cerita Jasmeen

Cerita Jasmeen : Bila Korek Hidung Ini Yang Ada Dalam Hidungnya

9:31 AM


Bismillah,

Aku tengok si Jasmeen dok ralit korek hidung dari tadi. Bosan gamaknya sementara tunggu aku download kan game Didi & Friends dia. Penat dah aku tegur jangan asyik dikorek hidung tu. Getah spender pun boleh longgar inikan pula lubang hidung. Lagi haru jari dia lagi tebal dari ukurlilit lubang hidungnya.


"Ibuuuu.. Huuuu", terkejut aku tetiba je dia menangis. Dah kenapa? Dari baring terus terduduk aku. Si Jasmeen terus nangis dapatkan ibu dia yang tengah sidai baju.

Puan isteri keluar bawa Jasmeen kepada aku. "Kenapa ni. Kenapa Jasmeen nangis?"

"Wuuuu..", takde lagi jawapan daripada dia. Cuak dah aku. Dia ni dah la ada pengalaman nampak makhluk halus. Aku bimbang dia 'terkena' lagi je.

"Kenapa sayang"


"Wuu idung Jashmeen masuk plastik", jawabnya teresak esak.

Adoyai anak aku ni. Macam-macam hal. Patutla menggigih dia korek dah serupa macam nak buat satu lagi lubang hidung. Rupanya ada plastik. Plastik sumi plak tu.

Bayangkan betapa besarnya lubang idung dia hahaha. At last aku suruh je dia hembus hidungnya. Terus terkeluar cebisan plastik tu.

Yang aku musykil, macamana plastik tu boleh berada dalam lubang hidungnya? Kuat sangat ke tarikan dari lubang hidungnya tu sampai semua sampah sarap yang berada disekitar tersedut masuk?

Adoyai macam-macam hal la hahaha



cerita Jasmeen

Cerita Jasmeen : Kaki Selfie Atau Kaki Pukul?

8:37 AM


Bismillah,

"Along tengokkan si Jasmeen tu. Kerja dia asyik buli Aisyah je", rungut mak aku dari dapur.

Ala bebudak kecik macam si Jasmeen tu. Kalau nakal-nakal pun, takde la sampai nak bertumbuk bertikam kot. Setakat nyuruk mainan, berebut mainan tu biasa la. So aku tak ambil pusing sangat apa yang mak aku bisingkan tu. Lagi satu aku tengok si Jasmeen skarang pun dah beralih arah. Kemain suka berselfie.


Ada suatu petang aku berehat balik dari kerja, aku nampak si Jasmeen dok berselfie ngan anak jagaan mak aku si Aisyah tu. Memula ok je tetapi dalam jeling-jeling aku perhatikan juga fiil anak aku tu. Jasmeen 3 tahun dan Aisyah 6 tahun.

"Jasmeen buat apa kat Aisyah tu?", lantang suara aku. Tapi slenga je muka dia pandang aku.

"Ala Jasmeen tak buat pape pon babahJasmeen tumbuk dia je. Dia tak nak amik gambar"

Aduh. Tepuk dahi aku!

Terkejut aku bila dia rangkul leher si Aisyah tu lepas tu dia debik budak tu dua tiga kali. Dah serupa bergusti. Adoyai luruh jantung bapaknya ni.

Selepas melalui beberapa sesi kaunseling dan tazkirah, akhirnya anak aku Jasmeen dah kembali ke pangkal jalan.

Sekarang fiil dia beralih ke abang si Aisyah plak. Sibuk ajak budak tu kawen.

Hahahaha adoyai pening aku.

Alasan putus cinta

Alasan Paling Bangang Pernah Aku Dengar Untuk Putus Cinta

9:28 AM


Bismillah,

Aku dapat tahu adik bongsu aku hangat bercinta. Nak marah pun tak boleh, kang dorang buat kerja gila plak. Jadi just go with the flow, pantau je la agar dorang tak menyimpang jauh.

Satu hari aku tanyakan soalan ini..

"Adik boyfriend amacam? Sihat ke idak"

"Kitorang dah break", jawab adik aku spontan, pantas dan ringkas.

