Bazaar Berkonsep Kontena di KL Carnival Bukit Jalil


Bismillah,

Siapa sangka downtown Cheras terletak di Bandar Tun Razak sebelum ini yang telah ditutup kini telah berpindah dan bakal memulakan operasinya pada penghujung bulan Mac 2017 di Bukit Jalil. Tetapi kali ini transformasinya lebih hebat kerana ia bukan lagi dikenali sebagai downtown malah kini dikenali sebagai KL Carnival Bukit Jalil dan merupakan bazaar yang berkonsepkan kontena yang terbesar di Asia.


KL Carnival Bukit Jalil bakal menempatkan sebanyak 300 kontena dan juga 300 khemah daripada peniaga yang menjual pelbagai jenis barangan dan makanan. Aku biasa pergi ke downtown Cheras, itu pun aku dah rasakan betapa meriahnya suasana di sana. Inikan pula tapak yang bakal menempatkan 300 kontena dan khemah. Boleh melecet tapak kaki aku nanti hahaha.


Baru-baru ini aku sempat menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Media bersama pihak pengurusan KL Carnival Entertainment Shopping Bazaar Sdn. Bhd yang bertempat di tapak KL Carnival Bukit Jalil. Walaupun masih tiada kontena diletakkan, tetapi aku dapat lihat kawasan tapak KL Carnival Bukit Jalil tersebut sangat luas. Jangan bimbang kerana ada ruang parkir yang luas juga disediakan untuk para pengunjung.


Majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa artis tanahair seperti Amira Othman, Shiha Mentor, Jaafar Onn, Shida Gegar Vaganza, Ramona Zamzam, Ziha AF, Siti Fairuz dan ramai lagi. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KL Carnival Sdn. Bhd. Encik Mohd Rustam Bin Haji Roshandin, pelaburan sebanyak RM5 juta ini bakal memberi peluang kepada usahawan dan peniaga tempatan menjana pendapatan dan sekaligus menjadi lokasi atau lubuk membeli belah kepada pengunjung daripada pelbagai peringkat usia.


Pada peringkat awal sebanyak 50 buah kontena akan diletakkan terlebih dahulu pada waktu perasmiannya pada 24 Mac 2017 nanti dan selebihnya akan diletakkan dari semasa ke semasa sehingga bulan Mei 2017. Ini adalah kerana kontena-kontena tersebut hendaklah melalui pemeriksaan daripada pihak kastam dan memerlukan masa untuk dibawa masuk.


Majlis hari itu turut dihadiri oleh beberapa wakil media tempatan seperti TV3, Bernama, Harian Metro, Astro dan ramai lagi. Kami dihiburkan dengan persembahan daripada Atari Dance Project yang merupakan salah sebuah kumpulan tarian yang akan mengisi slot persembahan di KL Carnival Bukit Jalil nanti selain persembahan daripada artis-artis tempatan.

Majlis Pelancaran KL Carnival Bukit Jalil akan diadakan pada 24 Mac 2017 dan masa operasinya dari jam 8 malam sehingga 4 pagi setiap hari. Untuk maklukan lanjut berkenaan KL Carnival Bukit Jalil, pertanyaan mengenai sewaan tapak atau gerai jualan, bolehlah rujuk maklumat yang tertera di bawah :

Tel : 016-6232382 (En. Asan)/016-2696790 (En. Joe)

(Waze : 3.060967 : 101.696129)


3 Comments

  1. tak sabarnya..mesti penuh orang yang pergi nanti!

    ReplyDelete
  2. kenapa tgok awek2 yg cantik ja ni..

    klu mcm ni mmg kena pi. hehehe

    ReplyDelete
  3. tempat macam ni golongan muda suka pergii.. haa tak sabar nak tunggu siapp. nak terjah !

    ReplyDelete