Giliran Kim Jong Kook & Song Ji Hyo Pula Tinggalkan Running Man


Bismillah,

Kini dua lagi orang ahli Running Man, Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo pula bakal mengambil langkah yang sama mengikuti jejak langkah rakan lama mereka Kang Gary untuk meninggalkan rancangan Running Man.



Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo dilaporkan bakal meninggalkan rancangan variasi popular itu atas sebab-sebab tersendiri. Menurut pihak pengurusan Song Ji Hyo, MY Company yang mana artis di bawah naungannya itu mengakui sukar untuk membahagikan masa di antara kerjaya lakonannya dengan penggambaran rancangan popular tersebut.


Song Ji Hyo telah buat keputusan untuk undurkan diri daripada Running Man. Sebelum keputusan tersebut dibuat, dia telah mengadakan perbincangan bersama pihak produksi mengenai perkara tersebut"
“Memandangkan jadual kerjanya agak padat, Song Ji Hyo telah mengalami kesukaran untuk membahagikan masa antara lakonan dan Running Man"


Namun tarikh akhir penggambaran Song Ji Hyo dengan Running Man masih belum ditentukan.

Sementara itu, syarikat rakaman Kim Jong Kook, Maroo Entertainment juga mengesahkan yang penyanyi berkenaan juga mengambil keputusan bakal mengakhiri penglibatannya dengan rancangan Running Man dalam masa terdekat.


"Walaupun ia merupakan keputusan yang sukar, tetapi keputusan terpaksa juga dibuat untuk karier seninya"

Ada ura-ura mengatakan episod terakhir mereka bersama Running Man adalah pada minggu depan dan nama Kang Ho Dong tersenarai sebagai calon ahli Running Man yang baru.



Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo mula membintangi rancangan tersebut sejak tahun 2010 bersama-sama dengan Ji Suk Jin, Haha, Yoo Jae Suk, Lee Kwang Soo dan Kang Gary sebelum Kang Gary mengambil keputusan menarik diri daripada rancangan tersebut pada Oktober 2016 yang lalu.

Semakin lama semakin kurang ahlinya, tak pasti berapa lama rancangan tersebut mampu lagi bertahan. Harapan aku rancangan tersebut dapat mencari pengganti baru dan kembalikan momentum Running Man seperti dahulu.


5 Comments

  1. Mmm...Gary tak de pun dah tak best.
    Nanti dua orang ni pulak.
    Kang Ho Dong utk ganti?
    Mmm...mcm serabut lah nanti. berebut2 nak cakap dgn jaesuk.

    ReplyDelete
  2. Masa tukar penerbit pun dah rasa tak best..lepas tu gary pergi pun makin tak best..ni Ji hyo dan KJK tak de lagi la tak best.Dengar2 cerita penerbit yang nak keluarkan KJK dan ganti dengan Ho Dong...Tak tahu la betul ke tidak..Ramai yang kata kalau nak tukar semua jangan pakai nama running man..ramai yang kecewa dah..

    ReplyDelete
  3. no more Running Man lepas ni..berhuhuhu lah

    ReplyDelete