"Aik break dah? Kata cinta mati? Lautan api sanggup kurenangi?", saja aku bahan kaw kaw. Nak tengok dia panas tak. Slenga je dia buat tak reti.


"Apsal break?", aku cuba korek rahsia. Tapi dia kata rahsia.

"Dia break sebab dah terkantoi..", sampuk puan isteri yang sedari tadi berada di sisi aku.

"Kenapa? Dia ada orang lain ke?", tanya aku lagi.

"Tak lah. Kantoi sebab ada cili terlekat kat gigi. Adik abang ni trauma sampai terbawak dalam mimpi"

Kahkahkahkah alasan apakah yang aku dengar ni?

Adoyai seumur hidup aku inilah alasan paling bangang pernah aku dengar untuk putus cinta hahaha. Tu mujur cebisan cili. Aku agak kalau cili seketul sangkut kat gigi tu, mahu dia lari ke planet Zuhal time tu gak hahahaha.

Lawas terus kentut aku.

#cintamonyet

penyakit kencing manis

Cara Mudah Merawat Kencing Manis

9:37 AM


Bismillah,

Aku nak kongsikan satu tips mudah untuk merawat kencing manis lagi-lagi bagi mereka yang baru kena atau baru tahu. Bukan ke lebih baik mencegah daripada merawat kan? Sebab beberapa orang kawan aku yang dah amalkan kata berjaya turunkan bacaan berbelas-belas ke bawah sepuluh. Malah ada yang mengaku tak lagi berpantang makan. Tak salah kalau mencuba kan? Lagipun tak susah mana, bahan pun senang diperolehi.



Bahan-bahan :
Limau nipis 1 biji
Garam kasar sebiji kecil
Air kosong 3 gelas


Cara-caranya :
Belah limau nipis menjadi 2 bahagian. Sumbatkan sedikit garam kasar pada kedua-dua bahagian limau nipis. Masukkan limau nipis itu tadi ke dalam periuk bersama-sama 3 gelas air kosong. Panaskan sehingga air di dalam periuk berkurang menjadi segelas. Minum air tersebut dan amalkan 2 kali sehari.

Cubalah mana tahu boleh kawal bacaan kencing manis korang nanti ye. InsyaAllah kita berusaha selebihnya kita serah kepadaNya.

Semoga entri ini bermanfaat kepada semua.

keluarga

Cerita Jasmeen : Perut Berlubang & Punggung Terbelah

12:46 PM


Bismillah,

"Jasmeen mandi cepat sikit", kata ibunya. Tapi Jasmeen buat bodo. Dia bantai main masak-masak dalam toilet.


10 minit kemudian..

"Ya Allah Jasmeen kenapa main sabun ni? Habis la sabun ibu nanti. Tunggu la ibu bagitau babah", ugut si ibu tapi Jasmeen buat keras je.

Ye la berani la dia buat macamtu sebab dia tau babah dia tengah tido.

"Tak dengar cakap ibu ye. Nanti apa-apa berlaku nanti ibu taknak tolong"

Sebaik ibunya cakap macamtu dan berlalu ke dapur, tetiba dengar bunyi nangka busuk jatuh dalam bilik air. Suasana sunyi seketika. Si ibu terus mendapatkan Jasmeen.

"Jasmeen terjatuh je", dia tertumus ke lantai. Mungkin licin disebabkan sabun. Tak ada tanda-tanda dia nak menangis. Kuat la katakan.

"Haa kan ibu dah cakap tak dengar kan? Tengok tu abis perut Meen berlubang dah. Tengok lagi blakang Meen, terbelah dah buntut Meen tu", sengaja si ibu momokkan.


"Waaaa ibuuuu perut Meen darah. Pedih.. Pedih ibuuu", tetiba je si Jasmeen menangis dan claim perut dia pedih. Dia kata lubang perut dia (pusat) berdarah padahal tak ada apa pun.

Dia keluar dari tandas pon perlahan-lahan, kecik-kecik langkahnya sebab katanya sakit. Almaklumla buntut dia kan dah terbelah.

