Restoran Kitchen Pot's, Jalan Reko Kajang


Bismillah,


Weekend hari tu aku sempat singgah di salah sebuah restoran yang terletak di Reko Sentral, Kajang. Sebenarnya aku dah lama perasan kedai ini cuma tak berkesempatan untuk siinggah. Asalnya sebelum ni kedai lain, tapi kini telah diambil alih oleh Kitchen Pot's.


Deko dan susun atur dalaman dan luaran kedai cantik, lebih-lebih lagi bila korang masuk ke ruang basuh tangan dan tandasnya. Di hadapan pintu masuk restoran diletakkan signboard menu besar yang mampu menarik pelanggan untuk datang berkunjung ke situ.


Ia bukan seperti restoran biasa yang korang singgah untuk makan tengahari so aku nasihatkan korang bawa wang yang mencukupi. Aku nak gak tau dengan harga yang ditawarkan tu, adakah rasanya juga setanding dan berbaloi?


Daripada menu yang ditawarkan, aku yakin restoran ini tidak hanya tertumpu pada masakan tempatan sahaja malahan ada juga disediakan menu masakan barat. Malah kalau korang taknak menu alacart, korang boleh pilih menu kombo.


Untuk menu aku hari tu, kami memesan set kombo Ikan Merah Masak Kari, Spaghetti, Kitchen Pot's signature set dan Nasi Goreng Tomyam. Untuk set kombo Ikan Merah Masak Kari, korang diberi pilihan sama ada untuk memilih ikan merah, ikan sembilang atau ikan jenahak dan selain kari korang juga boleh pilih asam pedas atau masak berlada.


Sementara menunggu hidangan tiba, kami diberikan juadah sampingan iaitu roti dan sup cendawan. Terkejut gak pada mulanya sebab kami tak memesan menu tersebut. Melihatkan pada 4 menu yang dipesan, aku terpaksa menggabungkan 2 meja pada masa yang sama.


Penuh atas meja kami dengan hidangan lagi-lagi set kombo ikan merah masak kari. Ada telur dadar, sambal belacan, ulam ulaman, buah buahan sebagai pencuci mulut dan air. Harga yang ditawarkan pula hanya RM18++. Kalau tak silap aku menu paling mahal adalah berharga RM60++. Aku rasa set kombo menu barat rasanya dan aku nak cuba lain kali.


Rasanya sedap, kari ikan merahnya pekat, kuah black peppernya juga sedap dan pekat. Untuk harga yang ditawarkan oleh Kitchen Pot's itu, aku sangat berpuas hati dan aku yakin ada rezeki lain aku akan kembali lagi untuk mencuba menu lain pula.

Jika korang berminat untuk mencuba menu yang ditawarkan di Kitchen Pot's boleh la datang atau hubungi alamat di bawah :


Kitchen Pot's
18G Jalan Reko Sentral 8
Reko Sentral, Kajang. 
Tel : 0387308831


Landmark
Berdekatan dengan stesen Petronas
Berhadapan dengan pasaraya Econsave
Berdekatan downtown Jalan Reko

2 Comments