Minuman Berkhasiat Jus Origina dan Chocojoy Chocolate Milk

9:18 AM


Bismillah,

Kecil sahaja saiznya tenyata mudah dibawa ke mana-mana lebih-lebih lagi bila keluar berjalan dengan famili. Dengan saiz sekecil itu cukup untuk menghilangkan dahaga anak aku, Jasmeen dan boleh dihabiskan tanpa perlu membazir.


Didatangkan dengan 5 perisa yang menarik, tak hairanlah jika anak-anak kita boleh membuat pilihan setiap kali sebelum pergi ke sekolah. Antara perisa Jus Origina yang ada ialah Origina Jus Epal, Origina Jus Blackcurrent, Origina Jus Lemon dan Origina Jus Black Tea.

Selain daripada itu, jika korang penggemar coklat aku cadangkan agar korang cuba Chocojoy Chocolate Milk. Perghh terbaik rasanya, pekat dan semestinya menjadi pilihan bukan sahaja anak-anak malahan seisi keluarga. Minuman ini hanya mempunyai 0% kolesterol, rendah lemak dan tinggi dengan kalsium.


Untuk minuman Jus Origina, peknya didatangkan dalam dua variasi iaitu pek kecil 100 ml dan pek besar pada harga RM1 dan RM2.49. Manakala untuk Chocojoy Chocolate Milk pula hanya didatangkan dengan pek besar pada harga RM2.69.

Produk Jus Origina dan minuman Chocojoy Chocolate Milk ini diusahakan oleh syarikat tempatan iaitu PS Food & Beverage. Kebanyakan produk mereka dihantar ke kebanyakan koperasi sekolah di sekitar Lembah Klang, Kelantan dan Terengganu. Malah produk ini juga boleh didapati di Pasaraya Matahari yang terletak di USJ City Mall dan di kebanyakan pasaraya AEON di seluruh negara (stor terpilih sahaja).

Aku rasa berbaloi untuk mendapatkan minuman murah dan sesedap ini selain berkhasiat untuk seisi keluarga. Jadi kalau korang berminat untuk mencuba, nak mendapatkan lebih info berkaitan produk ini boleh lah layari laman web seperti di bawah :

Laman web

Facebook

Malah jika korang berminat untuk menjadi stokis ataupun pengedar dikawasan korang, boleh lah hubungi 03-55195700 untuk pertanyaan.


You Might Also Like

3 comments

  1. Sally suka Jus Epal, sebab dia rasa sebiji macam kita makan buah Epal Fuji...manis manis pahit sikit tapi tetap sesuai untuk semua peringkat umur...pek 100ml pulak, tak puas rasanya!

    ReplyDelete