Berdekah-dekah aku ketawa bila puan isteri ceritakan pasal si Jasmeen. Makan sehari suntuk gak la dia jalan macam orang baru lepas sunat hahaha.

Tak tau nak cakap. Kuat membongak gak anak aku sorang ni hahaha.


5 star hotel

Shimmer Infinity Pool Tarikan Terbaru di Pullman Putrajaya Lakeside

8:58 AM


Bismillah,

Selain merasai suasana tenang dan damai dengan pemandangan tasik di Pullman Putrajaya Lakeside, kini pengunjung juga boleh menikmati keriangan bermain kolam baru yang ada disediakan di situ.


Pada 20 Disember 2017 yang lalu, Pullman Putrajaya Lakeside telah merasmikan dua buah kolam terbarunya di situ iaitu Shimmer Infinity Pool dan Shimmer Wading Pool. Tarikannya bukan setakat kolam sahaja malahan kafe terbaru mereka Shimmer Bar & Cafe turut menjanjikan kelainan kepada pengunjung yang berada di sana.


Majlis pembukaan tiga buah tarikan terbaru di Pullman Putrajaya Lakeside itu telah dirasmikan oleh Pengurus Besar Hotel Pullman Putrajaya Lakeside, Robert Ejubs yang turut disaksikan oleh ratusan penginjung yang hadir. Tema 'Pool Party' pada malam itu telah dihiburkan lagi dengan mob dance daripada kakitangan hotel, aksi daripada pemakan api, badut dan bermacam macam lagi.


Lebih menggamatkan suasana Pool Party pada malam itu apabila Datuk Aznil Haji Nawawi turut tampil sebagai pengacara majlis. Disamping memperkenalkan tarikan Shimmer Pool, Bar & Cafe, beliau turut mempelawa pengunjung untuk turit serta menyertai cabaran yang disediakannya. Sebagai ganjaran wang tunai disediakan untuk pengunjung yang bertuah dan sporting.


Sebagai penutup tirai majlis, pengunjung dipersembahkan dengan pertunjukan bunga api dan jamuan sebagai hidangan malam. Apa-apa pun majlis malam itu cukup meriah dan happening.



Kepada korang yang menginap di Pullman Putrajaya Lakeside, jangan lupa untuk merasai keseronokan bermain air di Shimmer Infinity Pool sambil menikmati permandangan sekitar, Shimmer Wading Pool dan rehat santai di Shimmer Bar & Cafe.


Apa boleh aku katakan, terbaik dan awesome!


Khalifah Hang Pi MAHA

[Official Video & Lirik MAHA 2016] Hang Pi MAHA - Khalifah

11:10 PM


Bismillah,

Kalau korang pegi MAHA 2016 baru-baru ni, korang mesti perasan yang lagu kumpulan Khalifah - Hang Pi Mana dimainkan berulang-ulang tetapi lirik asalnya telah diubah bersesuaian dengan tema MAHA 2016 iaitu Hang Pi MAHA.


Video klip berdurasi 3:27 minit itu menceritakan tentang perjalanan program dwi tahunan MAHA 2016, daya tarikan dan booth-booth jualan yang terdapat di sana. Memang menarik video klip tersebut dan program MAHA 2016 tahun ni dianggap berjaya kerana jumlah pengunjung yang mengunjungi tapak MAEPS Serdang itu dianggarkan mencecah lebih 3.7 juta orang. Korang boleh tengok sendiri timelapse MAHA 2016 di bawah.


Jom kita layan official video klip MAHA 2016 ini, Hang Pi MAHA daripada kumpulan Khalifah.


