'> January 2016 | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Thursday, January 28, 2016

Apa Ada Dalam Pouch Lelaki?


Bismillah,

Selalu aku tengok tas tangan puan isteri, ada macam-macam barang. Nasib saiznya kecik, kalau besar aku agak mungkin aku akan jumpa rak kasut atau mesin basuh. Sampai resit TESCO bulan 8 tahun lepas pun dia ada simpan lagi.  Artifak sejarah dah tu!


Berbanding aku sebagai jejaka masku (masku adalah lelaki yang acah-acah maskulin) dalam pouch aku ada beberapa barang yang aku rasakan penting untuk dibawa ke mana-mana. Antaranya adalah :


Dompet
Sangat penting untuk dibawa ke mana-mana hanya kerana kad pengenalan dan lesen memandu. Hanya akan aktif pada akhir bulan dan kembali sepi selepas seminggu. Ada banyak kad bank, di mana jika dijumlahkan keseluruhan baki dalam akaun boleh mencecah RM8.54.


Power Bank dan Kabel
Power bank ihsan mak aku (power bank aku kat kawan aku) dan kabel Nokia (walaupun aku guna telefon Lenovo). Penting kerana aku perlu kekalkan kuasa bateri pada tahap optimum untuk terus bermain online game (Seven Knights).


Telefon Bimbit
Benda kedua terpenting selepas dompet. Pernah dimiliki oleh Jasmeen (tengok video Didi & Friends) dan kini diambil alih kembali oleh aku sebab aku tengah kumpul dana nak upgrade telefon baru. Bateri charge penuh 18 jam dan hanya mengambil masa 5 jam untuk habis.


Pen dan Ketip Kuku
Pen perlu setiap kali aku lewat ke tempat kerja, minta tandatangan sokongan beserta alasan lewat kepada pihak atasan. Ketip kuku bukan sahaja digunakan untuk tujuan yang sama, malahan turut digunakan untuk mencarik bulu hidung dan ketip benang-benang yang berlebihan pada baju.


Pencuci Muka
Penting pada aku walaupun kadang-kadang aku rasa menyempitkan pouch je. Aku biker dan aku perlukan pencuci muka untuk membersihkan kotoran dan habuk yang tersumbat di dalam liang-liang pori (ayat poyo iklan). Lagipun pencuci muka ni sejuk (ada menthol) dan menyebabkan aku kerap kali terbabas kerana terlalu selesa kesejukan dan terlelap di atas motor.

Itu antara barang yang ada dalam pouch aku. Lelaki lain aku tak tau. Dalam pouch/tas tangan korang plak ada apa je?


Wednesday, January 27, 2016

Babah Cahaya Apa Tu?


Bismillah,

Aku on the way balik rumah dengan puan isteri dan Jasmeen. Malam tu agak gelap. tak banyak kenderaan yang lalu lalang. Jasmeen dan puan isteri senyap di seat sebelah. Tak banyak perkara nak diborakkan memandangkan masing-masing pun penat.

"Babah..lampu", tiba-tiba suara Jasmeen memecah keheningan malam.

Aku pandang ke sisi tingkap. Gelap. Tiada apa ataupun sebarang cahaya di situ. Puan isteri memandang kehairanan. Suasana kembali sepi.

"Babah.. lampu", sekali lagi Jasmeen menegur. Aku tak menoleh terus ke tingkap sebab aku tau Jasmeen mampu lihat sesuatu yang tak mampu dilihat kami berdua.

"Haisshh takde la sayang. Mana ada", aku menyedapkan hati dengan menidakkan apa yang dia lihat. Tapi Jasmeen terus terusan mengatakan dia nampak cahaya lampu.

"Ok Jasmeen. Cuba tunjukkan kat babah", aku cuba kuatkan semangat. Jantung aku berdegup kencang, serupa orang yang kencing kat dinding rumah orang, terkantoi dan dikejar tuan rumah pada masa yang sama anak perempuannya yang kita try nak ayat kat kolej nampak kejadian tu. Mak aih kemain panjang perumpaan aku.




