Kaio Studio : Studio Photoshoot Terbaik Di Shah Alam


Bismillah,

Memandangkan adik aku nak kahwin lepas raya ni, menggigihlah abangnya ni tolong carikan photographer yang boleh hasilkan gambar berkualiti dan harga yang berpatutan di sekitar Shah Alam atau Lembah Klang. Adik aku kat Terengganu, jadi nak tak nak aku terpaksa ambil alih urusannya di sini.


Baru-baru ini mungkin rezeki aku lah katakan, aku sempat meninjau malah buat studio photoshoot bersama Kaio Studio yang bertempat di Seksyen 13, Shah Alam. Bagi yang baru dengar nama ni, Kaio Studio merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri ini. Mereka menyediakan khidmat studio photoshoot sama ada white studio atau black studio dan juga videografi kepada pelanggannya.


SEJARAH KAIO STUDIO
Khidmat mereka memang terbaik. Aku rasa menyesal kenapa 5 tahun lepas aku tak hire dorang untuk buat photoshoot majlis perkahwinan aku dulu. Mereka pun baru bertapak dalam industri ini sejak tahun 2012 yang mana diasaskan oleh saudara Anwar Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Kaio. Asalnya Kaio Studio hanya menghasilkan wedding videographer sahaja tetapi kini setelah 5 tahun beliau telah mengembangkan sayap dan kebolehannya dalam pelbagai genre seperti perkahwinan, event, advertising, kempen video dan program tv. Malahan kini beliau telah berjaya mempunyai studio dan team dengan nama sendiri.

http://www.kaiostudio.com/fashion/most-glam-next-fashion-videographer-winner-kaio-studio/



PENCAPAIAN KAIO STUDIO
Seawal pembabitan mereka dalam industri ini, mereka telah menerima anugerah Most Glam Fashion Videographer 2015 oleh Majalah Glam, pernah terlibat untuk sesi photoshoot bersama artis tersohor Anuar Zain di Paris untuk muka depan majalah Fashion & Travel dan ke Cairo, Mesir untuk sesi photoshoot bersama pereka fesyen ternama tanah air iaitu Ezuwan Ismail.

Antara pereka fesyen yang bernah mendapatkan khidmat daripada Kaio Studio adalah seperti Lynda Rahim, Wandpa, Melinda Looi dan Zawara. Selain dari itu, ramai para selebriti dan jenama-jenama pakaan ternama juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan khidmat dari Kaio Studio seperti Creacion by Dato Siti Nurhaliza, Adriana Yariqa (Jenama dari Singapura), Miasara Couture, Lumiere Concept dan ramai lagi.

Untuk tahu lebih lanjut dan melihat karya-karya fesyen dari Kaio Studio, boleh terus ke pautan di bawah.


PENGALAMAN PHOTOSHOOT DI KAIO STUDIO
Apa lagi boleh aku katakan, ianya merupakan pengalaman terbaik yang pernah aku lalui. Aku banyak deal dengan jurugambar-jurugambar lain tetapi Kaio Studio is the best. Kenapa? 

#Pertama
Dia dan team memang sangat sporting. Sangat peramah dan bila pertama kali jumpa, macam dah lama kenal. Mereka sangat membantu dari segi pose bergambar, sangat penyabar dan sering mengutarakan idea-idea bernas dan mudah sekiranya kita menghadapi masalah untuk bergambar. 


#Kedua
Ruang studionya sangat luas dan selesa. Mempunyai penghawa dingin, siap ada tilam lagi hahaha. Ada dua toilet yang sangat bersih dan ruang untuk bersolat kepada pelanggan muslim. 


#Ketiga
Kaio Studio mempunyai ramai team dan photographer yang berpengalaman. Lagipun peralatannya dan kelengkapan untuk photoshoot sangat up to date dan lengkap serba serbi. Bila aku tengok hasil selepas photoshoot, aku sangat terkejut dan teruja kerana gambarnya jelas dan tajam. Selalunya aku akan edit gambar terlebih dahulu tetapi tidak dengan hasil kerja daripada mereka. Muka tak siap macam aku ni pun boleh jadi hensem hahaha. 


Aku sangat berpuas hati dengan kualiti kerja dan hasil studio photoshoot di Kaio Studio. Jadi kepada korang yang masih tercari-cari studio photoshoot terbaik di Shah Alam atau sekitar Lembah Klang, aku cadangkan korang ambil Kaio Studio. Sangat berbaloi-baloi.







Antara khidmat-khidmat yang ditawarkan di Kaio Studio adalah :

1. Wedding photography and videography
2. Corporate photography and videography
3. Commercial video
4. Campaign video and photography
5. Music video

Link jenis-jenis servis yang ditawarkan ada di sini :


Bagaimana Nak Hubungi Kaio Studio?

KAIO STUDIO AND PRODUCTION SDN BHD,
1-06, Mitea Residence Office,
No.5 Persiaran Sukan, Seksyen 13, 
40100 Shah Alam, Selangor.

Boleh waze sahaja ‘KAIO STUDIO





3 Comments

  1. Wahh! Terbaik! Kami sangat berbesar hati kerana tuan sudi berkunjung ke KAIO STUDIO.

    ReplyDelete
  2. best kannn photoshoot mcm niii ! jom arr pasni kita plan shoot outdoor pulak, stail casual2 jee.. gituhh

    ReplyDelete
  3. terima kasih kerana sudi datang ke Kaio Studio untuk sesi studio photoshoot.
    kami sangat berbesar hati mendapat kunjungan Afzal.
    Harap dapat bekerjasama lagi di masa yang akan datang.

    www.kaiostudio.com

    ReplyDelete