Blog Sihatimerahjambu

filem review

Lights Out : Filem Genre Seram Kini Di Pawagam

1:01 PM


Bismillah,

Aku ni bukan penakut, cuma lemah semangat je tapi minat sangat dengan cerita bergenre seram. Baru baru ni aku tengok trailer movie ni kat tv. Tajuk dia Lights Out, mak aih terkucil aku terkejut. Bila tengokkan cerita ni, aku teringat cerita Darkness Fall dulu. Lebih kurang sama je ceritanya.

Filem ini diarahkan oleh James Wan, pengarah filem Conjuring. Ia mengisahkan seorang kakak yang cuba menyelamatkan adiknya daripada diburu hantu yang muncul sewaktu mereka bergelap. Dalam pada itu satu persatu misteri kewujudan hantu itu terbongkar yang mengaitkan sejarah silam keluarganya.


Aku kalau nak tengok ni, kompom puan isteri taknak ikut sebab dia mudah bawak cerita cerita seram ke dalam mimpi dia. Pastu mula la mengigau. Tapi kalau ada peluang memang aku nak pergi tengok. Dah berada di pawagam seluruh Malaysia 21 Julai 2016. Filem ini berada di tangga ke-3 di US dengan kutipan sebanyak USD21.7M selepas tujuh hari tayangan. Aku baca banyak komen positif dan mengatakan filem paling seram untuk tahun ini.

Seram atau tak, apa kata kita layan TRAILER filem ini dulu. Kalau berani, kita proceed tengok di pawagam. Kalau tak berani, kita tengok je poster dia depan pawagam hahaha.

video


video

Lepas tengok, konfom korang tido tak nak tutup lampu hehehe.



blogger

Jom Exchange Blog Link!

11:50 AM


Bismillah,

Hari ni aku nak update bloglist. Since aku tukar ke domain hari tu, tak terhapdet hapdet bloglist aku. Jangan kecik hati atau kecam sebab aku tak buang korang pun. Jangan plak ada yang hantar santau senyap senyap hahaha.

Aku dah fill up separuh yang mana aku war warkan dalam facebook. Kepada yang ada link aku dalam blog korang, let me know so I can do so. Kalau yang baru nak masukkan blog aku ke dalam bloglist korang.. pun bagitau gak. Aku pun akan masukkan korang ke dalam bloglist aku.

So bila aku ada bloglist ni, memudahkan aku sebenarnya. Nak hafal satu per satu kompom tak hengat, lagipun senang untuk aku jengah memandangkan masa untuk aku blogwalking terhad. Just drop your blog link kat komen di bawah, but first masukkan blog aku dalam blog list korang dulu. Aku akan terjah satu persatu :) Tak ada syarat lain, caj tersembunyi atau kena hantar kepada 20 orang yang lain jika tidak korang akan menerima malapetaka tujuh keturunan :D


So kepada kengkawan blogger yang berminat, jom exchange blog link!

barang basah murah

Apa Yang Boleh Dibeli Dengan RM35 di Pasar Pudu?

1:13 PM


Bismillah,

Aku lately suka sangat pergi pasar lagi lagi Pasar Pudu, Kuala Lumpur. Mungkin sebab sehala nak ke ofis, jadi aku amik peluang untuk beli barang basah kat situ. Paling teruja bila tengok sayur sayur dijual selonggok RM1. Korang boleh bayangkan keadaan aku pikul barang basah berbondong bondong naik motor.


Jadi dengan berbekalkan RM35, apa yang boleh aku beli di Pasar Pudu setelah mengambil kira berapa orang makan dan kekerapan makan sehari. Untuk aku, puan isteri dan Jasmeen.. RM35 cukup untuk lauk dua hari dan makan mewah. Korang boleh dapat harga yang lebih rendah daripada aku sebenarnya. Ini anggaran bajet untuk keluarga aku ye. Mungkin korang juga boleh jadikan contoh.


