Produk dan Aplikasi Apple Inovasi Pembelajaran di RizQ Islamic School

2:50 PM


Bismillah,

Aku dapat tau yang RizQ Islamic School kini ada buka kindergarten untuk anak-anak yang berusia di bawah 6 tahun. Jadi aku sempat melawat ke sekolah tahfiz tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara tersebut. Tapi malangnya aku dapat tahu kindergarten tersebut hanya untuk kanak-kanak berumur di antara 4 hingga 6 tahun sahaja. Alahai kena tunggu setahun lagi la gamaknya untuk hantar Jasmeen ke sana.


Sempat aku melihat persekitaran dan suasana di sekolah tahfiz bertaraf antara teesebut. Banyak prasarana dan kelengkapan pembelajaran dibuat penambahan baikan. Susun atur semakin kemas dan guru-guru pun dah mula merancang teknik dan skop pembelajaran di kelas yang ditentukan kepada mereka. Yela mana taknya, 3 Januari 2017 mereka akan mula menerima pelajar jadi persiapan pembelajaran perlulah dilakukan seawal mungkin.

"Teruja bila tau kat sini ada kelas robotik dan astronomi", kata aku kepada Joe, salah seorang staf di sana. Dia hanya tersenyum.

"Tu memang menarik. Tapi ada yang lebih menarik yang encik perlu tahu", ujar Joe.

Untuk pengetahuan korang, RizQ Islamic School merupakan satu-satunya sekolah tahfiz di Malaysia yang menjalinkan kerjasama dengan syarikat Apple. Kerjasama tersebut melibatkan penggunaan peranti, produk dan aplikasi daripada jenama Apple dalam pembelajaran.


Sebagai contoh iPad digunakan di dalam auditorium untuk subjek-subjek tertentu. Ini merupakan salah satu modul pembelajaran di RizQ Islamic School di mana pelajar diajar dan belajar menerusi iPad. Setiap pelajar akan dibekalkan dengan sebuah iPad pada setiap waktu pembelajaran di auditorium.


Selain daripada itu, RizQ Islamic School juga ada memperkenalkan subjek pembelajaran baru di mana pelajar-pelajar akan diajar cara membuat coding dengan menggunakan aplikasi OSMO. Aplikasi interaktif daripada Apple ini bertujuan melatih pelajar untuk menghasilkan coding peringkat awal sesuai dengan perkembangan umur mereka. Ini bagi menyahut saranan kerajaan yang mahu subjek ini diajar dan diberi penekanan khusus di dalam subjek sekolah.


Sekarang RizQ Islamic School masih diperingkat awal untuk menjadi partner dengan syarikat Apple. Kemungkinan dalam masa beberapa tahun lagi, sekolah tahfiz ini akan bergelar Apple Distinguished School seteleh melalui beberapa ujian dan saringan daripada pihak Apple itu sendiri. Melalui pengiktirafan ini, guru dan pelajar dapat berkolaborasi bersama untuk menghasilkan aplikasi dan perisian mereka sendiri.

Menurut Joe pada 7 Disember 2016, wakil syarikat Apple Asia akan turun melawat ke sekolah tersebut untuk sesi brainstorming. Pertemuan ini dianggap penting kerana ia menentukan hala tuju proses pembelajaran pelajar di RizQ Islamic School. Penting bagi pihak sekolah untuk memastikan setiap pelajarnya mendapat pengetahuan dan teknik pembelajaran yang terbaik di situ. Tak hairanlah RizQ Islamic School dikenali sebagai Apple Education Partnered School. 

Bagi ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut, mereka akan diperkenalkan dengan aplikasi yang dikenali sebagai Schoology. Aplikasi ini merupakan aplikasi terbaru yang digunapakai di sekolah-sekolah di US dan RizQ Islamic School merupakan sekolah tahfiz pertama di dunia yang menggunakan aplikasi ini.

Aplikasi ini bertujuan sebagai pemakluman kepada ibu bapa berkaitan dengan aktiviti anak-anak mereka di sekolah. Sama ada keputusan peperiksaan, progress pembelajaran anak-anak, aktiviti mereka dan bermacam-macam lagi. Maklumat yang diberikan oleh guru akan terus sampai ke pengetahuan ibu bapa secara dalam talian terus ke telefon bimbit mereka. Dengan aplikasi ini, ibu bapa akan dimaklumkan segala perkara berkaitan anak mereka di sekolah on the spot dan lebih telus.


Sehingga kini RizQ Islamic School hampir memenuhi kuota pelajarnya dan hanya. Jadi aku syorkan kepada mereka yang nak hantar anak mereka belajar di sini, cepat-cepatlah berbuat demikian sebab last aku pergi hari tu aku dimaklumkan tinggal kurang daripada 20 kekosongan sahaja yang ada. Hari tu aku datang pun, aku terserempak dengan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan sedang mendaftar anaknya ke sekolah tahfiz berkenaan. Itu bererti sekolah tahfiz tersebut telah diiktiraf dari segi teknik pembelajaran dan prasarananya sehingga mendapat perhatian daripada pelbagai peringkat golongan.


Kalau korang berminat untuk tahu lebih lanjut berkenaan sekolah tahfiz bertaraf antarabangsa ini, korang boleh dapatkan maklumat seperti di bawah :

RizQ Islamic School (RIS)
Wisma RizQ, No. 2, Lot 1456,
Jalan Cempaka Off Jalan Teratai,
Kampung Sungai Ramal Dalam,
43000 Kajang, Selangor, Malaysia
03-8912 0047

Laman web : www.rizq.edu.my



You Might Also Like

0 comments