dekoder percuma

Semakan Untuk Mendapatkan Dekoder MYTV Secara PERCUMA

11:17 AM


Bismillah,

Memandangkan negara ASEAN telah menetapkan pelaksanaan penutupan siaran analog (analogue switch off – ASO) secara berperingkat-peringkat antara 2015 sehingga 2020, jadi Malaysia telah mengambil langkah awal melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan melaksanakan Televisyen Terestrial Digital (DTT). 


Melalui DTT jurang siara digital, terutamanya di kawasan-kawasan terpencil dapat dirapatkan. Menerusi DTT, rakyat Malaysia akan menikmati banyak manfaat seperti kualiti gambar dan bunyi yang lebih baik, lebih banyak saluran siaran percuma, akses kepada panduan program elektronik (EPG), sarikata pelbagai bahasa, dan berkemampuan untuk menonton siaran TV yang berkualiti HD menerusi Siaran Digital myFreeview.

Kawasan Liputan DTT
Sehingga kini, terdapat 13 stesen pemancar di seluruh negara dan meliputi hampir 80% kawasan penduduk di seluruh Malaysia. Ia akan dinaiktaraf secara berperingkat bagi mencapai 98% kawasan menjelang 2018.

Saluran Yang Boleh Ditonton Melalui MyFreeviev
Buat masa ini saluran yang disiarkan ialah TV1, TV2, TV3, TV Alhijrah, ntv7, 8TV, TV9
dan Bernama News Channel (BNC). Jumlah saluran akan bertambah dari semasa ke semasa. 

Seramai 2 juta set dekoder PERCUMA (MYTV Basic) telah diagihkan kepada isi rumah terpilh di seluruh negara. Set dekoder PERCUMA ini akan dihantar ke alamat rumah isi rumah yang terpilih menggunakan khidmat penghantaran Pos Laju. Kerajaan telah merancang untuk menutup saluran TV Analog bermula tahun 2018 dan selepas itu sebarang siaran televisyen yang menggunakan satelit dan kabel akan dihentikan.

Cara Untuk Membuat Semakan
Anda boleh menyemak melalui kaedah-kaedah berikut:

Masukkan No. Kad Pengenalan pada ruangan untuk buat semakan

 Nanti akan keluar status sama ada korang terpilih ataupun tidak. Malangnya aku tak terpilih.

MYTV atau ASTRO?
MYTV sama fungsinya macam ASTRO cuma buat masa ni siaran MYTV terhad dan sedang dalam proses penambahbaikan. MYTV percuma manakala ASTRO adalah langganan setiap bulan. Dua-dua menjanjikan bebas gangguan cuaca tetapi siaran ASTRO masih lagi hilang-hilang ketika hari hujan, MYTV belum tahu lagi. 

Tepuk dada tanya selera. Kalau aku, aku akan pilih yang PERCUMA. Cuma aku harapkan MYTV dapat tunaikan janji untuk naiktaraf siarannya dari semasa ke semasa.


Ddakji

Alami Keunikan Budaya Korea di Hartamas Shopping Centre

10:39 AM


Bismillah,

Aku dan isteri banyak mempelajari budaya masyarakat Korea melalui rancangan-rancangan di televisyen. Contohnya daripada rancangan Running Man aku tau permainan Ddakji dimainkan, aku kenal Kimchi, Kimbab, Bibimbab, Ramyeon, Bulgogi dan banyak lagi. Malahan puan isteri pernah hasilkan Kimchi sendiri di rumah kerana teruja bila melihat mereka makan di televisyen.


Jadi dua tiga hari sebelum ini bila dapat tahu akan berlangsungnya event Korea Fair di Hartamas Shopping Centre, kami sekeluarga rasa teruja. Ye la sebelum ni dapat tengok di kaca televisyen je, kali ni dapat alami dan rasai sendiri di Malaysia. Nak ke Korea entah bila pun tak tau lagi. Jadi peluang yang julung-julung kali diadakan ni takkan kami lepaskan macam tu je.


