Bismillah,
Bila puan isteri ajak aku untuk review kafe Kopi & XOXO Nora Danish, aku fikir dua tiga kali. Takkan aku nak makan pisang goreng lagi. Petang tadi baru tapau balik pisang goreng. Then puan isteri paparkan IG Kopi & XOXO. Aku tak tunggu lama, terus setuju.
Kafe Kopi & XOXO dimiliki oleh selebriti terkenal tanahair, Nora Danish. Terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi kafe ini beroperasi dari pukul 12.30 tengahari sehingga 9.30 malam. Suasana kafenya santai, ada beberapa ruang untuk pengunjung menikmati hidangan sama ada di sudut perbincangan, kaunter ataupun meja.
Harganya boleh tahan tapi berbaloi bila menu yang disediakan itu kena dengan tekak kami sekeluarga. Puan isteri dah bagitau awal-awal yang dia nak datang repeat balik. Maknanya dia dah jumpa port Aglio Olio terbaiknya tu.
So pada korang yang berminat nak mencuba menu yang ada di kafe Kopi & XOXO boleh lah rujuk maklumat yang tertera di bawah :
Kopi XOXO Bangi
D-08-G Paragon Point 2,
Jln Medan PB5 Seksyen 9,
Bandar Baru Bangi.
Waktu Operasi:
Selasa - Khamis : 12:30 - 11:00 pm
Jumaat & Sabtu : 12:30 - 1:00 am
Ahad : 12:30 - 11:00 pm
Isnin TUTUP
Facebook : www.facebook.com/KopiXoXo
Instagram: www.instagram.com/kopi.xoxo
4 Comments
aglio olio tu berapa harga?
ReplyDeleteSalam perkenalan.. wah sedapnya.. teringin nak ke sini juga nanti.. done follow & blogwalking. :)
ReplyDeletenampak sedap semuanya dan cosy sangat temnpat tu
ReplyDeletenak terjah jugak la..
ReplyDelete