Lepak Santai di Orked Lavender Kafe


Bismillah,

Ada satu kafe di Bandar Baru Bangi yang boleh korang pin point sebagai lokasi R&R. Kenapa aku katakan R&R (Rawat & Rehat)? Sebab selain menjamu menu yang disediakan, suasana kafe ini sangat mendamaikan. Ini kerana kafe ini turut memainkan melodi instrumental sebagai halwa telinga para pengunjung. Kafe yang aku maksudkan ialah Orked Lavender Kafe.


Ruang kafenya luas, ada beberapa mural yang sangat cantik, susun atur meja dan kerusi kemas dan semestinya makanan yang dihidangkan juga lazat. Ada buaian untuk duduk santai di bahagian luar, ada ruangan sofa, ruang mural untuk bertambar dan alunan muzik instrumental.


Kalau korang datang ke sini aku cadangkan korang cuba beberapa menu yang ada di sini. Korang boleh cuba Nasi Dagang, Laksa Johor, Carbonara, Spaghetti Bolognese, waffle, keropok lekor, Lok Ching (sate bebola ikan) dan macam-macam lagi.


Aku suka makan Nasi Dagangnya. Kuahnya pekat, isi ikan tongkolnya sangat segar dan ada Lok Ching lagi haha. Kalau korang tak mahu ambil menu berat, apa kata korang pesan keropok lekor dan Lok Ching. Keropoknya hitam tanda ada banyak ikan, bukan tepung. Bila makan Lok Ching, mengimbau balik menu wajib sementara tunggu bas sampai waktu sekolah rendah dulu-dulu.


Lagi satu rugi kalau korang datang ke Orked Lavender Kafe ini kalau korang tak cuba signature menunya iaitu Oreo Cheese Volcano Milkshake. Perghh memang superb, besar pun besar. Kira untuk saiz cawan sebesar itu aku kongsi berdua dengan puan isteri. Terasa pekat coklatnya.


Jadi kalau korang berada di Bandar Baru Bangi, boleh la korang bawa keluarga untuk menikmati menu yang ada di sini seperti yang tertera di bawah.


Orked Lavender Kafe
7-G Jalan Medan Pusat 2D, Pusat Bandar Bangi Bangi , Malaysia
(seberang jalan Fizomawar Kitchen)


5 Comments

  1. okay nampak best. boleh la melepak kat sini nanti

    ReplyDelete
  2. aku nmpk jasmeen makan je terus lapaq

    ReplyDelete
  3. environment best..makanan pun nampak sedap..:)

    ReplyDelete
  4. ahhaha berselera si comel minum air hispterr..
    nak cuba lah nanti.

    ReplyDelete