Keseronokan Bermain Virtual Reality Game di VR Lab


Bismillah,

Ini merupakan kali pertama aku bermain Virtual Reality Game. Aku tak tau plak yang permainan ini seseronok ini. Lagi seronok kalau korang dapat bermain bersama beberapa orang rakan yang lain. Mana nak main? Apa kata kalau aku cadangkan korang main di VR Lab.


VR Lab merupakan pusat permainan Virtual Reality ini. Kini VR Lab mempunyai 7 cawangan di sekitar Lembah Klang antaranya VR Lab SS2, VR Lab SS15, VR Lab Sunway, VR Lab Kota Damansara, VR Lab Wangsamaju, VR Lab Manjalara dan VR Lab Publika.


Jangan ambil sejam sebab aku yakin korang takkan puas. Paling common pun 2 jam. Jangan risau pasal harga sebab ada promosi di sepanjang bulan Februari 2017 ini iaitu RM15/jam. Kalau tak ada promosi pun aku rasa harganya sangat affordable serendah RM35/jam. Makin lama korang main, makin murah korang bayar haha.


Ada banyak bilik yang disediakan.Korang boleh pilih samada bilik 4 orang, 6 orang atau bermain secara multiplayer. Di sana juga ada disediakan green room di mana watak korang akan berada di dalam permainan atau skrin.


Tempatnya sangat selesa, luas, ada kemudahan tandas yang bersih dan ada menjual barang makanan dan minuman. Jadi kalau korang datang, ajaklah keluarga dan kawan-kawan sekali. Seronok main sendiri, tetapi kalau main ramai-ramai lagi awesome!


Korang boleh rujuk maklumat di bawah untuk melihat lebih dekat apa sebenarnya VR Lab ini.


Atau korang taip je cawangan-cawangan VR Lab yang ada tu.


Kalau korang nak main, jangan lupa ajak aku sama okey!


8 Comments

  1. Haha sbb xde org nak amik gambar aku 😂

    ReplyDelete
  2. Ciannya takde org nak ambilkan gambar T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha xpe lebih selesa blakang tabir 😂 guna org lain sebagai model lebih baik 😂

      Delete
  3. Macam2 sekrang ni yek.. Dedulu main bolooo jerk.. hehehe

    ReplyDelete
  4. 2 jam?? mana cukupppppppppppp! hahahaa...

    ReplyDelete
  5. Thank you for coming, memang detail blog you! :D

    ReplyDelete