"Tu..", jari telunjuknya menunjukkan ke dahi aku.

Mati-mati aku hantu, sekali cahaya pantulan lampu isyarat kat dahi aku daa. Kasar betul lawak anak aku ni.

Sentap babah hokey!


Friday, January 22, 2016

D'Saji di Kajang Perdana Avenue


Bismillah,

Selama ni aku sangka D'Saji hanya di Tasik Titiwangsa sahaja, rupa-rupanya anak syarikat FELDA ini telah membuka 11 cawangan dan merupakan caterer terbanyak di sekitar Lembah Klang. Sebelum ni aku sempat mengunjungi cawangan mereka di Tasik Titiwangsa yang pernah dimiliki oleh Restoran Nelayan.

Semalam aku bersama team Projek Travel dijemput untuk menghadiri perasmian cawangan baru mereka yang ke 11 di Kajang Perdana Avenue oleh YB Pengerusi Kumpulan FFLDA, YB Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Bagi mereka yang masih tak tahu di mana lokasinya, ia terletak betul-betul di seberang jalan restoran Mc Donald Saujana Impian. Lokasinya pula terletak di tepi jalan besar sebelum menuju ke lebuhraya SILK.- LEKAS.


D'Saji terkenal sebagai syarikat yang menyediakan khidmat majlis perkahwinan, catering lauk untuk sebarang majlis dan venue untuk majlis perkahwinan. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan masakan mereka sangat berkualiti dan sedap.


Kajang Perdana Avenue mampu menempatkan seramai 200 orang tetamu di ruang berhawa dingin, 250 orang di setiap kiri dan kanan di bahagian luar dan menjadikan seramai 700 orang tetamu dalam satu-satu masa. Di situ juga disediakan kemudahan parkir kereta dan motosikal, tandas dan surau. Lokasinya yang mudah dicari juga merupakan faktor utama mengapa Kajang Perdana Avenue menjadi pilihan pasangan bakal pengantin terutamanya di sekitar Kajang, Bangi dan Putrajaya.




Sehingga semalam (hari perasmian), sebanyak 69 tempahan telah diterima oleh pihak D'Saji untuk majlis perkahwinan sahaja. Selain majlis perkahwinan, D'Saji juga menyediakan pakej untuk majlis makan malam, majlis pertunangan, majlis aqiqah, majlis akad nikah, hari keluarga, kem motivasi dan seminar.


Aku sangat berpuas hati dengan servis dan makanan yang disediakan semalam. Sangat pantas mengangkat pinggan yang sudah diguna dan makanan baru di refill dari semasa ke semasa. Tak usah risau tentang panas cuaca kerana majlis diadakan di dalam ruang berbumbung yang terbuka untuk pengudaraan ditambah dengan kipas saiz gergasi (kipas helikopter) pada siling bangunan. Kebanyakan majlis-majlis kahwin yang biasa aku hadiri sebelum ini juga mengambil tempahan daripada pihak D'Saji.






Bagi yang merancang untuk mengadakan majlis dalam masa terdekat, segeralah menghubungi pihak D'Saji untuk tempahan awal. Takut kalau lambat nanti jadual penuh. Untuk tempahan, sila hubungi

                                                                NOOR AZIMAH MOHD AINI
                                                                Sales & Reservation Department
                                                                Tel : 014-277 6323
                                                                       : 03-2698 8302

                                                                EMILDAH SAINI
                                                                Sales & Reservation Department
                                                                Tel : 017-288 6920
                                                                       : 03-2698 8302

                                                                Fax    : 03-2694 4159
                                                                Emel : d'saji@felda.net.my


Terma kasih diucapkan kepada pihak D'Saji kerana sudi menjemput dan team Projek Travel kerana memberi ruang dan peluang untuk mengikuti perasmian cawangan terbaru D'Saji di Kajang Perdana Avenue.


