Blog Sihatimerahjambu

berkira

Bila Mula Berkira..

1:04 PM


Aku betulkan motor aku weekend hari tu memandangkan aku tengok tayar belakang pun dah botak. Kedai biasa aku pergi, harga pun tak mahal mana. Lepas kira-kira, ada duit lebih boleh la disalurkan ke tenggiling aku tu.

Aku menghampiri kaunter sementara tunggu cashier kira untuk customer lain. Lepas dicongak- tambah-bahagi, harga yang perlu customer tu bayar ialah RM156.10.

"Sepuluh sen tu kasi kurang la", pujuk customer tu. Kalau aku pun, setakat sepuluh sen tu, kira halal sudah la kan. Kang nak kena cari syiling lebih plak sebab pulangkan baki lagi sembilan puluh sen.

Tapi si cashier lebih pilih untuk buat pekak dari mempertimbangkan permintaan customer tu. Dia rasa tanpa sepuluh sen tu, ekonomi kedai dia akan menjunam jatuh sebelum sukuk pertama tahun 2016 (ayat biasa aku dengar time berita ekonomi walaupun sebenarnya aku tak paham sepatah haram pun)

"You kata RM156.10, ini you kira RM156.06 sen. Mana datang sepuluh sen? Should be RM156.05 sen la kan?", tetiba customer tu mula tinggikan suara bila dia semak balik resit yang diterimanya. Aku tengok cashier tu mula kelam kabut. Satu kedai kot dengar suara customer tu. Amik kau setepek terus ke muka.

sekadar gambar hiasan

Lepas bayar aku terserempak ngan customer tu kat luar kedai. Mungkin dia pun sedar aku ada kat situ, kat sebelah dia masa kejadian.

"Tak hadap pun aku ngan lima sen dia tu, boleh je aku halalkan. Tapi sesekali kena ajar gak.. jangan berkira sangat ngan orang. Dia boleh berkira ngan aku, kenapa aku tak boleh buat macam tu?"

Aku setuju dengan statement dia. Jangan nak berkira sangat ngan customer sebab hari tu kau dah hilang seorang customer disebabkan sepuluh sen.


akidah

Akidah

9:43 AM


Bismillah,

Aku lepak semeja dengan dua kawan aku yang lain. Dari satu topik, beralih ke topik yang lain.. dan terus terusan bertukar cerita demi cerita sehingga masuk bab solat. Bercerita mengenai bagaimana amalan seseorang yang solat laju.

Masing-masing keluarkan pandangan, ada yang ikut hukum hakam.. ada yang ikut logik akal. Nama pun sembang santai, tak ada la nak serius sangat. Melawak je lebih.

"Kalau dah solat pun laju macamtu, baik tak payah solat terus.. macam aku", ujar seorang kawan aku.

Aku terdiam sekejap.. tak pasti emosi apa nak aku luahkan. Dari gelak-suka sebentar tadi terus jadi kekok. Kawan aku seorang lagi mula senyum kambing eventhough aku tau dia pun sebenarnya tak searif manapasal bab-bab agama ni

Dari bab solat mula berubah ke bab lain dan berlanjutan hampir setengah jam sebelum masing-masing kembali menyambung kerja sendiri.

Sampai sekarang aku rasa berdosa, kenapa dalam tempoh setengah jam tu aku tak bantu dan bagitau dia, apa yang dia ucapkan itu boleh gugur imannya? Aku anggap dia jahil dan sepatutnya tanggungjawabaku untuk perbetulkan statementnya. Tapi aku diam mungkin aku sendiri buntu apa yang perlu aku buat.

Bab rukun Islam dan iman jangan dibuat main. Kadang-kadang kita sendiri tak sedar, dalam rutin kita sehari kita ada terlajak kata, bermain bahasa yang adakalanya over the limit. Do not cross that line. Isu akidah jangan dibuat main, masa untuk kita pun tak banyak mana lagi.


Dalam setiap tahiyyat solat, perbaikilah syahadah yang sedia ada. Dalam lafaz syahadah, akui juga di dalam hati tiada tuhan yang aku sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah


peraih cinta

Stalker

5:21 PM


Bismillah,

Lately aku rajin stalked someone, bukan stalked dia actually tetapi membaca komen-komen dari peraih cintanya. Setau aku la.. dia janda.

