Get Your Cashback With Shopback


Bismillah,

Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ni, semua benda kita nak kena berkira walaupun 5 sen. Sanggup buat perbandingan harga dari kedai ke kedai, shopping mall ke shopping mall sebelum beli. Bagus buat perbandingan harga tu, tetapi kalau nak suruh aku berjalan banding harga tu tak ada la. Kenapa nak susah payah kalau kita boleh shopping secara online kan? Bukan setakat shopping, malah siap dapat pulangan tunai lagi. Pergh!


ShopBack merupakan portal membeli belah online yang akan mengembalikan sehingga 30% wang korang. Haha amacam teruja tak? Jangan kata korang, aku sendiri teruja bila dapat tahu perkara ini. Bukan setakat beli barangan tau, tetapi juga tiket penerbangan, hotel, makanan dan macam macam lagi. Syarikat-syarikat yang berkolaborasi pun bukan calang-calang seperti Qoo10 MalaysiaFoodPandaGo Shop MalaysiaAir AsiaTesco dan banyak lagi.

NAK TAU BAGAIMANA SHOPBACK BERFUNGSI?

Mula-mula korang register dulu akaun korang di ShopBack.my


Kemudian korang boleh layari dan pilih perkhidmatan yang korang mahukan. Setiap syarikat ada memaparkan jumlah pulangan wang yang akan dipulangkan kepada pembeli. Sebagai contoh Qoo10 menawarkan 5% pulangan wang, Bila korang pilih Qoo10, korang akan dibawa ke laman web Qoo10 untuk membuat tempahan pembelian seperti biasa.


Setelah pembayaran dibuat pada laman web Qoo10 tersebut, secara automatik 5% wang anda akan dimasukkan ke dalam akaun ShopBack dalam beberapa hari. Wang yang terkumpul boleh ditransfer ke bank-bank korang untuk dikeluarkan. Mudah kan?


ShopBack sebenarnya telah mula beroperasi sejak 2014 dan ia bukan sahaja beroperasi di Malaysia malahan di beberapa negara lain seperti Singapura (ibu pejabat), Indonesia, Filipina, India dan Taiwan manakala Amerika Syarikat merupakan pejabat operasi bagi portal membeli belah ini.

Portal membeli belah ShopBack ini juga telah menerima beberapa anugerah atas pencapaiannya selama ini antaranya :

  • (September 2016) - Emerging Enterprise Award, pada Emerging Enterprise Award kali ke-9, dianjurkan oleh The Business Times dan OCBC Bank
  • (Oktober 2016) - Gold Award, kategori Best Start-up (Growth Stage); Silver Award, kategori Best Innovative Infocomm Products (Consumers), pada Anugerah Singapore Infocomm Technology Federation (SiTF) kali ke-7, dianjurkan oleh SiTF 

Jadi aku rasa melalui ShopBack, aku dapat banyak berjimat. Pada masa yang sama duit pulangan daripada ShopBack boleh aku jadikan simpanan. Pada aku kaedah ini win win situation. Pembeli dapat untung, ShopBack untuk dapat komisyen daripada peniaga dan kita sebagai pengguna juga untung sebab dapat pulangan wang tunai.

Jadi apa tunggu lagi. Hujung tahun macam ni mesti korang plan nak pergi bercuti kan? Boleh la dapatkan diskaun Air Asia melalui ShopBack. Tak pun boleh cari pakaian sekolah untuk anak-anak di ShopBack. Selain niat nak berjimat, pulangan wang pun kita dapat.


Senang je nak daftar. Klik sini https://www.shopback.my/?raf=FNzYHx, dan daftar menggunakan akaun Facebook atau emel. Tak perlu buang banyak masa. Ini la cara dan masa terbaik untuk berjimat.



2 Comments