'> November 2016 | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Wednesday, November 30, 2016

Kekal Bertenaga Dengan Taurus Energy Drink


Bismillah,

Last week aku dengan kengkawan aku yang lain dapat peluang untuk berperang bersama. Bukan perang kalah dan mati, tetapi pertempuran Laser Tag di Times Square, Kuala Lumpur. Ada lebih kurang 20 orang yang menyertai pertempuran ini dan kami dibahagikan kepada dua kumpulan.


Ini kali pertama aku bermain permainan ini. Baru tau yang di sana ada permainan sebegini. Tetiba rasa teruja. Mula-mula aku risau gak takut sakit macam main paint ball. Rupa-rupanya tak macamtu. Lagi teruja bila dapat tau yang kami dibekalkan dengan Taurus Energy Drink. Perghh full prepared betul battle kali ni.


Papehal aku habiskan setin dulu Taurus Energy Drink. Bukan apa first time nak main laser tag ni, tak tahu banyak mana tenaga nak kena guna. Mana tau nak kena lari sepanjang masa kan? Prepare awal-awal dulu. Kata tadi nak menang kan? Haha.


Taurus Energy Drink ni tak terlalu manis macam minuman tenaga lain dan setahu aku ia buatan Malaysia dan mendapat pengiktirafan halal daripada JAKIM. Sebagai rujukan korang boleh semak kod JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/ 1 004-06/2014 di laman web JAKIM.

Masuk je gelanggang, semua gelap gelita. Yang ada hanya jerit-jerit kengkawan aku je. Kena tembak dah confirm menjerit, yang tembak pon sama menjerit gak haha. Tapi first game team kitorang kecundang la. Kalah tipis dengan team lawan. Aku tak puas hati, aku minum lagi setin Taurus Energy Drink walaupun tenaga aku masih maintain sebab tin yang pertama tadi. Serius la tak pancit. Kali ni confiden level aku naik lagi setingkat dengan adanya Taurus.


Dua game berikutnya kami menang berturut-turut hahaha puas hati aku. Team kami diangkat sebagai juara walaupun kekurangan ahli. Malam tu saja kitorang main 3 game direct tapi serius tenaga kami tak berkurang. Peluh memang peluh tapi tak rasa penat. Kalau dorang ajak repeat lagi dua game lagi pun aku sanggup haha. Hebatlah Taurus Energy Drink ni. Very recommended untuk mereka yang nak lakukan aktiviti lasak berterusan.


Korang boleh dapatkan Taurus Energy Drink ni di 7 Eleven atau di pasaraya-pasaraya berhampiran. Haritu minuman ini diperkenalkan dengan harga promosi RM1 sahaja. Aku sempat la borong bawak balik. Sekarang korang boleh dapatkannya pada harga RM4 setin.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Taurus Energy Drink, korang boleh layari laman web yang tertera di bawah.





Kredit photo feeqsays dan penaberkala

Tuesday, November 29, 2016

Program Cuti Sekolah dan YES Bersama Pelikan


Bismillah,

Cuti sekolah tiba lagi. Apa perancangan korang dan anak-anak pada cuti sekolah kali ini? Kalau masih belum punya apa-apa perancangan, aku nak kongsikan event menarik yang danjurkan oleh Pelikan Store, Mid Valley.


Pada setiap hujung minggu bulan Disember 2016 nanti, Pelikan Store akan menganjurkan beberapa event yang menarik untuk anak-anak kita. Antaranya ialah belajar menulis kaligrafi, membuat doodle, membuat kad Hari Natal, hiasan Hari Natal dan menghasilkan topi Tahun Baru.

Aktiviti-aktiviti ini akan diajar dan dikawal selia oleh guru yang terlatih. Ada 3 sesi untuk setiap aktiviti dan kita boleh pilih mana-mana satu sesi yang kita mahu dan anak-anak kita akan diberikan peralatan melukis dan mewarna mengikut aktiviti-aktuviti yang dipilih .


Selain daripada itu, Pelikan Store akan memberikan korang hadiah misteri sekiranya korang LIKE Facebook dan Instagram mereka. Bukan itu sahaja, korang juga akan dapat kad keahlian Pelikan sehingga 2 Januari 2017 yang mana dengan menggunakan kad keahlian ini, korang akan dapat potongan harga sebanyak 10% daripada jumlah perbelanjaan korang.


