Selesanya BabyLove Playpants NanoPower Plus


Bismillah,

Rata-rata lampin pakai buang yang ada sekarang ni mahal-mahal belaka. Nak yang bagus, mahal plak harganya. Kalau nak murah, nipis dan cepat bocor plak. Tapi bulan lepas aku ada cuba satu produk lampin pakai buang untuk Jasmeen. Bukan je murah, tapi tahan lama. Maksud aku tak bocor. Yela Jasmeen dengan berat badan 25 kg jadi tak semua lampin suit ngan dia.


Korang patut cuba BabyLove Playpants NanoPower Plus. Haha panjang bebenor tapi tu la nama dia. Ada saiz dari saiz S sampai XXL. Untuk anak aku Jasmeen memang sesuai la dengan saiz XXL dengan berat badan lebih 25 kg dan ada 12 helai lampin di dalamnya. Harganya pun hanya RM25.90.


Apa yang menarik korang hanya perlu sarungkan sahaja dan tak perlu risau pasal pelekap. Lagipun lampin ni ada dua lapisan untuk mengelakkan daripada kebocoran. Apa yang aku tahu pasal NanoPower Plus ni ialah ada gel manik setebal 1 mm pada lapisan lampin yang mana fungsi dia sebagai teras penyerap. Hahaha kira gel tu akan memerangkap cecair la untuk elak kebocoran dan melecetkan kulit bayi.


Alhamdulillah anak aku pakai tak pernah lagi bocor. Tak de plak kulit melecet atau dia kata tak selesa. So korang pun patut cuba gak. Mana tau serasi ngan anak korang kan?


Korang boleh dapatkan lampin pakai buang
BabyLove Playpants NanoPower Plus ni di pasaraya-pasaraya besar yang terpilih atau beli sahaja melalui online di LAZADA. Korang boleh tengok DI SINI. Untungnya beli di LAZADA sebab ada diskaun harga. Makin banyak korang beli, makin murah harganya.

Tak rugi kan kalau mencuba. Berbaloi untuk wang korang.


1 Comments

  1. Bagus ni.. boleh suggest kat patient ena mana ibu2 yg lepas bersalin tu..

    ReplyDelete