Acara ini berlangsung selama 5 hari dari 27 September 2016 hingga 1 Oktober 2016 bertempat di Hartamas Shopping Centre. Ada banyak aktiviti dan pameran disediakan di sana antaranya adalah :


27 September 2016 - Memperkenalkan tarian tradisional masyarakat Korea
28 September 2016 - Demonstrasi dan cara Ddakji dimainkan (permainan tradisi)
29 September 2016 - Demonstrasi dan cara Tuho dimainkan (permainan tradisi)
30 September 2016 - Demonstrasi dan cara untuk membuat Kimchi (menu makanan Korea)
01 Oktober 2016      - Pertandingan Makan Samyang
                                           (hadiah untuk para pemenang terdiri daripada produk Korea)


Alex Tan, Pengurus Hartamas Shopping Centre memberitahu acara ini diadakan untuk meraikan sekaligus cuba memperkenalkan keunikan budaya masyarakat luar kepada penduduk sekitar dan pengunjung pusat membeli belah tersebut.


Menurutnya lagi Hartamas bukan sahaja relevan sebagai lokasi penempatan untuk rakyat Malaysia malahan juga pemastautin daripada negara-negara luar terutamanya dari Korea dan Jepun. Jadi dengan adanya aktiviti dan acara seperti ini dapat mengeratkan hubungan di antara penduduk sekitar dan membuka peluang kepada pengunjung dan orang ramai untuk mengenali dan mendalami budaya masyarakat Korea secara dekat.


Jadi kepada yang berkelapangan dan ingin mencuba aktiviti yang disediakan boleh la berkunjung ke Hartamas Shopping Centre bermula 27 September 2016 hingga 1 Oktober 2016. Masuk percuma. Bawa keluarga dan rakan-rakan untuk memeriahkan lagi Korea Fair di sana.



Hartamas Shopping Centre @ Plaza Damas,
No. 60 Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia


Foto kredit : www.qasehsu.com

Innergie

Kerja Jadi Mudah Dengan Innergie PowerGear ICE 65

10:24 AM


Bismillah,

Aku banyak menggunakan laptop untuk tugas atau kerja harian. Banyak keluar travel dan membuat kerja terus di site. Jadi secara tak langsung aku sangat perlukan produk daripada Innergie ni. PowerGear ICE 65 merupakan salah satu siri model yang dikeluarkan oleh Innergie. Fungsinya sebagai adapter untuk laptop.



Tetapi yang menariknya adapter laptop PowerGear ICE 65 ini boleh dipadankan dengan pelbagai jenis jenama laptop contohnya seperti Dell, HP, Lenovo, Asus dan Toshiba. Ia di datangkan sekali dengan 6 jenis mata pin point ke laptop, DC kabel (1.5 meter), travel pouch, manual pengguna dan plug AC boleh ubah.




Direka untuk mengurangkan pelepasan haba sebanyak 90% ke alam sekitar apabila penggunaan secara berterusan. Lagipun ia mampu membekalkan sebanyak 65 watt tenaga dalam satu satu masa.
Dan yang paling penting, kesemua produk Innergie diberi waranti selama 3 tahun sebagai jaminan produk yang mereka hasilkan sangat selamat kepada pengguna dan alam sekitar. Saiznya juga kecil dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.





Yang menariknya PowerGear ICE 65 ini boleh dipadankan dengan PowerCombo Go Hub. Tu yang best tu sebab fungsi PowerGear ICE 65 ini adapter dan PowerCombo Go Hub kabel pengecas. Jadi aku boleh gunakan untuk laptop dan pada masa yang sama aku boleh cas telefon bimbit aku. Kalau korang nak tau lebih lanjut PowerCombo Go Hub boleh KLIK DI SINI.



Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh la layari:


Tel : 016-5559321

Korang boleh tengok video berkenaan PowerGear ICE 65 yang diambil daripada Youtube




ikan bakar Pak Din

Medan Ikan Bakar Pak Din Jalan Tanglin, Kuala Lumpur

12:08 AM


Bismillah,

Di sekitar Kuala Lumpur, tak banyak tempat atau kedai makan yang menyediakan menu seperti ikan bakar untuk juadah tengahari. Kalau ada pun hanya sekadar lauk pauk biasa.


Jadi untuk mengubah rutin selera yang biasa, aku mencari lokasi menarik di sekitar pejabat aku yang terletak di Bukit Tunku. Yang menariknya tempat yang aku nak tuju tu memang terkenal dengan menu ikan bakar.


Kedai ikan bakar tersebut diusahakan oleh Pak Din dan lokasinya terletak di Jalan Tanglin. Korang boleh cari lokasinya melalui Google Map atau Waze pada koordinat GPS 3.144292, 101.690622. Kedai ikan bakar Pak Din ni besebelahan Taman Botani, Kuala Lumpur, bersebelahan Klinik Kesihatan Jalan Tanglin dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Kedai ini dibuka untuk makan tengahari pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat dan ditutup pada hari minggu (Sabtu dan Ahad). Apabila korang tiba di bahagian hadapan kedai korang rasakan kedai ini sama seperti kedai lain yang menyediakan lauk pauk makan tengahari. Tetapi jangan terkejut bila korang diminta untuk ke belakang kedai kerana disitulah korang akan nampak ada pelbagai jenis ikan yang dibakar di atas pemanggang. Barisan pelanggan yang menunggu ikan masak dipanggang usah dikata la.