Pada 27 hingga 2 Januari 2017 ini, Pelikan Store akan mengadakan promosi Back To School End Year Sale dengan potongan harga sehingga 30%. Jikalau korang ada kad ahli, korang akan dapat tambahan 10% lagi.


Jika korang shopping online di www.pelikanstore.com, korang boleh masukkan kod BTS2016 untuk menikmati penjimatan sebanyak RM20 setiap pembelian. Bukan itu sahaja, setiap pembelian dengan harga RM100 (Semenanjung) dan RM200 (Sabah & Sarawak) dari tarikh 27 November hingga 2 Januari 2017 tidak akan dikenakan caj penghantaran! Dengan kata lain caj penghantaran adalah PERCUMA. Perghh menarik sangat ni! 

Jadi apa tunggu lagi jom bawa anak-anak ke Pelikan Store yang terletak di Mid Valley, Kuala Lumpur. Bukan sahaja untuk anak-anak, tetapi juga untuk kita jimat berbelanja.


Korang boleh dapatkan maklumat berkaitan produk Pelikan seperti yang tertera di bawah :


Pelikan Store
Lot T-202A, Level 3,
The Gardens Mall, Mid Valley City, 
59200 Kuala Lumpur. 
Tel : 03-22020801





Tuesday, November 22, 2016

Penyakit Eczema : Punca dan Kaedah Rawatannya


Bismillah,

Aku kenal penyakit ini baru sahaja lagi, bila mak aku mengasuh anak orang. Pada bahagian pipi dan badan anak jagaan mak akan naik bintik-bintik merah seakan ruam. Dari situ baru aku tahu itu bukan ruam biasa, tetapi dikenali sebagai eczema.


Apa Yang Kita Tahu Pasal Eczema?
Mula-mula aku tak pasti perbezaan antara ruam biasa dan eczema sebab kedua-duanya nampak serupa. Ruam biasa pula yang aku dapat lihat ada dua, sama ada ruam disebabkan peluh ataupun ruam susu yang biasanya terdapat pada bahagian pipi bayi. Bila aku tanyakan pada pakar kulit, aku mendapat tahu yang penyakit Eczema ini merupakan keadaan kulit di mana menjadi merah, kering, gatal dan merekah.

Menurut kajian, penyakit eczema mempunyai pertalian genetik di mana sekiranya salah seorang sama ada ibu atau bapa merupakan penghidap eczema maka ia memberi kesan genetik itu kepada anak-anak atau lebih mudah difahami sebagai penyakit keturunan. Jadi pemerhatian aku kebanyakan pesakit eczema adalah disebabkan faktor keturunan dan diwarisi dari generasi ke generasi.



Tapi korang tak perlu bimbang kerana kebiasaannya bayi atau kanak-kanak yang mengidap eczema akan pulih seperti biasa bila umurnya mula menjangkau belasan tahun 


Faktor Yang Mengakibatkan Seseorang Boleh Mengidap Penyakit Eczema. 

Antara penyebab yang membolehkan anak-anak kita terdedah kepada penyakit eczema ini adalah seperti asap rokok, debu yang datang dari jalan raya mahupun karpet rumah dan terdedah terlalu lama kepada panas cahaya matahari,

Selain daripada itu aku dapat tahu produk-produk yang digunakan atau dimakan oleh anak kita juga boleh memberi kesan lebih buruk kepada kulit mereka. Jadi elakkan mereka dari memakan makanan laut, kekacang, telur, sabun, syampu dan mungkin bahan-bahan kosmetik yang lain.



Simptom Awal Pengidap Eczema

Kalau kita perhatikan pada permukaan kulit anak-anak kita, kita dapat lihat akan timbul bintik-bintik merah yang menyerupai ruam tetapi strukturnya kasar. Jika dibiarkan lebih lama, kulit itu akan menjadi tebal, keras dan mengering dan ini akan menyebabkan anak-anak kita akan gatal dan sakit. Ada kalanya boleh mengeluarkan cecair halus pada permukaan kulit.