Wednesday, January 20, 2016

Peperiksaan PTD


Bismillah,

Berdebar-debar jantung aku ngalahkan aku plak yang nak amik exam. Dah lama tak rasa feel macam ni. Setahu aku last aku amik peksa besar cenggini tahun 2005.

IC.. checked!
Slip periksa.. checked!

Poyo! Takdenye dorang mintak semua tu. Semuanya atas talian. Korang nak menonggeng tunggang terbalik dorang peduli hape. Kawan aku pernah korek pusat semasa exam tapi sampai sekarang masih bebas dan belum ditahan.

"Abang ayang mandi kejap ye. Sempat lagi tu sebelum mula"

"JANGAN!"

"Abang, ayang.."

"JANGAN!"

"A.."

"TAKLEH!"

Semua aku cantas. Nampak tak keseriusan aku bila menghadapi peperiksaan. Nak berak pon kena tahan sampai habis peksa. Macamana caranya..aku tak tau. Janji tahan.




Peperiksaan ni terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama, soalan mengenai pengetahuan am tentang Malaysia dan dunia. Bahagian dua mengenai cara menyelesaikan masalah matematik. Soalan pada aku boleh diselesaikan tapi masalahnya masa. Masa amat mencemburui. Setengah jam je kot untuk satu bahagian.

Bila soalan mula dibuka, aku dok teman isteri aku jawab. Sepuluh minit pertama berkerut aku tengok kening dia. Nak Google pon take time

5 minit kemudian..

"Abang ayang pegi potong epal jap ye"

"Ok!"

10 minit seterusnya..

"Hahahahaha", tetiba aku dengar suara puan isteri dok gelak-gelak kat ruang tamu. Belum campur dia dok berkejar-kejaran ngan Jasmeen dari ruang tamu ke dapur.

Err..

Dah ni peksa sapa ni? Alih-alih kening aku plak yang cramp sebab dok puas berkerut tolong jawabkan soalan.

Alhamdulillah walaupun macam tu aku berjaya juga jawab kesemua soalan dengan 10 soalan daripadanya aku hantam guna dadu. Kalau ada rezeki dia, aku gak tumpang gembira.

Semoga korang juga berjaya menjawab soalan dengan jayanya :) Semoga bertuah!


Tuesday, January 19, 2016

Permainan Dulu-Dulu : Buku Latihan


Bismillah,

Puas aku cari, kenapa tak ada orang review pasal permainan ni ye? Yang biasa aku jumpa main kepung-titik. Guna buku latihan matematik kotak kecik, lepas tu dimainkan oleh dua orang yang menggunakan mata pen lain warna.




Dengan berbekalkan tipu daya Yahudi, aku akan cuba buat kepungan pada kotak paling luar. Rasa dah bijak ya amat la time tu.. tapi at last kalah gak. Ala aku kalah pun sebab aku lawan ngan budak darjah enam.. pengawas plak tu. Kang aku kalahkan dia, mana dia nak letak muka?

Permainan yang aku cari ni pun base on buku latihan, tapi yang bergaris. Game ni diadaptasi dari permainan Super Mario. Kita kena pilih jalan yang hendak kita lalui dan jalan yang kita pilih tu akan menentukan jalan seterusnya yang ada di muka surat sebelah. Selalunya permainan ni banyak menggunakan muka surat dan sebuah buku latihan digunakan bagi tujuan ini.





Jalan yang kita pilih tak semestinya jalan yang benar merupakan tema permainan ini. Puas aku Google tak jumpa-jumpa, alih-alih terpaksa aku buat sendiri. Sapa sangka dengan bermodalkan 40 sen (harga buku latihan dulu) kami mampu menghasilkan permainan yang mampu bersaing dengan budak kelas atas mahupun budak kelas lompat.

Kau ada?


Monday, January 18, 2016

Nuffnang Mencanak Naik : Serius?


