Seronoknya Karnival Fiesta Magika Di IJM Land Seremban 2


Bismillah,

Weekend haritu aku sempat bawa family ke Karnival Fiesta Magika yang dianjurkan oleh IJM Land Berhad di Seremban 2. Walaupun cuaca hujan tetapi kemeriahannya tetap dirasa. Untuk pengetahuan acara ini merupakan hari keluarga tahunan bagi meraikan penduduk dan pengunjung IJM Land Berhad.


Tema pada tahun ini adalah "Fiesta Magica, A Journey Through Fairy Tales & Happy Trails" Daripada temanya pun korang dah boleh agak apa yang ada di sana kan? Ada pelbagai aktiviti yang menarik disediakan di sana yang bertemakan magik, fairy tales dan kisah dongeng.

Awal-lagi sesampainya di sana si Jasmeen dah request belon daripada ahli sihir. Lepas tu sempat dia bergambar dengan kereta labu milik Cinderella. Aku dan wife juga dapat bergambar dengan pengawal istana IJM Land yang owsem tegak tak bergerak-gerak haha.


Selain daripada hiasan dan prop yang menarik di sekitar pejabat urusan IJM Land tersebut, pihak IJM Land juga ada menyediakan pelbagai aktiviti khas untuk pengunjung yang hadir. Antaranya adalah cabutan bertuah yang mana hadiah utamanya berupa iPhone 7 yang sekarang tengah hangat berada di pasaran.


Untuk penggemar pakaian beragam atau cosplay, mereka juga berpeluang untuk mempamerkan hasil kretiviti mereka bertanding di dalam acara "Gathering of Cosplayers for Cosplay Costume Competition".

Banyak hiasan dan prop dibina untuk memeriahkan acara pada hari tersebut seperti pejabat IJM Land di hias seperti istana, ada Tunnel of Love, kereta labu milik Cinderella, Giant Mushroom dan banyak lagi.


Prop dan hiasan tersebut akan ditayangkan sehingga Krismas di mana akan ada diadakan pertandingan Magical Moment Photo Contest yang berlangsung bermula 13 November sehingga 18 Disember 2016. Hadiah yang bakal dimenangi berjumlah RM3000 untuk para pemenang.


Event tersebut juga diserikan lagi dengan penampilan khas oleh ahli silap mata Malaysia, Mahdi Moudini yang mana skil silap matanya telah mendapat perhatian oleh warga Kuala Lumpur. Hadiah berjumlah RM20,000 telah disediakan oleh pihak IJM Land kepada para pengunjung yang hadir untuk acara cabutan bertuah.


Jadi ada lagi masa untuk mereka yang tak dapat hadir hari tu untuk mencuba nasib dengan menyertai Magical Moment Photo Contest yang berakhir pada 18 Disember 2016 akan datang.


Sememangnya IJM Land berjaya menyatukan penduduk setempat dengan pengunjung yang datang dari jauh dalam acara tahunan sebegini. Aku harap tahun depan akan ada lagi aktiviti seperti ini lebih-lebih lagi kepada mereka yang membawa anak kecil.

8 Comments

  1. sampai skarang aku masih tak percaya yang hag dah ada keluarga dan dah ada anak lagi..
    hehe

    btw kinda awesome event yang aku terlepas ni

    ReplyDelete
  2. Minggu lps baru p seremban tp x tau pn event ni..haha melepas

    ReplyDelete
  3. Huishh best pula tengok aktiviti2 yang dijalankan... wahhhh.. kan best duduk dekat dengan sana, boleh pergi jugak

    ReplyDelete
  4. Tak dapat beza antara kau dengan budak2 sama jer wakakakaka...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, Kak Ana baru berkesempatan singgah dan follow sini, kredit satu backlink ke entri ni ye Afzal, thank you so much :)

    ReplyDelete
  6. aku tgk jasmenn ni cepat ye die membesar

    ReplyDelete