Keputusan Anugerah Juara Lagu ke 31 (AJL31)

11:52 PM


Bismillah,

Bertempat di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur telah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke 31 pada Ahad, 22 Januari 2017. Anugerah berprestij tersebut yang bersiaran secara langsung di TV3 dan Hot.FM itu menampilkan 12 artis yang berentap bagi menjuarai anugerah tersebut.


Antara 12 artis yang bertanding pada malam itu ialah Terakhir nyanyian Sufian Suhaimi, Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah), Sudah Ku Tahu (Projector Band), Selamanya Cinta (Alif Satar & Shila Amzah), Terimaku Seadanya (Misha Omar & Hafiz Suip) dan Ku Rela Dibenci (Aiman Tino).



Tidak ketinggalan berentap pada pentas AJL 31 ialah lagu Di Amaran Mama (Hazama), Obses (Akim & The Majistret), Setia (Elizabeth Tan & Awi Rafael), Kalah Dalam Menang (Mawi & Syamsul Yusof), Hang Pi Mana (Khalifah) dan Anugerah Terindah (Black).



Gandingan Awal Ashaari, Fizi Hot.FM, Farah Fauzana dan Sarimah Ibrahim itu telah berjaya menghidupkan lagi suasana anugerah yang berlangsung pada malam itu. Malah Liza Abdullah yang membawa watak Mak Leha turut menjadi cameo dalam anugerah tersebut. Ternyata persembahan-persembahan yang dipertandingkan pada malam itu benar-benar menggamatkan suasana.


Antara juri-juri profesional yang dipilih untuk mengadili AJL31 pada malam itu terdiri daripada Datuk Ramli MS selaku ketua juri, AG Coco, Habsah Hassan, Yasin Sulaiman, Azlan Abu Hassan, Edrie Hashim, Johan Nawawi dan Azlan Typewriter. 

Di bawah ini adalah keputusan akhir Anugerah Juara Lagu ke 31 (AJL31) setelah hasil daripada pemerhatian juri profesional. 

Juara AJL31
Dayang Nurfaizah
'Lelaki Teragung'
Wang Tunai RM50,000 beserta trofi

Naib Juara 
Misha Omar & Hafiz Suip
'Terima Aku Seadanya'
Wang Tunai RM35,000 beserta trofi

Tempat Ketiga
Projektor Band
'Sudah Ku Tahu'
Wang Tunai RM20,000 beserta trofi

Vokal Terbaik
Dayang Nurfaizah
'Lelaki Teragung'
Wang Tunai RM12,000 beserta trofi

Persembahan Terbaik
Khalifah
'Hang Pi Mana'
Wang Tunai RM12,000 beserta trofi

Apa-apapun tahniah kepada mereka yang menang. Kepada mereka yang kurang bernasib baik untuk membawa pulang sebarang anugerah, tersenarai dan beraksi di pentas akhir AJL31 adalah sesuatu yang tak mungkin dapat dicapai oleh sembarangan artis. 

Tahniah dan semoga dapat kembali ke Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32) pula pada tahun hadapan. 

You Might Also Like

0 comments