Bila aku perhati sorang-sorang, hmm jawatan not bad. Ada pegawai penjawat awam, pengurus syarikat, guru penolong kanan pun ada. Berjanggut berkedut siap berkopiah lagi. Aku tak heran pun kalau umur sebaya aku atau lebih muda tetapi yang drop komen semua sebaya abah aku.

Ayat-ayat cliche orang lama, siap tinggal nombor telefon bagai hahaha. Betul la aku yang baca ni pun, bila pegi tandas kencing keluar gula melaka. Kadang-kadang keluar Coke terus. Bukan bangsa aku je, bangsa 1.5 juta ada, dari seberang ada.. pendek kata complete set macam-macam warna. Akak tu plak macam suka-rela je aku tengok.


Macamana la kalau yang baca tu anak-anak diorang? Kariah surau atau geng rewang? Saudara mara? Jiran dan kawan-kawan? Masa pakcik-pakcik dah habis dah. Jangan la dibawak balik perangai lama. Dan kepada akak tersebut.. apa sebenarnya yang akak harapkan daripada mereka?

Bila aku fikirkan balik, aku bersyukur sebab aku tak letakkan diri aku serendah itu. Sekurang-kurangnya mereka kena tau, kalau bukan aku pun.. masih ada kuasa Maha Besar sedang 'stalker' mereka dari jauh


bapa comel

Kaum Bapa Boleh Lakukan Ini Untuk Kelihatan Comel

12:19 PM


Bismillah,

Lelaki yang gentlemen dan bertanggungjawab waktu zaman bujangnya, akan beralih menjadi comel bila bergelar bapa. Kadangkala kita rasa apa yang kita buat tu biasa je pun, tapi orang sekeliling plak anggap ianya comel. Jom kita tengok perkara apa yang kaum bapa boleh buat untuk kelihatan comel.


Habiskan Makanan
Nampak comel lagi-lagi bila aiskrim anak mula cair, dia tolong jilatkan. Kalau ada empat orang anak, setiap satu la dia tolong jilatkan. Anak tak habis makanan. dia tolong habiskan.


Bawa Bekal Dan Botol Air Ke Pejabat
Rata-rata suami kawan aku tak suka bawak bekal ke pejabat. Malu katanya. Jangan kata kawan-kawan aku, adik ipar aku sendiri kalau dibekalkan nasi ke pejabat.. sanggup dia makan dalam kereta. Aku pernah nampak beberapa lelaki yang naik moto dan di belakang beg sandang dia ada bekal air, warna pink lagi.

Melayan Karenah Anak
Anak buat apa.. redha je la asalkan anak tak menangis. Kadang-kadang anak takde kawan jadi kita la mangsa terdekat yang boleh dijadikan kawan. Duduk atas perut tu dah biasa sangat dah. Kena tunggang, jadi buaian, jadi zombie.. raksasa.


Gaya Tidur Anak Dan Bapa
Yang ni semestinya comel. Kadang-kadang boleh lihat kaki anak kat muka bapa, anak kat kelengkang, semuanya tunggang terbalik. Aku pernah tengok anak semua anak tidur atas bapanya. Comel sangat.


Bekalkan Makanan dan Persiapkan Anak
Sebelum ke sekolah, bapa akan bekalkan sarapan. Persiapkan anak, ikatkan rambut, bedakkan dan tolong anak susunkan buku ikut jadual harian.


Bawa Beg Anak Ke Sekolah
Aku pernah tengok beberapa kali seorang bapa sandang beg sekolah anak. Beg Frozen ada, beg warna pink dan banyak lagi. Mungkin beg tu berat, tak nak susahkan anak atas motor.

Teman Anak Dalam Kelas
Ni pun aku pernah nampak. Seorang bapa duduk di belakang kelas sambil tunggu anaknya. Bukan sebab takut berpisah dengan anaknya, tapi anaknya menangis kalau tak nampak bapanya. Nampak comel sebab bila bapa yang besar tu duduk atas kerusi yang kecik. Hehe

Bawa Anak Ke Pejabat
Bila pengasuh minta cuti, puan isteri pula terpaksa attend mesyuarat.. terpaksa la si bapa bawa anak ke pejabat. Ke hulu ke hilir mengusung anak, tukarkan lampin, tidurkan anak. Nampak comel je bila lelaki dengan suit kemas bertali leher tukar lampin anak atas meja pejabat.


Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang kaum bapa boleh lakukan untuk kelihatan comel. Yang ini sebahagian sahaja. Apa-apa pun untuk kelihatan comel perlukan 2 perkara iaitu sabar dan sayang. Kalau hanya ada satu sahaja masih tidak boleh dikategorikan bapa comel.