Hang Pi MAHA

Hang Pi MAHA
Jangan lupa hang pi MAHA (6x)

Pagi-pagi buta Mak Cun pakai lawa nak pergi ke mana
Upin Ipin tanya nak ikut sama kalau pergi MAHA
Mesti dok meriah penuh dengan warna gaya dengan rasa
Jom pi MAHA macam-macam ada ternak tani kita

Hang Pi MAHA
Jangan lupa hang pi MAHA (6x)

Ratusan rasa jenis makanan kita
Dari tanaman dan segala ternakan
Buah-buahan sayur herba dan bunga
Lembu kambing ada kelulut dan ikan juga

Mari datang ramai-ramai pergi MAHA jangan lupa (2x)
Ada jagung 3 juta yang dilelong pada semua (2x)
Sawah padi taman orkid laman nenas warna warni (2x)
Upin Ipin pergi pakcik makcik bila lagi

Festival MAHA memang luar biasa
Makanan kita untuk masa depan semua
Bukannya susah datang pergi ke MAHA
Tidak bayar apa masuk percuma sahaja

Hang Pi MAHA
Jangan lupa hang pi MAHA (6x)






Michael Kors

Michael Kors Smartwatch 2016

9:01 AM


Bismillah,

Bermula dengan jenama Fossil, kemudian Nixon dan New Balance, jam tangan pintar menggunakan android sebagai platfom sudah menjadi trend terkini bagi keluaran tahun 2016. Kini jejak langkah mereka diikuti oleh jenama yang tak asing dalam dunia fesyen iaitu Michael Kors.


Jenama itu telah melancarkan dua siri jam tangannya iaitu Bradshaw Access dan Dylan Access khas untuk peminat dan pengumpul koleksi jenama Michael Kors baik lelaki mahupun wanita. Harga yang ditawarkan juga bermula USD350 bagi kedua-dua siri berkenaan.


Beza antara kedua-dua siri adalah Bradshaw Access diperbuat daripada stainless steel dan berwarna emas manakala Dylan Access pula berasaskan getah dan berwarna hitam. Cermin atau pemuka jam adalah LCD yang mana pengguna boleh akses bagi menukar mod, warna latarbelakang dan tetapan.


Bila kita memilih 'My Mode', jam tersebut akan bertukar appearance dalam sehari iaitu mod siang dan mod malam. Ia khas untuk mereka yang sukakan kelainan dan suka padankan mengikut stail pemakaian dan warna. Untuk 'My Look' pula, pengguna boleh memilih dan customise 'berlian' dan warnanya mengikut kemahuan.


Layari laman web berikut jika korang nak tahu lebih lanjut berkenaan produk ini.



Kang Gary

Giliran Kim Jong Kook & Song Ji Hyo Pula Tinggalkan Running Man

2:41 PM


Bismillah,

Kini dua lagi orang ahli Running Man, Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo pula bakal mengambil langkah yang sama mengikuti jejak langkah rakan lama mereka Kang Gary untuk meninggalkan rancangan Running Man.



Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo dilaporkan bakal meninggalkan rancangan variasi popular itu atas sebab-sebab tersendiri. Menurut pihak pengurusan Song Ji Hyo, MY Company yang mana artis di bawah naungannya itu mengakui sukar untuk membahagikan masa di antara kerjaya lakonannya dengan penggambaran rancangan popular tersebut.


Song Ji Hyo telah buat keputusan untuk undurkan diri daripada Running Man. Sebelum keputusan tersebut dibuat, dia telah mengadakan perbincangan bersama pihak produksi mengenai perkara tersebut"
“Memandangkan jadual kerjanya agak padat, Song Ji Hyo telah mengalami kesukaran untuk membahagikan masa antara lakonan dan Running Man"


Namun tarikh akhir penggambaran Song Ji Hyo dengan Running Man masih belum ditentukan.

Sementara itu, syarikat rakaman Kim Jong Kook, Maroo Entertainment juga mengesahkan yang penyanyi berkenaan juga mengambil keputusan bakal mengakhiri penglibatannya dengan rancangan Running Man dalam masa terdekat.


"Walaupun ia merupakan keputusan yang sukar, tetapi keputusan terpaksa juga dibuat untuk karier seninya"

Ada ura-ura mengatakan episod terakhir mereka bersama Running Man adalah pada minggu depan dan nama Kang Ho Dong tersenarai sebagai calon ahli Running Man yang baru.



Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo mula membintangi rancangan tersebut sejak tahun 2010 bersama-sama dengan Ji Suk Jin, Haha, Yoo Jae Suk, Lee Kwang Soo dan Kang Gary sebelum Kang Gary mengambil keputusan menarik diri daripada rancangan tersebut pada Oktober 2016 yang lalu.

