Bismillah,
Pertama kali aku nampak phone ni sewaktu bengkel Redmi 4A anjuran Involve Asia dengan kerjasama Lazada kelmarin, aku dah berkenan dengan design dan bentuknya yang cantik. Nipis dan ringan sangat, hanya 131.5g dan setebal 8.5mm. Bukan seperti model keluaran Xiaomi yang lain, Redmi 4A hanya didatangkan dalam 2 warna sahaja iaitu warna Gold dan Red Rose.
Lagi gempak bila tahu Redmi 4A ini mampu mengakses dua akaun media sosial dalam satu telefon. Bermakna dalam telefon ini korang boleh akses dua akaun Whatsapp, dua akaun Instagram, dua akaun Facebook dan macam-macam lagi pada masa yang sama.
Tapi kalau korang nak dapatkan harga murah ni, korang hanya boleh dapatkan di portal shopping online Lazada. Korang boleh klik link di bawah untuk lihat spesifikasi dan harga yang ditawarkan dengan lebih lanjut.
Xiaomi Redmi 4A telah berada di pasaran Malaysia sejak Januari 2017 lagi. Aku pengguna jenama Xiaomi Redmi Note 2 Prime dan aku masih menggunakannya sehingga kini. Jadi aku percaya Redmi 4A juga mampu memberi persaingan kepada telefon pintar yang berada di dalam pasaran tempatan.
Murah. Spec hebat. Kamera sharp. Itu je yang mampu aku katakan. Cuba la dulu mana tau korang jatuh cinta nanti huhu.
3 Comments
yeaayy ada review ! hehehe dok cari baru jumpa..
ReplyDeletehehehe
Serius murah tu.....
ReplyDeleteJatuh cinta dengan color red rose tu.
ReplyDeleteLazada memang best