'> Cerita Jasmeen : Perut Berlubang & Punggung Terbelah | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Tuesday, December 20, 2016

Cerita Jasmeen : Perut Berlubang & Punggung Terbelah


Bismillah,

"Jasmeen mandi cepat sikit", kata ibunya. Tapi Jasmeen buat bodo. Dia bantai main masak-masak dalam toilet.


10 minit kemudian..

"Ya Allah Jasmeen kenapa main sabun ni? Habis la sabun ibu nanti. Tunggu la ibu bagitau babah", ugut si ibu tapi Jasmeen buat keras je.

Ye la berani la dia buat macamtu sebab dia tau babah dia tengah tido.

"Tak dengar cakap ibu ye. Nanti apa-apa berlaku nanti ibu taknak tolong"

Sebaik ibunya cakap macamtu dan berlalu ke dapur, tetiba dengar bunyi nangka busuk jatuh dalam bilik air. Suasana sunyi seketika. Si ibu terus mendapatkan Jasmeen.

"Jasmeen terjatuh je", dia tertumus ke lantai. Mungkin licin disebabkan sabun. Tak ada tanda-tanda dia nak menangis. Kuat la katakan.

"Haa kan ibu dah cakap tak dengar kan? Tengok tu abis perut Meen berlubang dah. Tengok lagi blakang Meen, terbelah dah buntut Meen tu", sengaja si ibu momokkan.


"Waaaa ibuuuu perut Meen darah. Pedih.. Pedih ibuuu", tetiba je si Jasmeen menangis dan claim perut dia pedih. Dia kata lubang perut dia (pusat) berdarah padahal tak ada apa pun.

Dia keluar dari tandas pon perlahan-lahan, kecik-kecik langkahnya sebab katanya sakit. Almaklumla buntut dia kan dah terbelah.

Berdekah-dekah aku ketawa bila puan isteri ceritakan pasal si Jasmeen. Makan sehari suntuk gak la dia jalan macam orang baru lepas sunat hahaha.

Tak tau nak cakap. Kuat membongak gak anak aku sorang ni hahaha.


10 comments:

  1. haha.. kesian jasmeen.. smpi skrg igt.. pedih pedih.. huhu

    ReplyDelete
  2. Adeh...sian jasmeen kena sakat ngan ibu dia. Best dapat nyakat anak sebenarnya.

    ReplyDelete
  3. hahahahha comel je jasmeen. sian kena sakat. lawak betul bila jasmeen pun macam dalam watak kesakitan :D

    ReplyDelete
  4. kenapa tembam sangat ni ... aunty geramlah ...

    ReplyDelete
  5. Aduhai meen..awak buat aunry gelak la...propa kuat ikut sapa la ni...

    ReplyDelete
  6. hahaha....kelakar la meen kena dengan maknya. Tak pe meen, ni cerita mesti jadi kenangan manis besar nanti. hihihih

    ReplyDelete
  7. hahaha... Comel je jasmeen ni..xD

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com