Selain ikan, ada juga sotong dan juga ayam. Antara ikan yang boleh dipilih adalah seperti ikan pari, ikan kembung dan cencaru. Saiz ikannya juga besar-besar. Kira kalau ikut selera aku sebenarnya seekor ikan tu boleh makan untuk dua orang dan ikannya pun segar belaka.


Sejujurnya daya tarikan menu ikan bakar Pak Din adalah pada air asamnya. Cukup rasa, masam manis dan pekat. Banyak plak tu. Memang terbaik air asamnya. Korang kena cuba rasa, kalau tak rugi.

Hari tu aku makan berenam. Makan 4 ikan pari bakar, 2 ikan kembung bakar, 3 ekor sotong bakar, 6 air dan nasi beserta lauk sayur berharga RM115. Sekali sekala apa salahnya kan, tapi kalau hari hari boleh botak gak aku haha.


So kalau korang berada di kawasan sekitar atau ada urusan kat area Kuala Lumpur, boleh lah singgah untuk cuba menu ikan bakar Pak Din di sini.


Ikan Bakar Pak Din
Medan Selera Tanglin
Jalan Cenderasari,
Kuala Lumpur

Koordinat GPS
(3.144292, 101.690622)


penipuan online

Nak Tau Cara Gadis Cantik Ini Menipu?

2:17 PM


Bismillah,

Baru-baru ni viral di laman sosial bagaimana seorang lelaki ditipu oleh seorang wanita cantik menerusi aplikasi Whatsapp. Dalam perbualan itu, wanita tersebut meminta seorang lelaki yang baru dikenalinya top up telefon sebanyak RM50 dan akan menggantikan kembali wang lelaki berkenaan nanti. Lelaki tersebut percaya dan terus menghantar top up kepada wanita tersebut. Alih-alih lelaki tersebut terus kena block. Sadis.



Ni bukan pertama kali aku dengar cerita ni. Sebelum ni banyak cerita-cerita yang lebih kejam dan sadis yang pernah aku dengar. Dan di sini aku nak kongsikan bagaimana cara gadis cantik seperti wanita tersebut memperdayakan lelaki lain.

Sebenarnya awal-awal lagi korang dah tertipu, wanita cantik itu hanya sekadar display picture sahaja. Di sebaliknya adalah sindiket penipuan sama ada perseorangan atau berkumpulan. Dan yang paling sadis kebanyakan mereka adalah lelaki. Kalau betul pun perempuan, mereka tak akan letakkan gambar mereka sendiri. Itulah sebabnya setiap hari akan ada laporan mengenai penipuan yang melibatkan gambar profile picture yang dicuri dan disalahguna oleh pihak yang tak bertanggungjawab.


Mereka akan menambah kenalan terutama di kalangan lelaki dengan ciri-ciri buaya darat atau desperate. Ini lebih mudah untuk mereka memeras ugut dengan bermodalkan kata-kata manis dan ayat-ayat cinta.

Lagi-lagi bila lelaki desperate ni tengok DP awek cun, seksi pulak tu.. apa la salahnya membantu. Takkan la awek secantik itu nak menipu..iye tak? Itu cara pemikiran polos lelaki yang termakan pujuk rayu.

Aku bukan mangsa, tetapi pernah terdengar perbualan orang yang menggunakan modus operandi ini untuk mencari mangsa. Hasil penipuan yang dilakukan akan digunapakai sendirri atau jual balik top up tu kepada orang lain dengan harga yang lebih murah.

Aku harapkan kita tak terlalu percaya dengan seseorang yang baru kita kenal lebih-lebih lagi bila melibatkan duit. Kalau terpaksa, minta salinan kad pengenalan sebagai bukti.

Semoga kita dapat berkongsi sesuatu melalui artikel hari ini.


filem MIG Pictures

Volkswagen Kuning : Filem Seram Daripada Kisah Benar

11:44 AM


Bismillah,

Semalam aku berpeluang untuk menyaksikan pratonton filem terbaru daripada MIG Production Sdn Bhd iaitu Volkswagen Kuning di eCurve Damansara. Filem kali ini hasil daripada garapan pengarah muda iaitu Shadan Hashim dan merupakan filem ke 115 terbitan MIG Pictures Sdn. Bhd.