Semakin lama semakin kurang ahlinya, tak pasti berapa lama rancangan tersebut mampu lagi bertahan. Harapan aku rancangan tersebut dapat mencari pengganti baru dan kembalikan momentum Running Man seperti dahulu.


Aidit Noh

Majlis Pelancaran Produk dan Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics

10:40 AM


Bismillah,

"Along aku kenal Dr. Irma tu. Doktor gigi aku. Baik dan lemah lembut orangnya. Sangat friendly", ujar kawan aku.


Bukan dia saja yang mengatakan begitu, malah kebanyakan pesakit yang pernah berurusan dengan Dr. Irma mengatakan perkara yang sama. Tak hairanlah Dr. Irma atau nama sebenarnya Dr. Irma Shida Bt. Abu Samah sangat dikenali lebih-lebih lagi oleh masyarakat setempat di sekitar Johor Bahru.


Baru-baru ini aku berkesempatan untuk menghadiri Majlis Pelancaran Produk dan Butik Dr. Irma di Atrium Galleria @ Kotaraya, Johor Bahru. Happeningnya event kat sana lebih-lebih lagi para pengunjung dijanjikan dengan kehadiran beberapa artis terkenal tanahair seperti Fahrin Ahmad, Fattah Amin, Aidit Noh, Redza Rosli, Azrel Ismail, Zarol AF dan Tiaz Al-Khred.


Di ruang legar Atrium Galleria aku diperkenalkan dengan beberapa produk yang bakal dilancarkan. Antaranya ialah Radiant White Vitamin C Serum, Radiant Glow Foundation SPF50, Radiant White Cleanser Brightening & Repair, Whitening BB Serum Foundation, Set Radiant Clear dan Radiant Chewies. Kombinasi warna hitam dan emas sangat elegan dan nampak mewah tetapi jangan terkejut kerana yang ditawarkan tak semahal yang korang sangkakan.


Semua produk ini khas untuk wanita tetapi jangan bimbang kerana lelaki juga boleh menggunakan sebahagian daripada produk Dr. Irma ini. Aku makan Radiant Chewies sebab ia boleh melembab, mencerah dan memudarkan parut jerawat dengan cepat selain melicin dan menganjalkan kulit. Produk-produk Dr. Irma ini mengandungi Vitamin C, kolagen, ekstrak yis, serbuk mutiara, ekstrak bunga sakura, biji anggur dan kelopak bunga mawar. 


Kemudian aku ke butik Dr. Irma yang bertempat di tingkat satu bangunan berkenaan. Di sana aku melihat sendiri bilik rawatan dan terapi kecantikan yang disediakan untuk para pelanggan. Aku terkejut bila salah seorang staf memberitahu harga yang ditawarkan untuk membuat set rawatan kecantikan hanyalah serendah RM50 sahaja. Serius aku terkejut sebab harga tersebut terlalu murah bagi produk yang digunakan untuk rawatan tersebut.

Selain Majlis Pelancaran Produk & Butik, personaliti terkenal Fahrin Ahmad tampil ke atas pentas bagi Majlis Pelancaran Tabung Bakti Irma Ariandi. Tabung ini dilancarkan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan di mana setiap RM1 daripada pembelian produk Dr. Irma akan disalurkan ke dalam tabung ini.


Sempat lah aku beramah mesra dengan artis jemputan dan dengan Dr. Irma itu sendiri. Betul lah kata orang yang dia sangat humble dan down to earth. Aku harapkan yang kerjayanya semakin berkembang dan terus maju pada masa akan datang.


Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk-produk Dr. Irma atau ingin mengemukakan sebarang pertanyaan boleh lihat maklumat yang tertera di bawah.

Dr. Irma Skincare & Cosmetics
L1-10, Aras 1
Galleria Atrium @ Kotaraya
Jalan Trus, Johor Bahru. 
Tel : 018-986 7511

Laman web :

Facebook :

Instagram :


Asianic

Sepetang Bersama Duta Produk Asianic Reen Rahim

7:27 PM


Bismillah,

Siapa sangka setelah mencuba selama setahun, akhirnya Reen Rahim selebriti terkenal tanah air percaya yang produk Asianic sangat berkesan dan baik bagi mereka yang menjaga penampilan dan kesihatan diri.


