Review Xiaomi Redmi 4A Di LAZADA


Bismillah,

Pertama kali aku nampak phone ni sewaktu bengkel Redmi 4A anjuran Involve Asia dengan kerjasama Lazada kelmarin, aku dah berkenan dengan design dan bentuknya yang cantik. Nipis dan ringan sangat, hanya 131.5g dan setebal 8.5mm. Bukan seperti model keluaran Xiaomi yang lain, Redmi 4A hanya didatangkan dalam 2 warna sahaja iaitu warna Gold dan Red Rose.

Paparan permukaannya bersaiz 5 inci dengan resolusi 1280x720. Dipatenkan dengan mod membaca dan color color auto adjustment. Model Redmi 4A ini hadir dengan kamera depan 5MP dan 13MP untuk kamera belakang yang mana ada fungsi Beautify dan Pro untuk mereka yang gemar bergambar selfie.


Prosesor Redmi 4A adalah Quad core, Snapdragon 450 1.4GHz dan Adreno 308 GPU. Bila dipadankan dengan baterinya yang berkapasiti 3120mAH, ia mampu bertahan sehingga 7 hari dalam mod sedia.


Redmi 4A ini dilengkapi dengan 2GB RAM dan 16GB ROM tapi mampu menampung sehingga 128GB ROM. Jangan bimbang kerana terdapat dua slot untuk sim kad dan satu slot untuk memori kad. Telefon ini merupakan telefon pintar 4G dan menggunakan perisian terkini iaitu MIUI8.


Lagi gempak bila tahu Redmi 4A ini mampu mengakses dua akaun media sosial dalam satu telefon. Bermakna dalam telefon ini korang boleh akses dua akaun Whatsapp, dua akaun Instagram, dua akaun Facebook dan macam-macam lagi pada masa yang sama.


Apa yang lebih mengejutkan aku bila dah tau semua spec yang diperkenalkan pada telefon pintar Redmi 4A ini, harga yang ditawarkan pula hanya RM459 sahaja. Murah kan? Dengan spec yang ada tu aku budget harga dia dalam RM700 macam tu. Tak sangka pulak semurah ini. Serius aku terkejut. Ni yang rasa nak beli satu ni.

Tapi kalau korang nak dapatkan harga murah ni, korang hanya boleh dapatkan di portal shopping online Lazada. Korang boleh klik link di bawah untuk lihat spesifikasi dan harga yang ditawarkan dengan lebih lanjut.



Xiaomi Redmi 4A telah berada di pasaran Malaysia sejak Januari 2017 lagi. Aku pengguna jenama Xiaomi Redmi Note 2 Prime dan aku masih menggunakannya sehingga kini. Jadi aku percaya Redmi 4A juga mampu memberi persaingan kepada telefon pintar yang berada di dalam pasaran tempatan. 

Murah. Spec hebat. Kamera sharp. Itu je yang mampu aku katakan. Cuba la dulu mana tau korang jatuh cinta nanti huhu. 


This Lazada x Mi event was organized by Involve Asia. Lazada voucher sponsored by ShopCoupons.

3 Comments