Pratonton filem ini dihadiri oleh rakan-rakan media, blogger dan peminat. Sebelum tayangan bermula, Mejar (K) David Teoh telah menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan menulis kisah seram yang rata-ratanya adalah penyertaan di kalangan blogger. Hadiah utama pertandingan tersebut merupakan OPPO Smartphone F1s yang telah ditaja oleh OPPO Malaysia dan telah dimenangi oleh saudari Iena Wahab.


Kisah Benar Ke?
Aku dimaklumkan yang jalan cerita filem ini diadaptasi daripada kisah benar hasil daripada input perbualan dengan mereka yang mempunyai pengalaman bertembung dengan kereta mistik tersebut. Adalah diselitkan kisah bagaimana Volkswagen Kuning itu menjadi berhantu dan menghantui pengguna jalan yang lain. Nak tau kenapa? Kena tengok sendiri filem ini di pawagam.

Pelakon Terbaik
Antara pelakon utama yang membintangi filem ini seperti Pekin Ibrahim dan Atikah Suhaime. Dalam banyak watak yang diketengahkan dalam filem tersebut.. aku suka sangat dengan watak Pak Ayub. Walaupun bukan watak utama, tetapi peranannya sangat menyerlah dalam filem tersebut. Dari awal sampai habis aku asyik tergelak dengan scene-scene yang melibatkannya. Cerita seram tetapi bila sampai part dia terus jadi lawak. Watak apa sebenarnya Pak Ayub ni? Jangan tanya aku sebab aku pun musykil. Sebab apa aku kata "pelakon terbaik"? Mohon tengok dan nilaikan sendiri haha.



Seram tak?
Pada aku efek seram tu ada. Penggambaran dibuat pada waktu malam tanpa prop lampu, dan hanya bergantung dengan lampu kereta. Berjalan di jalan yang kiri kanannya hutan memang menaikkan mood seram aku. Bunyi latar juga berjaya membuatkan aku menjiwai rasa seram sewaktu menonton. Tapi mohon banyakkan lagi scene seram sebab aku rasa seram part atas jalan dalam hutan je hehe.

Penambahbaikan Jika Perlu
Aku suka jalan cerita dari minit awal sehingga Pekin dan Atikah terserempak dengan Volkswagen Kuning. Aku harapkan lebih banyak lagi scene-scene seram di atas jalan raya memandangkan Volkswagen Kuning ni amat terkenal dengan kisahnya yang banyak mengganggu pengguna jalan raya.

Pengakhirannya seolah-olah memberitahu yang Volkswagen Kuning sudah habis membalas dendam dan tiada lagi kisahnya lepas itu. Aku lagi suka kalau ending dia buat penonton tertanya-tanya siapa lagi mangsa dia seterusnya hehe.


Nak Bagi Berapa Bintang?
Aku nak bagi 3.5/5 bintang. Menarik dan ada aspek seram. Mohon untuk next movie project ditambahkan lagi lebih banyak elemen seram dan scene-scene yang mendebarkan hehe. Dan kekalkan watak Pak Ayub hahaha. Thumbs up!



Gillette

Gillette Mach 3 Turbo : Pencukur Terbaik Untuk Lelaki

3:49 PM


Bismillah,

Bila memilih pisau pencukur, aku akan pastikan yang pisau pencukur yang nak aku gunakan tajam, tidak mudah berkarat, selamat dan boleh digunakan berulang kali. Mata pisau kalau boleh 3 bilah macam Gillette Mach 3 Turbo yang aku gunakan sekarang,



Aku pernah guna banyak jenis pisau pencukur tapi rata-ratanya tak selancar mata pisau Gillette. Tak lancar aku maksudkan bila aku cukur, masih terdapat bulu tajam pada bahagian cukuran. Ini mungkin disebabkan mata pisau tidak tajam atau sudut mata pisau yang tidak tepat.

Tetapi dengan bilah pisau daripada Gillette Mach 3 Turbo, aku hanya lalukan sekali sahaja kat bahagian yang hendak dicukur. Bahagian cukuran terasa licin sebab mata pisaunya tajam dan mempunyai 3 bilah untuk mendapatkan cukuran yang sempurna.


