56 Booth 'Perosak Diet' Di MAHA 2016


Bismillah,

Sebelum tu aku nak maklumkan yang entri kali ni memang banyak gambar nak aku kongsikan. Jadi harap bersabar lah ye haha.

Bila aku sampai ditapak MAHA 2016 yang terletak di MAEPS Serdang, tak lengkap kalau korang tak cuba menu yang ada di Hall A atau lebih dikenali sebagai Food Empire. Bila kau sampai di sana kau akan faham kenapa ia dipanggil Food Empire.



Penuh dengan aneka juadah dan menu dari pelbagai negeri antaranya Sarawak, Melaka, Johor, Pahang, Kedah, Terengganu, Selangor dan Kuala Lumpur. Ini adalah antara tarikan 3.7 juta orang pengunjung yang datang ke MAHA 2016 pada tahun ini.


Kat situ ada macam-macam booth dengan pelbagai menu tempatan dari setiap negeri. Menu yang biasa makan, yang pernah dengar tapi tak pernah cuba dan ada juga menu yang aku baru tau haha. Dalam banyak-banyak booth di sana, korang boleh jumpa beberapa menu yang terkenal seperti Cendol Songkok Tinggi, Goreng Pisang Cheese, Sate Tulang, ABC Fradoo Seksyen 2 Shah Alam dan macam-macam lagi. Jadi tak salah kalau aku bahasakan Food Empire di MAHA 2016 memang lokasi terbaik untuk 'merosak dan memusnahkan diet' korang dalam sekelip mata haha.


Jom jangan lepaskan peluang untuk merasai pelbagai menu dan masakan yang tak pernah kita cuba di Food Empire, MAHA 2016.

Takpe lupakan pasal diet sebab lepas makan korang boleh bakar balik lemak untuk ke check point yang ada di sana haha. 



5 Comments

  1. wahhhhh cnfrm hancur diet nanti.. aduhaiiii dah naik kilo ssh nk trun. adehhh bertabahlah hati tahanlah perut

    ReplyDelete
  2. Kalau ada yang mengandung dan mengidam, boleh sangat datang sini. Macam2 ada tu...

    ReplyDelete
  3. hahahaha sangat merosak kan diet ku! aina pergi food empire ni dia punya banyak pilihan sampai tak tau nak makan apa. ~_~

    ReplyDelete
  4. dalam banyak2 yang memang aku pernah makan cucur udang alor gajah..kampung aku tu...sodap bonar tu!!!

    ReplyDelete
  5. Pergi MAHA memang takkan mengecewakan. Nak shopping buah dan sayur pun banyak..

    ReplyDelete