Bismillah,

Alahai rajin plak Nuffnang aku lately. Mencanak-canak naiknya. Sebelum ni 2 tahun baru dapat cash out. Ni baru seminggu dua kot? Pelik plak aku.. ke dorang salah masuk akaun ni? Hoho.

Orang kata kalau nak blog kita maintain dapat iklan daripada Nuffnang, rajin-rajin la hantar tiket ke dorang. Tanya la apa-apa soalan pun. Dengan cara itu dorang nampak blog korang aktif. Lately aku kerap tanya pasal status Glitterati aku ngan status unpaid payment aku. Still tak berbayar lagi nih. Adoyai.

By the way, thanks for this opportunities you guys gave to me all this years. Nak apply ads lain, tak lepas-lepas. Almaklumla trafik bukan kencang mana pon.. nama pon part time blogger. Dengan Nuffnang jugak la aku menumpang kasih sayang. Hahaha.

Tetiba lagu Setia -Elizabeth Tan ft Faizal Tahir terngiang-ngiang di cuping telinga aku :D



Err Nuffnang.. seriously??

Thursday, January 14, 2016

Like A Boss


Bismillah,

Hari tu kami terima kunjungan daripada HQ Putrajaya. Aku ni plak bukannya kenal sangat staf-staf kat sana tu sebab ramai sangat. Hari ni jumpa, tiga tahun sebelum pencen baru terserempak balik. Haa kira cenggitu la perumpamaannya, tapi takde la seteruk macam tu. Berkias je.

Kali ni yang datang sorang. Aku tengok dia lepak ngan big boss dari pagi membawak ke tengahari. Maybe ada projek besar yang dorang diskusikan sebab tak keluar-keluar dari bilik big boss. Bila berselisih dan kitorang senyum, dia boleh plak buat muka tempe. Adeh gatal je tapak kaki aku ni. Ni kalau tak sama level ngan bos aku ni.. mesti geng-geng pengarah ni.


Kucing ni takde pegang apa-apa watak dalam ini cerita. Sekian


"Kereknya. Sapa tu? Bos baru ke?", tanya aku.

"Mana? Yang tu? Bukan la", balas kawan aku.

"Timbalan Pengarah? Ketua cawangan? Ketua Pusat?..", tanya aku lagi.

"Mana ada. Dreba je la. Memang pesen dia geng ngan bos-bos je"

Lor

Sekali macai macam aku jugak daa




Wednesday, January 13, 2016

Sunnah Berbekam


Bismillah,

Perubatan yang menggunakan kaedah bekam adalah disunatkan dalam Islam malahan ia merupakan di antara sebaik-baik cara perubatan. Sebagaimana yang disebutkan di dalam beberapa buah hadis yang di antaranya sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam yang maksudnya :

"Sebaik-baik perubatan bagi kamu ialah berbekam".
(Hadis riwayat Ahmad)

Sabda Baginda lagi yang maksudnya :

"Kiranya ada suatu perubatan yang lebih baik bagi kamu, maka itulah dengan menggunakan pisau pembekam atau minuman daripada madu atau catukan (pagutan) dengan api dan aku sendiri tidak suka membakar dengan besi panas".
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Baginda lagi yang maksudnya :

"Kesembuhan itu terdapat pada tiga cara : minum madu, pisau pembekam dan alat pengangus, dan aku melarang umatku membakar dengan besi panas".
(Hadis riwayat Bukhari)


So last week aku decide nak berbekam memandangkan kawan aku sendiri ada menyediakan khidmat ni. Aku dah lama tau, cuma aku belum bersedia. Dalam kepala otak aku dok fikir macam-macam. Sakit ke? Bersih ke? Macamana kalau darah aku contaminated nanti?

So hari ni aku nak kongsi pengalaman aku berbekam..