Lagipun bilah mata pisau Gillette Mach 3 Turbo boleh dibilas dengan air. Kalau jenama biasa, sekali dua bilas.. kali ketiga dah tumpul. Mata bilah Gillette Mach 3 Turbo juga boleh ditukar ganti dengan mata bilah yang baru dan ianya selamat. Aku tak pernah lagi mendapat luka bila menggunakan produk Gillette.


Memandangkan kepala aku pun botak, aku hanya menggunakan tak lebih daripada 5 minit untuk membotakkan kepala. Serius aku tak tipu sebab cukurannya sangat kemas dan lancar. Tak perlu cukur beberapa kali pada tempat yang sama.


Kalau korang menggunakan produk jenama biasa, apa kata korang cuba dulu Gillette Mach 3 Turbo atau pencukur Gillette yang lain. Korang boleh rasakan banyak perbezaan daripada segi cukuran. Sangat kemas dan lancar.


Gold Coast Morib

Pakej Penginapan Gold Coast Morib [YES] 2016

11:39 AM


Bismillah, 

Promosi penginapan di Gold Coast Morib datang lagi. Kini menawarkan lebih banyak pakej dengan harga terendah mengikut bajet korang. 


Senarai-senarai pakej yang disediakan adalah seperti yang di bawah :

PAKEJ PERTAMA
💝RM108 Only! (Isnin-Khamis sahaja)

✅Penginapan 2 hari 1 malam
✅STUDIO SUITE WITH JACUZZI
✅FREE 4 Water Theme Park admission for 4 pax (for 2 days)
✅Free flying fox untuk 2 orang
✅Valid 6 bulan selepas tarikh dikeluarkan

🚩no breakfast
🚩not valid on sunday and friday

PAKEJ KEDUA
💝RM150 Only! (Ahad hingga Jumaat)

✅2D 1N at Studio Suite with Private Jacuzzi 
✅Breakfast for 2 persons
✅FREE  4 Water Theme Park admission for 4pax (for 2 days)
✅Valid 6 bulan dari tarikh dikeluarkan

PAKEJ KETIGA
💝RM270 Only! (Sabtu, Cuti sekolah & Cuti Umum)

✅2D 1N at Studio Suite with Private Jacuzzi 
✅Breakfast for 2 persons
✅FREE  4 Water Theme Park admission for 4 pax (for 2 days)
✅Valid 6 bulan dari tarikh dikeluarkan

PAKEJ KEEMPAT
💝RM268 Only! - Birthday Special

✅ 2 hari 1 malam
✅ Studio suite with private jacuzzi
✅ Breakfast 2 org
✅ Dinner 2 org
✅ FREE 4 Water Theme Park admission for 4 pax (for 2 days)
✅ Birthday kek
✅ Hadiah
✅ Certificate
✅ Valid 6 bulan selepas tarikh dikeluarkan

➡Boleh check in sehari sebelum birthday & sehari selepas birthday 
📌Bawa IC untuk pengesahan semasa check in (bukti tarikh lahir)


PAKEJ KELIMA
💝Apartment 2 bilik RM480

✅2D 1N
✅Breakfast for 4 Pax
✅FREE 4 Water Theme Park admission for 4 pax (for 2 days)
✅Valid 6 bulan selepas tarikh dikeluarkan

PAKEJ KEENAM
💝Apartment 3 bilik RM560

✅2D 1N
✅Breakfast for 5 pax
✅FREE 7 Water Theme Park admission for 7 pax (for 2 days)
✅Valid 6 bulan selepas tarikh dikeluarkan

PAKEJ KETUJUH
💝Penthouse 3 bilik RM988

✅2D 1N
✅Breakfast for 6 pax
✅FREE 8 Water Theme Park admission for 8 pax (for 2 days)
✅Valid 6 bulan selepas tarikh dikeluarkan

Bagi keluarga yang ada lebih ahli, anda juga boleh menambah kupon untuk breakfast atau waterpark sahaja.

Sila rujuk harga seperti di bawah untuk add on :

Breakfast Dewasa - RM30
Breakfast Kanak2 - RM15

Waterpark Dewasa - RM25
Waterpark Kanak2 - RM15

*Kanak2 bawah 2 tahun atau ketinggian bawah 90 cm PERCUMA

Syarat-syarat :-
1. Full payment masa booking
2. Tiket akan ;

    Dibuka mulai hari ini
    Ditutup pada 27/09/2016 

Pelanggan akan menerima tiket yang ditempah paling awal pada 30/09/2016
(bagi yang by hand sahaja)

Bagi yang pos pula, tiket akan dipos pada 3 Oktober 2016 dan caj postage adalah RM7.

