Promosi Buffet Krismas di The Royale Bintang Kuala Lumpur


Bismillah,

"Err nak tanya, menu-menu yang disediakan nanti halal ke?", tanya aku was was.

Tersenyum Eksekutif Chef. "Ye semua hidangan yang bakal kami sediakan nanti halal belaka. Jangan risau sebab hotel ini dimiliki sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan telah mendapat status halal daripada JAKIM"



Bila Chef Raja Kamaroszaman Raja Zainal sendiri dah kata macamtu, aku terus lega. Terus bertambah-tambah plak aku makan haha. Penting untuk aku tanya sebab sudah tentu para pelanggannya terdiri daripada kaum berbilang bangsa lebih-lebih lagi Melayu beragama Islam.


Antara promosi buffet yang diperkenalkan di Hotel Royale Bintang Kuala Lumpur ini adalah 'Christmas Day Hi-Tea', 'Christmas Eve Set Dinner' dan 'Christmas Gala Buffet Dinner'. Ada lebih 180 jenis menu yang akan dihidangkan sepanjang promosi ini berlangsung. Selain menu masakan barat, menu tempatan seperti masakan Melayu juga turut disediakan bagi menarik minat para pelancong asing yang turut sama meraikan perayaan Hari Krismas di sini.


Harga yang ditawarkan juga berbaloi dengan menu yang disajikan. Di bawah merupakan harga promosi buffet Krismas yang diperkenalkan oleh pihak pengurusam Hotel Royale Bintang Kuala Lumpur.


Jika korang teringin nak merasa juadah perayaan Hari Krismas yang halal, boleh lah bawa seisi keluarga cuba rasa kelainannya di sini. Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan boleh lah hubungi maklumat yang tertera di bawah.


Syikhah Manaf
Marketing & Communication Manager
The Royale Bintang Kuala Lumpur
17-21 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel: 603 - 2143 9898
Fax: 603 – 2162 8644


1 Comments

  1. alamakk..sedapnya menu. sy yg tengah makan kfc ni terus tawar rasa hahaha

    ReplyDelete