CILI PADI
Selonggok RM2 (banyak giler)


BAYAM
Selonggok RM1


SAWI
Selonggok RM1


TULANG LEMBU (Sup)
Sekilo RM11
Aku beli RM8


IKAN KEMBUNG (XL)
Sekilo RM13
Aku beli RM8


HATI AYAM
Sekilo RM3


LALA
Sekili RM10
Aku beli RM5


SUP BUNJUT
Sebungkus RM1


SOO HOON & KULIT TAUHU
Soo Hoon RM2 (banyak sangat)
Kulit tauhu 2 keping RM2


Hasilnya ini lah masakan yang aku hadap tengahari tu. Sup tulang dan sayur makan untuk esok plak. Untuk hari tu ada ikan kembung masak tempoyak, hati goreng black pepper, ikan kembung goreng panas, telur dadar (tak ada dalam list), sup lala dan sayur bayam goreng (luar frame)


So untuk esoknya ada sup tulang lembu, ada soo hoon dan kulit tauhu untuk Jasmeen dan sambal belacan. Ok la RM35 untuk dua hari, 3 orang makan tengahari dan malam. Kalau ikutkan awalnya aku bawa RM25 je, tapi puan isteri request tulang lembu nak buat sup.

Ni tips aku kawal perbelanjaan. Bawa duit yang perlu sahaja dan tau apa yang kita nak beli. Harga barangan bergantung. Aku rasa lagi murah kalau aku pergi pada hari bekerja. Ikan pelaling @ ikan sardin aku boleh dapat RM4/sekilo. Udang putih boleh dapat RM10/sekilo. Jadi kena rajin riki harga sebelum membeli dan jangan lupa tawar menawar.

Semoga dapat berkongsi sesuatu untuk entri hari ini.


keselamatan anak

Jasmeen Terserempak Ular Di Bilik Tidur

11:13 AM


Bismillah,

Bila aku terkenangkan peristiwa yang berlaku minggu lepas, bulu roma aku terus meremang. Tak sangka kejadian tersebut berlaku kepada anak aku Jasmeen, di dalam bilik tidurnya sendiri.

Mulanya aku biarkan dia main sendiri di dalam bilik. Aku kat ruang tamu tengok tv dan puan isteri kat dapur memasak untuk makan malam.

Dalam pukul lapan lebih macam tu tiba tiba Jasmeen menjerit ketakutan. Berulang ulang kali dia sebut " Ular! Ular!"


Mula mula aku buat tak layan. Agaknya dia main sendiri, tapi bila dia asyik tarik aku suruh halau ular dalam bilik.. aku rasa cuak. Something there.. abis tu takkan muka Jasmeen pucat semacam.

Aku jengah dari pintu bilik manakala mata aku meliar mencari sosok sosok ular yang disebut Jasmeen tadi. Tiada dia atas tilam.. mungkin dah bergerak ke dalam almari baju. Aku kena berhati hati, aku suruh Jasmeen duduk jauh. Berbekalkan ilmu dari National Geographic, aku cuba mengawal situasi.

Selang 10 minit masih tak jumpa, aku panggil Jasmeen.

"Mana ularnya Meen?", tanya aku.

"Tu babah.. tu!", sambil mengacukan muncungnya ke arah sosok di atas tilam.

Aku mengucap panjang. Kelihatan sosok ular yang dibentuk Jasmeen dari tanah liat sedang terbaring di atas tilam tak bergerak. 

Err bila aku perati lebih menyerupai cacing atau misai abah aku. Cuma warna dia hijau kuning.


"Tu bukan ular la Jasmeen.. Tu kan Soo Hoon yang Meen suka makan tu", sambung aku bila aku tengok dia still takut nak sambung main.

"Ooo haah Soo Hoon kan babah", baru lah dia terus masuk dan sambung main.

Apa daa dia sendiri buat.. dia yang takut. Cuak dah aku sekejap. Ingatkan bebetul ular. Tapi sebelum aku beredar, dia sempat tanya aku apa benda kat bawah ni. Aku teka taik kambing.. tapi dia kata salah. Korang rasa apa?


Jasmeen kata kuih raya.

Pening aku ngan fiil anak aku ni. Adoyai naik darah tinggi aku.

filem melayu 2016

Gathering Blogger & Movie Day Out : Zack Kapcai

8:37 AM


Bismillah,

Hari Jumaat lepas aku dijemput untuk memeriahkan gathering blogger dan menghadiri tayangan Zack Kapcai di eCurve, Mutiara Damansara.

Kami muka berkumpul di Pak John Steamboat untuk pendaftaran. Ini pertama kali aku jejak kaki ke Pak John Steamboat. Tak sangka menu hidangannya semeriah itu kalau nak dibandingkan dengan harganya.


