Program Cuti Sekolah dan YES Bersama Pelikan


Bismillah,

Cuti sekolah tiba lagi. Apa perancangan korang dan anak-anak pada cuti sekolah kali ini? Kalau masih belum punya apa-apa perancangan, aku nak kongsikan event menarik yang danjurkan oleh Pelikan Store, Mid Valley.


Pada setiap hujung minggu bulan Disember 2016 nanti, Pelikan Store akan menganjurkan beberapa event yang menarik untuk anak-anak kita. Antaranya ialah belajar menulis kaligrafi, membuat doodle, membuat kad Hari Natal, hiasan Hari Natal dan menghasilkan topi Tahun Baru.

Aktiviti-aktiviti ini akan diajar dan dikawal selia oleh guru yang terlatih. Ada 3 sesi untuk setiap aktiviti dan kita boleh pilih mana-mana satu sesi yang kita mahu dan anak-anak kita akan diberikan peralatan melukis dan mewarna mengikut aktiviti-aktuviti yang dipilih .


Selain daripada itu, Pelikan Store akan memberikan korang hadiah misteri sekiranya korang LIKE Facebook dan Instagram mereka. Bukan itu sahaja, korang juga akan dapat kad keahlian Pelikan sehingga 2 Januari 2017 yang mana dengan menggunakan kad keahlian ini, korang akan dapat potongan harga sebanyak 10% daripada jumlah perbelanjaan korang.


Pada 27 hingga 2 Januari 2017 ini, Pelikan Store akan mengadakan promosi Back To School End Year Sale dengan potongan harga sehingga 30%. Jikalau korang ada kad ahli, korang akan dapat tambahan 10% lagi.


Jika korang shopping online di www.pelikanstore.com, korang boleh masukkan kod BTS2016 untuk menikmati penjimatan sebanyak RM20 setiap pembelian. Bukan itu sahaja, setiap pembelian dengan harga RM100 (Semenanjung) dan RM200 (Sabah & Sarawak) dari tarikh 27 November hingga 2 Januari 2017 tidak akan dikenakan caj penghantaran! Dengan kata lain caj penghantaran adalah PERCUMA. Perghh menarik sangat ni! 

Jadi apa tunggu lagi jom bawa anak-anak ke Pelikan Store yang terletak di Mid Valley, Kuala Lumpur. Bukan sahaja untuk anak-anak, tetapi juga untuk kita jimat berbelanja.


Korang boleh dapatkan maklumat berkaitan produk Pelikan seperti yang tertera di bawah :


Pelikan Store
Lot T-202A, Level 3,
The Gardens Mall, Mid Valley City, 
59200 Kuala Lumpur. 
Tel : 03-22020801





2 Comments

  1. nice place..
    tapi dimanakah anak bujang ai menyorok??
    ohhh kat belakang jasmeen..hehehehee
    soo cute lah jasmeen..

    -aini-

    ReplyDelete