Kopi & XOXO By Nora Danish, Bandar Baru Bangi


Bismillah,

Bila puan isteri ajak aku untuk review kafe Kopi & XOXO Nora Danish, aku fikir dua tiga kali. Takkan aku nak makan pisang goreng lagi. Petang tadi baru tapau balik pisang goreng. Then puan isteri paparkan IG Kopi & XOXO. Aku tak tunggu lama, terus setuju.


Untuk pengetahuan korang, kafe Kopi & XOXO tidak hanya menyediakan menu pisang goreng atau Gorpis sahaja, malah di sana juga ada menyediakan menu tempatan dan barat. Jadi korang masih ada pilihan lain sama ada untuk memilih makanan berat atau menu santai.


Kafe Kopi & XOXO dimiliki oleh selebriti terkenal tanahair, Nora Danish. Terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi kafe ini beroperasi dari pukul 12.30 tengahari sehingga 9.30 malam. Suasana kafenya santai, ada beberapa ruang untuk pengunjung menikmati hidangan sama ada di sudut perbincangan, kaunter ataupun meja.


Di sini semuanya layan diri. Pengunjung dikehendaki untuk memesan menu di kaunter dan diingatkan di kafe Kopi & XOXO ini tidak menyediakan perkhidmatan wifi, so di sini korang memang dapat meluangkan masa bersama keluarga atau kawan-kawan.


So untuk malam tu aku pesan menu Burger Phat dan Kopi XOXO, puan isteri pula Spicy Aglio Olio Beef dan Hot Lemon dan untuk Jasmeen aku pesan Carbonara dan Milo Iced. Burger Phat gemuk, patty nya tebal, ada ham daging, ada telur mata goyang dipadankan plak dengan Mashed Potato dan dan brokoli. Pergh tu pun aku dah kenyang.


Untuk Carbonara dan Spicy Aglio Olio Beef, portion dia banyak dan sedap. Spicy Aglio Olio Beef nya memang pedas manakala Carbonara nya sangat creamy, sama macam menu yang aku kongsikan sebelum ini :


Harganya boleh tahan tapi berbaloi bila menu yang disediakan itu kena dengan tekak kami sekeluarga. Puan isteri dah bagitau awal-awal yang dia nak datang repeat balik. Maknanya dia dah jumpa port Aglio Olio terbaiknya tu.


So pada korang yang berminat nak mencuba menu yang ada di kafe Kopi & XOXO boleh lah rujuk maklumat yang tertera di bawah :

Kopi XOXO Bangi
D-08-G Paragon Point 2,
Jln Medan PB5 Seksyen 9,
Bandar Baru Bangi.

Waktu Operasi:

Selasa - Khamis : 12:30 - 11:00 pm
Jumaat & Sabtu : 12:30 - 1:00 am
Ahad : 12:30 - 11:00 pm

Isnin TUTUP



4 Comments

  1. Salam perkenalan.. wah sedapnya.. teringin nak ke sini juga nanti.. done follow & blogwalking. :)

    ReplyDelete
  2. nampak sedap semuanya dan cosy sangat temnpat tu

    ReplyDelete