Kita sendiri akan sedar betapa comelnya kita bila kita sudah bergelar suami dan bapa nanti. Yeah you're superdad :)


ammonium hidroksida

Lihat Ini Dan Anda Akan Berfikir Dua Kali Sebelum Ke Mc Donald

5:19 PM

Bismillah, 

Ni testimoni terbaru sepasang suami isteri yang aku temui di facebook nya yang menunjukkan betapa 'hebat'nya hidangan yang dihasilkan Mc Donald. Hebat sebab selama 6 tahun dia menyimpan set Happy Meal sejak tahun 2010, set yang terdiri daripada nugget dan kentang goreng itu tak mereput atau rosak sama sekali. Tiada sebarang bau dihasilkan melainkan bau daripada kotak Happy Meal itu sendiri.



Dulu aku kaki Mc Donald. Kira menu wajib setiap hujung bulan. Tapi alhamdulillah sejak tahun 2012 aku berhenti menjejaki kaki ke sana. Almost 4 tahun juga la. Dah ramai tunjukkan testimoni kesan pengambilan makanan di Mc Donald malah salah seorang chef terkenal Jamie Oliver juga telah menang kes di mahkamah yang mana dia membuktikan daging yang dihasilkan di Mc Donald bermutu rendah melalui proses yang dinamakan Pink Slime. (rujukan)

Bahagian berlemak haiwan akan dibasuh dan dicuci dengan ammonium hidroksida sebelum dibentuk menjadi daging burger. Kebiasaan ammonium hidroksida digunakan untuk mencuci perkakasan perak dan barangan logam.

It's been 6 years since I bought this "Happy Meal" at McDonald's. It's been sitting at our office this whole time and...
Posted by Jennifer Lovdahl on Wednesday, February 3, 2016


Tapi terpulanglah, macam biasa aku sekadar berkongsi cerita. Korang punya perut, korang la hadap. Jangan nanti kalau dah sakit baru nak merayu simpati ye :)


mertua vs menantu

7 Tips Memikat Hati Mertua

11:20 AM


Bismillah,

Mertua adalah ibu bapa kepada suami atau isteri yang mana levelnya sama dengan ibu kita. Bagaimana kita hormati ibu bapa kita sendiri, begitu lah sebaliknya hak yang sepatutnya diberikan kepada mertua.

Tips ni general tetapi kebanyakannya khas untuk para isteri kerana selalunya rata-rata menantu perempuan tak 'sebulu' dengan mertua mereka. Jadi aku kongsikan pengalaman aku dan kawan-kawan yang lain yang aku fikir berguna kepada mereka yang baru mendirikan rumah tangga.



Dengar Dan Diam
Bila mertua tegur, mohon jangan menjawab.. apatahlagi terus pangkah walaupun kita tau apa yang mereka katakan itu tak semestinya betul. Kita diam dan dengar, tapi tak semestinya kita ikut. Kita diam dan dengar kerana kita bagi dia peluang untuk luahkan apa yang dia rasa. Jika kita nak luahkan apa yang kita rasa, jangan pada waktu itu. Mungkin keesokan hari atau bila kita lihat mood nya sudah kembali ok.

Belajar Memasak
Mertua suka bila anak menantunya ingin belajar masakannya. Kita mungkin akan dimarah waima cara potongan bawang juga akan diambil kira tetapi bersabar lah. Kita hendak masakkan untuk anaknya yang dah terbiasa makan lauk kegemaran yang dimasak ibunya. Walaupun tak sempurna, sekurang-kurangnya 80% menghampiri sudah memadai. Di sini kita mungkin akan dapat sedikit sebanyak petua untuk menyedapkan makanan. Kan untung!

Ringan Tulang
Bila berada di rumah mertua, rajin-rajinlah ke dapur cari kerja yang patut dibuat walaupun hakikat sebenarnya kita sebenarnya malas dan. Kalau tak ada kerja, ringan-ringankan mulut tanyakan kerja apa yang patut kita tolong. Jangan duduk mengangkang kat ruang tamu atau bilik kalau tak nak jadi bahan umpat ipar duai yang lain.