Sebarang pembatalan selepas pembayaran tidak dibenarkan.

FREE DELIVERY bagi mereka yang ambil tiket by hand sekitar Setiawangsa, Wangsamaju, Taman Keramat dan Jalan Tun Razak. 

⭐Beli 5 Vouchers - FREE POSTAGE


Berminat?

Boleh terus buat pembayaran penuh ke akaun :

158024861529
Zunira binti Johari
Maybank

atau

7004018789
Mohd Safar bin Noor
CIMB

Lepas transfer / bank in sila sertakan resit pembayaran di ruang komen @ whatsapp 0104033037 / 0104023036 beserta maklumat di bawah. 

Booking for 

Nama:
No. Tel:
Alamat :
Pakej :
sertakan slip pembayaran

Terima kasih. 

kapsul

Nu-Prep : Suplimen Tenaga Untuk Lelaki dan Wanita

5:53 PM


Bismillah,

Aku merupakan penunggang motosikal yang terpaksa berulang alik dari tempat kerja di Jalan Duta ke rumah aku di sekitar Kajang setiap hari. Jarak perjalanan pergi dan balik adalah sejauh 81 km dan mengambil masa 1 jam 30 minit. Rutin harian ini menyebabkan aku mudah penat, letih dan lesu.

Jadi ada rakan-rakan aku yang menyarankan pelbagai jenis produk sebagai suplimen tambahan untuk membantu aku kekal bertenaga di tempat kerja sehingga pulang ke rumah. Ada yang mencadangkan produk berbentuk minuman, kapsul dan pelbagai lagi. Antara banyak-banyak produk yang dicadangkan itu, salah satunya adalah Nu-Prep dan aku masih mengamalkannya hingga sekarang.


Nu-Prep merupakan suplimen tambahan yang diekstrak daripada Tongkat Ali dan berfungsi untuk mengembalikan tenaga dalam badan dengan melancarkan peredaran darah ke seluruh badan terutama di bahagian otak. Tenaga dapat dibekalkan ke tahap optimum ke seluruh badan dan dapan mengurangkan rasa letih dan penat setelah seharian bekerja atau di atas jalan raya.


Bukan aku sahaja, tetapi ayah mertua aku juga merupakan salah seorang pengguna Nu-Prep. Umurnya 64 tahun dan dia ada mengalami sakit-sakit badan dan mudah letih bila terlebih melakukan kerja harian. Tetapi setelah diperkenalkan suplimen Nu-Prep ni, memang nampak perubahan ketara padanya lebih-lebih lagi pada wajahnya. Mukanya tak lagi nampak pucat dan sekarang dia kelihatan lebih sihat. Alhamdulillah tak ada lagi masalah kalau nak berjalan jauh.



Pokok pangkal segala penyakit berhubung kait dengan peredaran darah. Jika peredaran darah tidak lancar, ia akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit kronik seperti masalah jantung, darah tinggi, gout, migrain dan sebagainya. Physta yang diekstrak daripada Tongkat Ali ini akan membantu mengembalikan keseimbangan dalam badan dan melancarkan kembali pengaliran darah.


Korang patut cuba produk ini. Lihat kesannya seawal seminggu. Aku guna dulu 3 hari je dah nampak perubahan. Serius rasa sengal-sengal dan sakit badan akibat menunggang lama atas motor tu hilang perlahan-lahan. Yang paling penting konsisten. Dua biji sehari selepas makan.

Yang bagusnya produk ini tidak hanya dikhaskan untuk lelaki sahaja malahan wanita juga boleh mengambilnya



Boleh dapatkan produk Nu-Prep ini di Guardian, Watsons, Caring Pharmacy, Pharmacy Vitacare dan kedai-kedai jamu terpilih.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan produk Nu-Prep di laman web di bawah :


                                   Laman web      : www.nuprep.com.my
                                   Facebook         : www.facebook.com/nupreplelaki
                                   Talian Hotline : 1 800 22 2012
                                   Emel                 : nuprep@biotropicsmalaysia.com


BIOTROPICS MALAYSIA BERHAD,
Lot 21 Jalan U1/19 Section U1,
Hicom-Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam, Selangor

GL: +603 5565 5600 | DL:+603 5565 5645 | F:+603 5565 5601
E : noorsyarida.s@biotropicsmalaysia.com

W: www.biotropicsmalaysia.com
                                    Website : http://www.biotropicsstore.com/