Beliau dipilih sebagai duta dan juru cakap produk kerana personalitinya yang mudah mesra dan sentiasa positif. Ternyata pemilihannya sebagai duta bagi produk Asianic merupakan pilihan yang tepat.


Bertempat di Donutes Coffee, Cake & Bread, Kuchai Lama, selebriti tersebut telah berkesempatan menemui rakan media dan blogger bagi satu sesi santai bersama Reen Rahim. Malah turut diundang rakan peminatnya yang didatangkan khas jauh daripada Pulau Pinang.

Sebagai juru cakap, duta dan pengguna produk Asianic itu sendiri, Reen Rahim sangat berpuas hati dengan kelebihan dan keberkesanan produk-produk berkenaan. Ini kerana produk tersebut diperbuat oleh syarikat bumiputera iaitu Wonderland Primary Sdn. Bhd. yang mana telah mencapai standard ISO, mempunyai sijil GMP (Good Manufacturing Process) dan mendapat status halal daripada JAKIM.


Produk-produk Asianic ini terdiri daripada krim mandian, skrub badan, losyen badan, syampu, perapi rambut, mandian garam, pencuci wanita dan juga krim halia. Bahan-bahan yang digunakan juga diformulakan daripada bunga Sakura, susu beras, akar kayu manis, daun lidah buaya, teh hijau dan bermacam-macam lagi yang mana banyak digunapakai oleh generasi terdahulu dalam penjagaan dan kecantikan diri sama ada luaran mahupun dalaman.

Harga yang ditawarkan juga cukup berbaloi setanding kesannya kepada pengguna iaitu sekitar RM10.90 sehingga RM17.90. Kini produk-produk Asianic boleh didapati di pasaraya-pasaraya yang terkemuka, pasaraya besar, farmasi dan kedai-kedai di seluruh negara.

Aku dah cuba dan sangat berpuas hati. Korang bila lagi? Sangat berbaloi dan lihat kesannya seawal seminggu. Yang penting produk ini halal digunakan dan tiada lagi rasa was-was.

Untuk membuat sebarang tempahan dan pembelian secara dalam talian, korang boleh layari laman web www.wonderlandprimary.com atau rujuk maklumat di bawah untuk sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan produk.


Asianic 
Tel: +603 77826308
Fax : +603 77836308

Laman Web:

FB & Instagram :


Apple Inc

Produk dan Aplikasi Apple Inovasi Pembelajaran di RizQ Islamic School

2:50 PM


Bismillah,

Aku dapat tau yang RizQ Islamic School kini ada buka kindergarten untuk anak-anak yang berusia di bawah 6 tahun. Jadi aku sempat melawat ke sekolah tahfiz tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara tersebut. Tapi malangnya aku dapat tahu kindergarten tersebut hanya untuk kanak-kanak berumur di antara 4 hingga 6 tahun sahaja. Alahai kena tunggu setahun lagi la gamaknya untuk hantar Jasmeen ke sana.


Sempat aku melihat persekitaran dan suasana di sekolah tahfiz bertaraf antara teesebut. Banyak prasarana dan kelengkapan pembelajaran dibuat penambahan baikan. Susun atur semakin kemas dan guru-guru pun dah mula merancang teknik dan skop pembelajaran di kelas yang ditentukan kepada mereka. Yela mana taknya, 3 Januari 2017 mereka akan mula menerima pelajar jadi persiapan pembelajaran perlulah dilakukan seawal mungkin.

"Teruja bila tau kat sini ada kelas robotik dan astronomi", kata aku kepada Joe, salah seorang staf di sana. Dia hanya tersenyum.

"Tu memang menarik. Tapi ada yang lebih menarik yang encik perlu tahu", ujar Joe.