Dengan kawan aku ni, harganya sangat berpatutan. Untuk 13 cawan (bekas bekam) dia hanya charge RM50 sahaja dan sebarang tambahan cup tidak dikenakan apa-apa bayaran. Aku buat lepas solat Isyak dengan abah dan adik ipar aku. Mula pukul 9 malam dan habis anggaran pukul 12 malam (1 jam seorang secara purata)


Dari Abu Hurairah radhiallaahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda: 

“Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit” 
(Sahih Sunan Abu Dawud, II/732, karya Imam al-Albani)


Aspek kebersihan sangat diambil berat. Peralatan dicuci dan dibilas berkali-kali dengan ethanol dan cecair khas. Jarum yang diguna pakai adalah pakai buang dan sebelum memulakan bekam, badan pesakit akan dibersihkan terlebih dahulu.

Mula-mula aku bekam angin, bertujuan untuk membuang angin yang terdapat di dalam badan. Bahagian yang banyak angin akan menunjukkan bekas berwarna merah gelap. Seterusnya adalah bekam darah, bertujuan untuk membuang darah kotor di bawah lapisan kulit. Titik-titik bekam dan khasiatnya aku sertakan di bawah.




Kawan aku menggunakan sejenis pen dengan jarum (yang biasa digunakan di hospital). Mula-mula aku ingatkan sakit, tapi sebenarnya tak rasa apa-apa. Mungkin sebab bekam angin dah dibuat terlebih dahulu, jadi membuatkan permukaan kulit jadi kebas. Rasa kena gigit semut je.


badan aku dilumur minyak zaitun untuk tujuan cairkan darah

Aku buat dua round. Memang pakej macam tu kot. Untuk setiap round, setiap kali itulah kawan aku bersihkan peralatan berbekam, menggantikan jarum dan merendam di dalam ethanol. Serius pada aku nampak leceh dan banyak kerja tapi itu yang buatkan aku jamin kerja dan peralatan yang dia gunakan 100% bersih dan selamat digunakan.



Ni first time aku buat bekam, dan insyaAllah aku nak repeat balik. Kawan aku cadangkan setahun 3 kali. So insyaAllah aku akan buat balik bulan April. Pengalaman dia membekam pesakit lumpuh separuh badan (sebelah kiri), alhamdulillah lepas berbekam beberapa kali sebulan.. pesakit tu dah pulih dan boleh memandu. Pesakit tu duduk kat Dengkil. Tapi memang banyak la cup yang dia guna sekali bekam.

Jika korang berminat untuk mendapatkan khidmat bekam, boleh hubungi kawan aku seperti yang tertera di bawah. Caj RM10 dikenakan untuk khidmat bekam rumah ke rumah.


Saudara Azrol Nizam
Lokasi sekitar Lembah Klang, Nilai, Seremban
Tel : 018-2386687


P/s : Ringan kepala aku. Hilang rasa letih badan akibat travel ulang alik naik motor


Monday, January 11, 2016

Ada Apa Di Bawah Kerusi


Bismillah,

Kisah ni berlaku malam tadi. Sebaik sahaja aku tutup tingkap rumah, aku kembali berbaring mengadap televisyen di ruang tamu. Sesekali Jasmeen menerpa ke arah aku bila mana dia dikejar ibunya dari dapur. Bingit rumah aku malam tu dengan suara Jasmeen.

Bila ibunya mula ke dapur, aku menyuruh agar dia menyuruk dari ibunya di bawah kerusi yang terletak di sebelah aku. Tiba-tiba Jasmeen terus meraung, menangis ketakutan. Didakapnya aku erat-erat, langsung tak mahu melepaskan. Aku pujuk tetapi dia terus meraung sehingga isteri aku menghampiri kami dari dapur.

"Kenapa Jasmeen, bang?"

"Entahlah. Tetiba dia nangis bila abang suruh dia menyuruk bawah kerusi"

Isteri aku terus duduk bersebelahan aku. Aku tau apa yang mula dia fikirkan. Alih-alih aku plak yang kena tutup pintu dapur dan buatkan susu Jasmeen malam tu.