Langkah Pengawalan Eczema

Tak usah bimbang jika kita dapat tahu yang anak kita mengidap penyakit eczema kerana penyakit ini tidak bersifat kekal. Apa yang penting sekarang kita kena tau cara untuk mengawal penyakit ni sahaja agar anak kita tidak mengalami gatal-gatal.

Amalkan pakai losyen lebih kerap untuk elakkan kulit anak terusan kering dan merekah. Adakalanya penggunaan sabun yang salah juga pun merupakan salah satu penyebab. Mungkin kerana bahan kimia yang terdapat pada sabun tersebut tidak sesuai dengan kulit anak kita.

Antara penyebab lain adalah pemakanan anak-anak. Elakkan daripada memakan makanan laut dan juga jenis kekacang. Ia akan. Menyebabkan kegatalan dan keradangan pada bahagian yang terkena eczema.

Selain daripada itu, faktor persekitaran yang kotor dan berhabuk juga akan menyebabkan pengidap eczema akan mengalami iritasi dan alahan kepada kulit. Selalunya habuk iini datang daripada karpet dan debu dari luar.

Memandangkan anak-anak mengalami eczema, pemilihan pakaian yang sesuai juga perlu kerana kulit mereka yang sensitif. Pilih pakaian yang nipis, lembut dan berongga agar anak kita tidak berpeluh.

Kenapa Susu Kambing Baik untuk Merawat Penyakit Eczema? 

Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning. 

Seperti vitamin B2 lainnya, riboflavin memainkan peranan penting dalam metabolisme tenaga, dan diperlukan dalam metabolisme lemak, zat keton, karbohidrat dan protein. Vitamin ini juga banyak berperanan dalam pembentukan sel darah merah, antibodi dalam tubuh, dan dalam metabolisme pembebasan tenaga dari karbohidrat. 


Kumpulan makanan yang merupakan sumber vitamin B2

Riboflavin atau dikenali sebagai vitamin B2 juga ada di dalam sayur sayuran hijau seperti Brokoli, Asparagus dan juga bayam. Tetapi kenapa aku yakin pengambilan susu kambing lebih baik untuk merawat penyakit eczema? 

Ini adalah kerana susu kambing merupakan susu kedua terbaik selepas susu ibu kerana kedua-duanya bersifat alkali disamping komposisi antara susu ibu dan susu kambing hampir sama.

Susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja untuk dihadamkan sedangkan susu lembu mengambil masa 2 jam. Ini membolehkan riboflavin diserap masuk ke dalam darah lebih cepat bagi merawat penyakit eczema ini.

Kandungan mineral selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.



Jadi sekarang kita faham kenapa susu kambing adalah 'ubat' terbaik untuk pengidap penyakit eczema lebih-lebih lagi kepada bayi dan kanak-kanak. Susu kambing boleh diambil sebagai menggantikan susu formula atau susu lembu. 

Ada sesetengah orang mengatakan susu kambing segar sedikit berbau hamis. Jadi aku syorkan kita minum susu kambing LAZZ jika kita tak mampu minum susu kambing segar. 



Susu kambing LAZZ ada 3 perasa iaitu rasa asli, susu kambing madu dan LAZZ Cafe. Untuk bayi dan anak-anak kita yang mengidap eczema ni aku syorkan minum susu kambing perisa asli. Rasanya lembut, lebih lembut daripada susu lembu yang biasa kita minum. 

Tapi bagi anak-anak yang tidak biasa meminum susu, apa kata beri mereka minum LAZZ susu kambing madu. Rasanya ditambah dengan rasa manis kurma sesuai untuk anak-anak yang baru mencuba minum susu. 

Kenapa LAZZ Lebih Baik Berbanding Produk Susu Kambing Yang Lain? 

LAZZ dikilangkan dan diproses di Malaysia, dan Ianya buatan 100% muslim bumiputra. Bahan mentah diimport dari negara pengeluar susu berkualiti iaitu dari Holland.

Susu Kambing LAZZ bersifat 100% organik. Khasiat seperti sumber vitamin-vitamin, prebiotik, mineral, adalah 100% berbentuk semulajadi dan alami, bukan berbentuk sintetik ciptaan makmal.

