Sebab Aku Fobia Naik Bas

9:43 AM


Bismillah,

Bila tengok bebudak sekolah berpusu naik bas, mula la aku nak cerita kisah aku gak. Almaklumlah 5 tahun berulang alik naik bas dari Kuantan ke Melaka. Ini situasi biasa pelajar sekolah berasrama macam aku. Setiap kali meningkat usia aku semakin bijak, beg yang aku galas semakin kecik. Tak se-noob masa lapor diri dulu. Naik bas bawak bantal-gayung-baldi.

Ini bukan kisah sekolah lagi. Aku sudah mula bekerja dan ditempatkan di Kuantan. Punya kereta tapi bila ditolak tambah, aku fikir menaiki bas lebih menjimatkan. Macam biasa aku naik bas daripada stesen bas Kuantan menuju ke Kajang.

Sekadar gambar hiasan

Aku tak pasti setiap kali aku duduk di kerusi bas, efek tu terus pergi ke perut. Rasa tak sedap padahal sebelum naik ok je. Kerusi aku tak jauh pun daripada driver bas jadi kalau aku nak turun buang air pun tak ada masalah.

Tapi yang masalahnya penumpang yang duduk kat sebelah aku. Barang-barang yang dia bawak macam baru keluar dari stor. Penuh ya amat sampai tak nampak kepala dia kat mana. Perut aku dah mula memulas dah ni walaupun masa tu bas baru bergerak.

Bas baru masuk lebuhraya tapi kepala aku dah berkolam takung peluh. Untuk menunggu bas berhenti ke hentian berikutnya ada lah dalam 60km lagi tetapi kalau ke hentian terdekat dalam 5km. Rasa bersalah plak kalau berhenti sekarang sebab bas baru bergerak tetapi aku dah tak tahan. Sedari tadi dok terangkat angkat punggung aku menahan seksa.

Aku kagum dengan potensi punggung aku sebab dia mampu mengemut lebih lama daripada jangkaan aku. Bas pun tak jauh daripada hentian R&R. Aku nak kena cepat bagitau driver bas sebelum terlepas. Masalahnya tak ada ruang nak menyelit. Aku cuba juga minta ruang daripada penumpang sebelah, tak menjawab. Rupa-rupanya dia dah bantai tido mati. Perghh situasi aku semakin mendebarkan.

"Kak bangun kak. Saya nak keluar ni!", aku terus tinggikan suara.

Terus dia terkejut dan cepat-cepat dia susun satu per satu begnya di atas lantai bas. Mak aih nak tunggu dia susun plak. Nak je aku kentutkan dia tapi pada masa yang sama bimbang 'benda' takut lain yang turut ikut keluar sekali.

Aku sempat bagitau driver dan berhenti di R&R selepas 10 minit bas bergerak. Sebaik aku keluar toilet aku nampak 18 pasang mata-mata dok usha ketat ke arah aku termasuk akak sebelah aku tadi. Korang faham apa yang aku rasa kan? Tercirit dalam bas atau berhenti seawal 10 minit perjalanan.. mana yang korang nak?

Jadi sejak hari tu aku tak naik dah bas. Aku lebih rela berhabis duit untuk naik kereta. Tak ada siapa nak marah aku kalau aku nak berhenti haha.

You Might Also Like

12 comments

  1. Odw dr endau ke kelantan.. mula2 naik bus dah sakit perut.. tahan sampai kat terengganu.. haha.. dasyat x?

    ReplyDelete
  2. alau nak terkencing tu pernah la..tu pun siksa menahan..

    wh..blog nampak lelaki sangat..tak la nampak cam blog adik2...hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. La...blog lambat loading rupanya..ingatkan tukar template..dah post komen baru dia loading penuh..Lawa yang tadi..

      Delete
    2. Yg td mcmn tu kak? Apa je yg ada n yg xde? Huhu

      Delete
  3. Dulu akak xde masalah macam ko dik..tp lately ni ada tiap kali naik train..time org ramai and time xde tempat nak duduk tu la perut ni buat hal....hampeh rasanya

    ReplyDelete
  4. kat melaka dulu belajar kat mana ek?

    ReplyDelete
  5. kalau naik bas memang benda macam ni la yang paling lemah, IQ dulu study di kedah berulang alik ke terengganu bila cuti, naik bas memang tak kan turun, risau bas tinggal.hahahaha!

    ReplyDelete
  6. Hehe...kalau nak kencing still boleh tahan lagi...tapi kalau perut buat hal...memang tak sanggup tahan...berkerut muka...HAHA

    ReplyDelete
  7. mendebarkan sangat cerita kau ni haha...

    ReplyDelete
  8. first time in blog bro. da follow pun.hehe
    jemput singgah blog sy :) http://www.yayacendana.com

    ReplyDelete
  9. Saya pun dh lama X naik bas. Lebih selesa drive kereta sendiri

    ReplyDelete