..Dan part tutup pintu dapur tu memang buatkan rerambut di belakang leher aku meremang tiba-tiba.


**********



"Kenapa Jasmeen menangis?", tanya aku kepada Jasmeen selepas keadaannya semakin pulih.

"Meen takut", balasnya. 

"Meen takut apa?" tanya aku lagi. Rasa nak tau sangat apa yang menakutkannnya sebentar tadi.

"Ibu bawah kerusi. Ibu nak tangkap Meen. Mata ibu macam ni..", sambil Jasmeen memandang dengan ekor mata. Isyarat itu biasanya dia lakukan bila aku suruh dia tunjukkan cara untuk jeling. Mungkin maksud yang dia cuba sampaikan adalah merenung tajam.

"Ibu kan kat dapur", kata aku

"Tak. Ibu kat bawah tu", sambil tangannya menunding ke bawah kerusi.

Hmm. Itu cerita tadi, sewaktu Jasmeen masih berjaga di sisi aku. Sekarang Jasmeen dan isteri aku dah pun masuk bilik. Tinggal aku sendirian terbaring di ruang tamu. Sesekali aku mengintai ke bawah kerusi tersebut, kot kot mata yang sama masih ada dan merenung aku dari situ lagi.

Isk tegak plak bulu roma aku. Salah aku juga sebab aku biarkan tingkap rumah aku terbuka sehingga malam. Aku lupa yang berhadapan tingkap rumah aku hanya bukit dan hutan.

Aku juga terlupa yang Jasmeen mampu melihat apa-apa yang kami tak nampak dan tak mahu nampak..


Wednesday, January 6, 2016

Jenis Berus Solekan & Kegunaannya


Bismillah,

Macam mak mak plak aku bila keluar entry cenggini. Dulu berangan nak jadi maknyah mak andam, mak tak restu plak. Boleh la buat rujukan, mana tau time terdesak nanti diperlukan dan dipanggil untuk kenduri kahwin atau kenduri khatan. Ehh
_______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________


_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________


Kalau ko hadapkan aku ngan berus berus ni.. mati mati aku ingat berus lukisan :D

Tuesday, January 5, 2016

Siapa Peduli?


Bismillah,

Masuk tahun baru ni tak banyak bagi harapan lebih-lebih lagi penjawat awam macam aku. Alhamdulillah ada imbuhan untuk kami, tapi semalam dapat hari ni dah tinggal syiling. Macamana dorang boleh kata perbelanjaan harian cukup dengan hanya RM50? Untungnya aku sebab Jasmeen belum dihantar ke sekolah.

"Kak Yah pampers kat Speedmart murah. Ada la beza RM2 ke RM3", kata ayah kepada anak jagaan mak aku.

Nak aku bagitau yang si suami seorang senior engineer di Celcom dengan gaji RM7500 tahun lepas dan isterinya seorang doktor pakar hospital kerajaan UD54 dengan gaji sekurang-kurangnya RM8000. Total RM15K!

Gaji sebesar itu pun bercatu.. inikan la pulak aku. Serba serbi terpaksa dicatu, tapi masih lagi disuruh berjimat, Apa je la yang tinggal bila tolak sewa rumah, minyak, duit orang tua, belanja dapur, bil-bil utiliti, keperluan anak, hutang kereta. Kadang-kadang bedak isteri pun boleh miss. Nak makan pun aku lepas untuk anak je dulu sebab aku bimbang tak cukup isi minyak motor ke kerja esok. Tapi siapa la yang kisah?




Tak ada apa nak dimalukan sebab kita alami benda yang sama hari-hari. Kita bukan dilahirkan banyak harta, punya kuasa dan hidup bersubsidi.

Syukurlah rezeki yang sedikit ini masih tidak putus lagi. Cukuplah untuk alas perut anak dan isteri sementara menunggu rezeki keesokan hari pula.



Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com