Untuk pengetahuan korang, RizQ Islamic School merupakan satu-satunya sekolah tahfiz di Malaysia yang menjalinkan kerjasama dengan syarikat Apple. Kerjasama tersebut melibatkan penggunaan peranti, produk dan aplikasi daripada jenama Apple dalam pembelajaran.


Sebagai contoh iPad digunakan di dalam auditorium untuk subjek-subjek tertentu. Ini merupakan salah satu modul pembelajaran di RizQ Islamic School di mana pelajar diajar dan belajar menerusi iPad. Setiap pelajar akan dibekalkan dengan sebuah iPad pada setiap waktu pembelajaran di auditorium.


Selain daripada itu, RizQ Islamic School juga ada memperkenalkan subjek pembelajaran baru di mana pelajar-pelajar akan diajar cara membuat coding dengan menggunakan aplikasi OSMO. Aplikasi interaktif daripada Apple ini bertujuan melatih pelajar untuk menghasilkan coding peringkat awal sesuai dengan perkembangan umur mereka. Ini bagi menyahut saranan kerajaan yang mahu subjek ini diajar dan diberi penekanan khusus di dalam subjek sekolah.


Sekarang RizQ Islamic School masih diperingkat awal untuk menjadi partner dengan syarikat Apple. Kemungkinan dalam masa beberapa tahun lagi, sekolah tahfiz ini akan bergelar Apple Distinguished School seteleh melalui beberapa ujian dan saringan daripada pihak Apple itu sendiri. Melalui pengiktirafan ini, guru dan pelajar dapat berkolaborasi bersama untuk menghasilkan aplikasi dan perisian mereka sendiri.

Menurut Joe pada 7 Disember 2016, wakil syarikat Apple Asia akan turun melawat ke sekolah tersebut untuk sesi brainstorming. Pertemuan ini dianggap penting kerana ia menentukan hala tuju proses pembelajaran pelajar di RizQ Islamic School. Penting bagi pihak sekolah untuk memastikan setiap pelajarnya mendapat pengetahuan dan teknik pembelajaran yang terbaik di situ. Tak hairanlah RizQ Islamic School dikenali sebagai Apple Education Partnered School. 

Bagi ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut, mereka akan diperkenalkan dengan aplikasi yang dikenali sebagai Schoology. Aplikasi ini merupakan aplikasi terbaru yang digunapakai di sekolah-sekolah di US dan RizQ Islamic School merupakan sekolah tahfiz pertama di dunia yang menggunakan aplikasi ini.

Aplikasi ini bertujuan sebagai pemakluman kepada ibu bapa berkaitan dengan aktiviti anak-anak mereka di sekolah. Sama ada keputusan peperiksaan, progress pembelajaran anak-anak, aktiviti mereka dan bermacam-macam lagi. Maklumat yang diberikan oleh guru akan terus sampai ke pengetahuan ibu bapa secara dalam talian terus ke telefon bimbit mereka. Dengan aplikasi ini, ibu bapa akan dimaklumkan segala perkara berkaitan anak mereka di sekolah on the spot dan lebih telus.


Sehingga kini RizQ Islamic School hampir memenuhi kuota pelajarnya dan hanya. Jadi aku syorkan kepada mereka yang nak hantar anak mereka belajar di sini, cepat-cepatlah berbuat demikian sebab last aku pergi hari tu aku dimaklumkan tinggal kurang daripada 20 kekosongan sahaja yang ada. Hari tu aku datang pun, aku terserempak dengan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan sedang mendaftar anaknya ke sekolah tahfiz berkenaan. Itu bererti sekolah tahfiz tersebut telah diiktiraf dari segi teknik pembelajaran dan prasarananya sehingga mendapat perhatian daripada pelbagai peringkat golongan.


Kalau korang berminat untuk tahu lebih lanjut berkenaan sekolah tahfiz bertaraf antarabangsa ini, korang boleh dapatkan maklumat seperti di bawah :

RizQ Islamic School (RIS)
Wisma RizQ, No. 2, Lot 1456,
Jalan Cempaka Off Jalan Teratai,
Kampung Sungai Ramal Dalam,
43000 Kajang, Selangor, Malaysia
03-8912 0047

Laman web : www.rizq.edu.my