Review GT Mobile : GT-888


Bismillah,

Sebelum ini aku ada ceritakan berkaitan GT Group kan? Dalam GT Group terdapat beberapa produk yang telah mereka hasilkan dan telahpun berada di dalam pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Jadi hari ni aku nak review salah satu model telefon keluaran GT Group iaitu GT-888.



GT-888 merupakan siri terbaru yang pernah dihasilkan oleh GT Group. Siri ini didatangkan dengan beberapa teknologi terkini dan sangat mesra pengguna. Apa yang paling menarik perhatian aku ialah ciri kamera belakangnya. Walaupun kamera belakangnya hanya 8MP, tetapi gambar yang dihasilkan sangat tajam dan jelas.


Lagi satu paparan skrin untuk mengambil gambar sangat jelas dan terang. Selain daripada itu GT-888 ini ada fungsi timeslap. Fungsi ini hanya ada pada sesetengah model telefon sahaja seperti jenama iPhone. Fungsi timeslap adalah untuk mempercepatkan gerakan video yang dirakam. Ia sangat sesuai bagi mereka yang banyak membuat rakaman menggunakan telefon.


Walaupun berkapasiti 2550mAH, baterinya juga tahan lama sehingga dua hari dengan penggunaan maksimum termasuklah menonton Youtube, permainan dan mengambil foto. Telefon ini juga sangat ringan dengan berat hanya 160 gram sahaja. Didatangkan dengan 2GB RAM dan 16GB ROM dan boleh menampung sehingga 64GB.


Bahagian yang paling awesome adalah ia hanya memerlukan 15 minit untuk mengecas bateri sebanyak 35%. Untuk aku yang banyak menggunakan telefon untuk membuat kerja seharian, aplikasi seperti ini sangat-sangat membantu. Dalam masa lebih kurang 45 minit aku dah boleh mengecas penuh bateri telefon aku.


Di bawah ini aku lampirkan sekali spesifikasi yang telah dipatenkan pada GT-888 ini.


Apa-apa pun GT-888 merupakan sebuah siri telefon terbaik yang ada di pasaran. Siapa tahu melalui beberapa inovasi lagi, ia mampu menyaingi jenama-jenama telefon terkemuka yang berada di pasaran tempatan mahupun antarabangsa.


Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web yang tertera di bawah :


2 Comments

  1. sebelum ni tertanya-tanya juga, apa tu GT group. sekarang ni dah terjawaplah persoalan itu. hehehe.

    ReplyDelete
  2. kita suka tgk youtube, drama online memang best sound superb..

    ReplyDelete