Kualiti penghasilan berteknologi tinggi dan dikawal  rapi dari ladang ternakan sehingga pembungkusan.  Susu lazz dijamin enak, tidak hanyir, malah tidak berbau langsung apabila dibancuh.

Kandungan Non dairy creamer terdapat di dalam LAZZ susu Kambing. ‘Non Dairy Creamer’ bermaksud tiada krimer yg berasaskan tenusu seperti soya/susu lembu. Tetapi mengandungi krimer yg berasaskan minyak tumbuhan dan untuk jenama LAZZ minyak tumbuhan adalah berasaskan minyak Bunga Matahari.

LAZZ memilih Minyak Bunga Matahari /Canola sebagai krimer kerana ia sejenis minyak yang tidak mengandungi kolesterol atau transfat. Jadi ia sangat selamat untuk di minum dalam jangkamasa yang panjang tanpa apa-apa kesan.

Canola juga diperkaya dengan vitamin E yang bagus untuk menguatkan kulit dan meningkatkan system penghadaman. Selain itu, ia juga menjadikan susu bersifat serbuk (emulsi) dan mudah larut apabila dibancuh.

Mana nak dapatkannya? Boleh terus tempah di dalam talian di laman web seperti yang tertera di bawah. 


www.lazzsusukambing.com
Facebook : facebook/lazzsusukambing
Instagram : instagram/lazzsusukambinghq
LAZZCareline : 013 308 3354

Harga LAZZ Susu Kambing

Malah ada pakej kalau beli lebih daripada satu

Korang juga boleh dapatkan sampel LAZZ susu kambing secara PERCUMA


Saturday, November 19, 2016

Sinopsis Filem #66 The Movie


Filem #66 terbitan Creative Motion Pictures bakal ditayangkan di Malaysia pada 17 November ini serentak dengan di Indonesia.

Diantara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini ialah Asun Mawardi, Donita, Yayu AW Unru, Franki Darmawan, Erwin ST Bagindo, Ali Syehan,Fandy Christian, Djaitov Tigor, Hendra Louis, Joshua D Pandelaki dan Ricardo Silenzie.


JUDUL FILM: #66
SUTRADARA : ASUN MAWARDI    
DURASI: 116 MINUTES
GENRE: ACTION/MARTIAL ARTS
PEMAIN: : Asun Mawardi, Donita, Yayu AW Unru, Franki Darmawan, Erwin ST Bagindo, Ali Syehan,Fandy Christian, Djaitov Tigor, Hendra Louis, , Joshua D Pandelaki, Ricardo Silenzie

SINOPSIS

#66 (Asun Mawardi) adalah seorang pembunuh bayaran yang ditugaskan membunuh seorang informan polisi untuk melindungi sebuah organisasi kriminal, tetapi Ia kabur dengan uang bayarannya ke luar kota, tanpa menyelesaikan tugasnya. Karena dia ingin meninggalkan kehidupan kriminalnya.


#66 memutuskan untuk kembali ke rumahnya, tapi Ia tidak diterima oleh keluarga karena selama ini dia menghilang tanpa ada kabar berita dan membuat keluarganya kecewa. Dan #66 memutuskan bekerja sebagai supir dan pengawal pribadi gadis cantik bernama Fara (Donita) yang ternyata adalah anak dari kepala organisasi kriminal.


Berniat ingin keluar dari masa lalunya kini #66 terperangkap lagi di dunia kriminal. Semakin ia mengetahui tentang keluarga Fara, semakin terbukti bahwa mereka bekerja untuk para kriminal dan adiknya Ari (Ricardo Silenzie) menjadi pengantar narkoba. Mereka berdua terseret semakin jauh karena ditugaskan menghancurkan sarang narkoba dan membunuh geng musuh.


#66 berusaha untuk berdamai dengan masa lalunya, kegagalannya, dan membangun kembali hubungan dengan ayah dan adiknya.


#66 dihadapkan pada pilihan untuk tetap loyal dengan pekerjaannya atau melindungi keluarganya.