Bonus dan Ucapan
Dah la jarang balik kampung.. jangan berat sangat nak tanya khabar atau ucap selamat bila tiba hari lahir mertua. Ucap tahniah atas kejayaan atau tawarkan pertolongn jika mereka dalam kesusahan. Tak perlu jumpa pun, whatsapp kan ada. Sekali sekala bergurau apa salahnya. Bila ada rezeki lebih, hulurkan kepada mertua. Kalau mereka tak mahu, belikan sahaja barangan keperluan harian atau barang dapur. Jika kita amalkan, insyaAllah makin murah rezeki kita.

Zuriat aka Cucu
Rezeki, ajal dan maut itu di tangan Allah. Kalau ada rezeki kita terima. Tetapi jangan sesekali tolak rezeki dengan alasan yang tak masuk akal. Sebab kerja, tiada pengasuh atau tak puas enjoy tu semua alasan cliche. Cucu adalah salah satu cara untuk merapatkan hubungan kita dengan mertua. Percayalah keluarga yang ada cucu dahulu akan disebut-sebut dan diberi keutamaan.

Kredit untuk Pasangan
Bila suami beli hadiah untuk mak abah dia, dia akan jual nama pasangannya dengan mengatakan hadiah itu pemberian isterinya dan begitu juga sebaliknya. Ini adalah bertujuan untuk membina prasangka baik antara mertua kepada menantu secara tak langsung dapat merapatkan hubungan mertua dan menantu.

Jangan Berkira
Bila mertua minta tolong, katakan boleh. Jangan kerap bagi alasan. Jika mereka minta tolong belikan barang, jangan harapkan wang daripada mereka selagi kita mampu belikan. Bila ajak keluar bersama, bila shopping barang kita.. jangan lupa untuk belikan satu untuk mereka. InsyaAllah hubungan akan semakin baik dan akrab.

Itu antara tips yang dapat aku kongsikan, malahan banyak lagi sebenarnya. Yang penting buang rasa ego dalam diri. Mertua levelnya lebih tinggi daripada suami. Rosak hubungan kita dengan mertua.. akan rosak jugalah hubungan kita dengan suami dan kesudahannya tiada syurga untuk kita.

Semoga beroleh manfaat di atas perkongsian insyaAllah :)


kisah lawak

Superhero Kah Aku?

2:32 PM


Bismillah,

Sedari dulu lagi aku rasa aku bukan manusia normal. Jika bersama adik beradik aku yang lain, aku feel something. Ada sesuatu dalam diri aku ini.. yang aku sendiri tak sedar sehingga diberitahu isteri aku baru-baru ni.

Tak tau nak rasa apa. Gembira, teruja atau pelik.

"Abang sedar tak apa abang buat pagi tadi?", tanya puan isteri.

"Kenapa?", balas aku.


"Masa ayang nak kejut pagi, tetiba abang eja nama abah abang. Na..NA, Ra.. RA, Wi..WI .. Narawi!. Kus semangat terkejut ayang. Abang mengigau apa?",sambung isteri aku. Aku terpingaa-pinga.

Dalam seumur hidup aku.. baru hari ni aku dapati aku punya kuasa telekinetik yang mana mampu mengeja dan menyebut dengan lancar sewaktu tidur tanpa disuruh atau dipaksa. Mungkin kalau diexplore lagi, mana tau aku juga mampu membaca sifir dan membaca syair.

Aku percaya itu bukan ngigau. Mungkin simptom awal sebelum aku bergelar superhero

Tapi aku tak tau kuasa mengeja aku ni nak aku gunakan kat siapa?

Musykil plak aku


congo bar bangi

Ulang Tahun Kelahiran & Congo Bar

11:41 AM


Bismillah,

"Dah 32 umur abang"

"Perasan..33 la", balas puan isteri


orang kata aku iras ngan Saitama - watak One Man Punch

Terdiam aku sekejap. 33 dah umur aku. Allah cepatnya masa berlalu. Apa je yang aku dah buat sepanjang tahun lepas?

Semalam seorang sahabat hadiahkan aku choco bar. Katanya sebagai hadiah. Alhamdulillah semoga dilimpahkan lagi rezekinya sekeluarga.

Sebab terlalu banyak benda baru yang nak aku hadam, sampai aku lupa apa rasanya congo bar ni. Anggapkan la yang aku baru 1st time hadap congo bar ni.


Rasanya macam kek.. bukan biskut. Bagitau kalau aku salah ye. Empuk dan manis rasanya dan paling best banyak choco chip dan badam. Dalam satu bekas tu ada 5 bar, harga aku tak tanya sebab hadiah besday la katakan huhu.

