Alasan Paling Bangang Pernah Aku Dengar Untuk Putus Cinta


Bismillah,

Aku dapat tahu adik bongsu aku hangat bercinta. Nak marah pun tak boleh, kang dorang buat kerja gila plak. Jadi just go with the flow, pantau je la agar dorang tak menyimpang jauh.

Satu hari aku tanyakan soalan ini..

"Adik boyfriend amacam? Sihat ke idak"

"Kitorang dah break", jawab adik aku spontan, pantas dan ringkas.

"Aik break dah? Kata cinta mati? Lautan api sanggup kurenangi?", saja aku bahan kaw kaw. Nak tengok dia panas tak. Slenga je dia buat tak reti.


"Apsal break?", aku cuba korek rahsia. Tapi dia kata rahsia.

"Dia break sebab dah terkantoi..", sampuk puan isteri yang sedari tadi berada di sisi aku.

"Kenapa? Dia ada orang lain ke?", tanya aku lagi.

"Tak lah. Kantoi sebab ada cili terlekat kat gigi. Adik abang ni trauma sampai terbawak dalam mimpi"

Kahkahkahkah alasan apakah yang aku dengar ni?

Adoyai seumur hidup aku inilah alasan paling bangang pernah aku dengar untuk putus cinta hahaha. Tu mujur cebisan cili. Aku agak kalau cili seketul sangkut kat gigi tu, mahu dia lari ke planet Zuhal time tu gak hahahaha.

Lawas terus kentut aku.

#cintamonyet

13 Comments

  1. Hahahah..ingatkan apa bende alasannya kan....ada2 sahaja...

    ReplyDelete
  2. Abang afzal...

    Abang sihat hari ini.... eh adik sihat x?

    ReplyDelete
  3. Hahaha...kisah benar ke..atau dugaan dunia je.m😂😂😂😂

    ReplyDelete
  4. Hadoii camne boleh terlepas pandang tak follow blog ni.. Now, done follow.. ;)

    ReplyDelete
  5. Hahahhaha serius lawak! Alasan zaman moden kot ni. =P

    ReplyDelete
  6. ya la time bercinta,semua nak lawa2 cantik2 manis dipandang.. kalau boleh hiprokit pun jadilah.. huhu..tak apa la cinta monyet ja,lama2 nanti faham la dia..huhu

    ReplyDelete