Thursday, November 17, 2016

Tempah Kad Nama PERCUMA di Pixajoy


Bismillah,

Ini lah yang nak aku kongsikan di laman Facebook sedari tadi. Aku dah dapatkan kad nama @ name card untuk puan isteri secara PERCUMA hanya di Pixajoy. Korang boleh dapat 100 keping kad nama dengan kualiti Art Card 260gsm dengan Gloss Lamination. Terbaik lah!



Caranya senang je. Korang hanya perlu daftar nama korang di www.pixajoy.com.my. Kemudian korang akan terima emel balas daripada Pixajoy dan menawarkan untuk membuat kad nama dengan PERCUMA. Korang hanya perlu bayar kos penghantarannya sahaja. Kalau tak harganya adalah RM35/100 keping kad nama pada harga biasa.



Bukan itu sahaja, korang juga akan ditawarkan untuk membuat photobook pada harga serendah RM4.90 sahaja. Terkejut aku sebab murah sangat. Aku nak buat gak tapi kena kumpul gambar-gambar dulu. Peluang macam ni memang tak patut aku lepaskan. Kalau biasa buat kat luar mahal tau dengan kualiti kertas yang dia sediakan.



Jadi apa tunggu lagi. Ni la peluang untuk korang dapatkan kad nama sendiri secara PERCUMA. Daftar nama korang di link di bawah :







[AMARAN] Nasi Lemak Pandan Mieeza Bahaya Di Makan


Bismillah,

Nasi lemak adalah salah satu makanan tradisi dan sinonim dengan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Bukan setakat kaum Melayu sahaja, malah hidangan ini juga diterima oleh masyarakat lain. Dalam banyak-banyak nasi lemak yang aku makan selama aku hidup kat muka bumi ni, aku nak bagi amaran hati-hati bila makan nasi lemak ini. Ada banyak sebab aku kata nasi lemak ni bahaya dimakan.


Pertama kali aku sampai ke gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza ni, aku terkejut sebab atas mejanya penuh dengan pelbagai lauk pauk. Serius aku terkejut sebab aku sangkakan lauk pauk nasi campur. Pemilik Nasi Lemak Pandan Mieeza, Encik Kamil Salleh mengatakan itulah specialnya nasi lemak yang disediakannya selain menggunakan pandan sebagai ramuan untuk nasi lemaknya. Wangi bak hang!


Aku jadi rambang mata tetiba. Cuba bayangkan ada lebih 10 jenis lauk di depan mata, semua lauk nampak sedap.. dan korang terpaksa pilih lauk untuk dimakan sahaja. Pada masa yang sama sampai rumah korang menyesal sebab tak pilih lauk pauk lain. Haa pernah rasa macam tu tak? Bahaya tak penangannya?


Lepas tu aku ambil lauk ayam berempah, telur rebus sebiji dengan sambal kerang. Harganya RM7 je? Serius? Sebab portion nasi lemaknya aku boleh makan sekali dengan wife aku. Kalau makan sorang boleh buat makan pagi dan tengahari sekali. Bahaya.. Bahaya.

Sebab tak puas hati tak dapat rasa lauk pauk lain, aku tekad akan datang balik. Nak cuba sambal paru, keli berlada, rendang daging, sambal sotong, sambal udang dan macam-macam lagi lauk yang lain. Sebab aku dah rasa ayam berempah dan sambal kerang. Perghh gemuk-gemuk ayam dan kerangnya. Sedap tak payah nak cakap. Kalau tak kenapa aku nak repeat balik kan? Aku tak pasti la kenapa aku jadi tak tentu arah macam ni. Sebab tu la aku kata Nasi Lemak Pandan Mieeza ni bahaya dimakan.


Kalau korang nak cuba rasa Nasi Lemak Pandan Mieeza ni, boleh hubungi Encik Kamil Salleh seperti di bawah :

LOKASI
Hadapan Mid Point Shopping Complex, Pandan Indah, Ampang.

WAKTU OPERASI
Isnin - Sabtu (7.00 pm - 12.00 am)
Ahad (8.30 am - 3.00 pm)

Untuk sebarang tempahan boleh hubungi :
017-3932889 (En Kamil Salleh)

Facebook






Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com