Korang boleh terus order congo bar dari kawan aku ni untuk goodies, sebagai hadiah atau kek hari jadi. Serius memang terbaik dan sangat sedap!


birthday treat

Tebus Tiket Wayang Percuma Di GSC

10:52 AM


Bismillah,

Aku lupa, aku boleh redeem tiket wayang kat GSC memandangkan aku dah berdaftar sebagai ahli since 2012 rasanya. Tahun lepas aku terlupa.. tahun ni tak mungkin lagi. Boleh daftar secara percuma di laman sesawang GSC.




Bila dah berdaftar sebagai ahli, setiap tahun kita boleh redeem dua (2) tiket wayang PERCUMA dan hanya tayangan yang bertanda (*) sahaja boleh dipilih.

Besday aku bulan Februari, jadi aku boleh tebus dua (2) tiket untuk menonton mana-mana tayangan dalam bulan Februari itu.


1. Klik pada MY PROFILE
2. Pilih MEMBER'S REWARD


3. Klik pada BIRTHDAY VOUCHERS


4. Klik pada BIRTHDAY MOVIE COUPON untuk tiket wayang percuma.
5. Boleh juga klik pada BIRTHDAY TREAT untuk mendapatkan diskaun pembelian makanan.


6. Dan akhir sekali cetak kupon tiket wayang percuma. Bawa kupon yang BERWARNA ini ke
    kaunter GSC untuk penebusan tiket. Kupon yang bercetak HITAM PUTIH tidak diterima.

7. Selamat menonton!



hak orang

Kenapa Ia Bukan Hak Kita

3:07 PM


Bismillah,

SITUASI (1)
Ada seorang lelaki tergesa-gesa untuk mengisi minyak. Ibunya baru sahaja dimasukkan ke hospital, situasinya masih samar dan doktor masih menjalankan rawatan. Adik beradik. saudara mara terdekat semua sedang menanti berita di lobi hospital. Panggilan masuk ke telefonnya tidak berhenti sedari tadi bertanyakan status lokasi. Tapi malangnya kreditnya habis

SITUASI (2)
Seorang bapa baru menongkat honda C70 lamanya di hadapan sebuah bank di pinggir bandar. Mesej daripada anaknya masih ada disimpan. Bayaran yuran hendaklah dijelaskan sebelum esok pagi. Nak tak nak si bapa terpaksa juga keluar dinihari walaupun kesihatannya tidak membenarkan dia berbuat begitu.

SITUASI (3)
Seorang budak perempuan berlari-lari menghampiri sebuah kedai. Di tangannya menggenggam erat nota beserta duit yang dipesan ibunya. Adiknya yang masih kecil sedari malam tadi menangis kelaparan susu. Alhamdulillah syukur pagi tadi, ibunya berjaya meminjam sejumlah wang daripada jiran sebelah rumahnya.

SITUASI (4)
Wanita itu tersenyum tatkala teringat raut anaknya sebentar tadi. Selama ini mereka hanya menelan air liur setiap kali iklan di kaca televisyen dimainkan. "Kalau abang lulus periksa, ibu belikan abang KFC ye" Itu janji dia kepada anaknya. Anak-anak yang lain tumpang gembira, ye lah bukan selalu mereka dapat makan ayam.. inikan pula KFC

SITUASI (5)
Anak lelaki tersebut keluar mencari farmasi. Dada ayahnya dari tadi berombak dan nafasnya semakin pendek. Kasihan melihatkan ayahnya itu dia mengorek tabungannya untuk mencari ubat lelah. Padahal dia tau dia juga sangat memerlukan duit itu untuk membayar kos kerja kursusnya. Tapi dia tahu pada saat itu.. ayahnya lebih memerlukan.



Tetapi kita pula ternampak sejumlah wang tercicir di atas jalan dan claim itu rezeki kita. Kita tak rasa apa-apa kerana ketika itu tak terlintas langsung pun apa yang mereka rasa. Kita tak peduli kerana kita tak dengar tangisan bayi kelaparan atau anak yang menanti penuh harapan

Jadi masuklah ia ke dalam perut, menghasilkan daging dan darah dari kepayahan dan kesedihan orang lain. Badan dan hati mula berubah sakit dan percayalah waima bersusun wang di hadapan kita pun tak akan cukup untuk menjadikan kita kembali kepada yang asal.

Kita terlalu mengambil mudah tanpa memikirkan ada segelintir orang yang terus mencari alasan untuk cuba meneruskan hidup.

Juga kata dua buat diri aku sendiri, bukan semua rezeki Allah itu milik kita.