Ramai gak blogger yang turut hadir. Ada la dalam 20 keluarga aku rasa. Betul betul macam hari keluarga. Lepas maghrib tu sampai pukul 9, kerja kami hanya makan sebelum sesi tayangan.

Ini merupakan filem ke 113 terbitan MIG Pictures dan filem ini sudah mula ditayangkan di pawagam pada 14 Julai 2016. Hasil garapan Azaromi Ghozali dan Rosli Mohd Taib ni, mengetengahkan barisan pelakon dan pelawak hebat seperti Fad Bocey, Syuk SYJ dan Rahim R2. Pelakon lain yang turut membintangi filem ini seperti Serina Redzuawan, Epy Kokdiang dan pendatang baru Julia Marin.


Aku suka cerita ni sebab lawak dan punch line yang diberikan oleh Fad, Syuk dan Rahim. Dari awal sampai habis tak kering gusi aku dibuatnya. Pada aku kekuatan filem ini adalah daripada pelakonnya yang sememangnya lawak. Ceritanya santai dan sesuai untuk seisi keluarga.


Gathering kami malam tu disertai oleh Mejar David Teo, Serina Redzuan dan Epy Kokdiang. Sebelum menuju ke pawagam, Mejar David Teo mengagihkan duit raya kepada semua blogger dan ahli keluarga yang hadir. Tak sangka plak sebab katanya itu adalah surprise event.


So kepada mereka yang berkelapangan, boleh la ajak ahli keluarga untuk menonton filem Zack Kapcai. Komfom korang tak kering gusi hahaha.



keyboard warrior

Bicara Para Malaikat Di Kalangan Manusia

12:01 PM

Bismillah,

Aku scroll new feed kat facebook pagi tadi, terbaca post seorang kawan aku ni. Bicaranya tentang kes yang hangat diperkatakan lately.

Intipatinya diselit dengan sedikit peringatan berkaitan agama, tazkirah, dan azab pelaku selepas mati. Panjang lebar huraiannya.

Bertambah panas bila muncul seorang kawan yang lain komen acah acah win. "Apa kata kau penuhkan solat 5 waktu dulu?"

Padahal seingat aku si polan yang menegur tu pon tak maghrib bila jumpa dengan aku hari tu. Tapi kesian gak la kawan aku tu kena bash kat wall sendiri.

Aku just nak share ni antara contoh perbualan antara 'malaikat'. Mereka tak pernah buat dosa dan selalunya orang yang dia kenal adalah ahli neraka.

Jika kita menjaga aib orang, Allah akan jaga aib kita sehingga kiamat.

ah long

Tetiba Aku Terima Surat Layang Dan Amaran Terakhir

1:43 PM

Bismillah,

Petang kelmarin aku dikejutkan dengan kehadiran dengan flyer bersaiz A4 yang aku yakini itu merupakan surat layang. Mak aku kutip kat depan pagar rumah.

Bukan surat untuk aku, tapi ditujukan kepada anak jiran kat lorong aku tu. Aku tak tau pasal apa.. Tapi pada kertas itu ada tertulis PENIPU (simbol wang). Diletakkan sekali fotostat kad pengenalan dan amaran terakhir.

Terkejut gak aku, ye la bapa budak yang kena ugut tu pun orang kuat taman aku. Bukan setakat mak bapak dia je, satu keluarga dia aku kenal. Semalam mak budak tu explain kat whatsapp yang IC anak dia dipergunakan oleh orang lain. Payah la nak kena explain satu persatu demi nak bina balik maruah yang dah tercalar. Kira kes penipuan dan anak dia kena tanggung.

Kesian satu hal sebab perkara ni sedikit sebanyak mencalar imej mereka. Lagi membimbangkan bila yang buat taik tu orang yang dia kenal gak.

Guys please be careful bab IC atau other identification yang lain. Bila buat pinjaman atau fotostat IC, sila palangkan. Kalau tak guna, sila koyakkan dan jangan sesekali berikan IC kepada pihak ketiga untuk menguruskan bagi pihak kita.

Anyone can stab us from the back. Bukan tak percaya.. Tapi mohon lebih berhati hati sebab yang sakit nanti kita sendiri.