edition. Kalau korang pakai berjalan, belum tentu design korang sama dengan design orang lain walaupun brand yang sama. Ini kerana semua pakaian yang dipamerkan di butik Bandoru Store diimport khas daripada Jepun.


Butik Bandoru Store adalah butik pakaian preloved yang didatangkan daripada Jepun setelah melalui tapisan dan pemilihan material serta kualiti yang ketat. Hanya pakaian yang berkualiti sahaja akan di pamerkan di sana. Antara jenama pakaian yang ada adalah seperti Levis, Disney, Polo, Couch, Nike, Adidas, Louis Vuitton, Dr Marten dan macam-macam lagi. Jangan cakap wife aku, dengan aku sekali rambang mata hahaha.



Siapa sangka butik yang kelihatan mewah dilengkapi dengan pelbagai fasiliti seperti butik jenama mewah lain mampu mempamerkan pakaian dengan harga mampu milik. Bayangkan dengan harga RM100, korang boleh dapatkan pakaian serba lengkap head to toe. Kalau korang bijak mungkin boleh dapat dua pasang persalinan. Bergantung dengan cara korang berbelanja.


So grand opening butik Bandoru Store ini adalah seperti di bawah :


BANDORU STORE GRAND OPENING
5 & 6 NOVEMBER 2016 (SABTU & AHAD NI)
JAM 9 PAGI -10 MALAM




BANDORU STORE
SELANGOR PT7, FEDERAL HIGHWAY
BATU 3, 40150 SHAH ALAM


Lagi best mereka akan bagi hadiah beg Louis Vuitton, Macbook Pro dan iPad Air 2. Korang boleh menang salah satu hadiah tersebut dengan fill up form ringkas di link di bawah dan share sahaja di media sosial korang.


So nak tau lebih lanjut berkenaan Bandoru Store ni, boleh lihat video-video ini atau dapatkan maklumat berkaitan mereka seperti yang tertera di bawah :




Betapa hebatnya marketing mereka, sehinggakan siap buat video klip lagi. Perghh tabik!


3 Comments

  1. Bestnye.... Nak ajak otomen pegi la

    ReplyDelete
  2. Mahal. Bukan limited edition, barang lama memang la tak akan sama dgn org diluar sana. Factory outlet pun bole dapat harga sama tapi baru.

    ReplyDelete