6 Produk Terbaik Hilangkan Kesan Parut Di Dunia


Bismillah,

Kalau zaman dulu parut pada seorang lelaki adalah biasa malah ada juga melabelkan lelaki berparut sebagai seorang yang kuat, hebat dan lasak. Tapi sekarang label-label tersebut tak lagi relevan. Lelaki kini lebih mementingkan penjagaan rupa paras untuk penampilan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Malah ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mendapatkan kulit yang cantik melalui pembedahan plastik.


Kenapa ambil risiko pembedahan jika ada 6 produk terbaik hilangkan kesan parut di dunia kini ada di dalam pasaran Malaysia seperti di bawah?

Bio Oil

Salah satu produk yang terkenal sejak dahulu lagi kerana sering berada di dalam iklan televisyen. Ia diformulasikan dengan minyak PurCellin yang mampu mengatasi masalah parut dan regangan kulit lebih-lebih lagi kepada ibu yang baru melahirkan anak.

Produk Bio Oil didatangkan dengan 2 saiz iaitu 60 ml dan 125 ml. Ia juga khas untuk mereka yang mengalami masalah kulit sensitif, penuaan kulit dan masalah kulit kering. Ia juga boleh diperolehi dengan mudah di farmasi-farmasi dan pasaraya besar di seluruh negara.

Mederma

Antara produk lain yang mampu menghilangkan parut pada anggota badan adalah Mederma. Diformulasikan dengan kandungan Vitamin E dan aloe vera, ia bertindak menganjalkan permukaan kulit, membantu menegangkan kulit dan pada masa yang sama melicinkan kulit.

Banyak juga testimoni diperolehi daripada pengguna berkaitan produk Mederma ini mengatakan produk ini amat berkesan cuma ia mengambil masa yang lama sedikit untuk memperlihatkan hasil dan keberkesanannya. Ia di datangkan dalam dua saiz iaitu 20 gram dan 50 gram dan boleh didapati di farmasi-farmasi terkemuka di Malaysia.

Azanis Scar Serum

Antara produk yang terbukti berkesan dan telah mendapat pasaran meluas di beberapa buah negara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand. Banyak testimoni mengatakan yang produk Azanis Scar Serum ini lebih cepat menghilangkan parut berbanding produk lain.


Didatangkan dengan saiz 15ml, ia diformulakan dengan Vitamin E Natural yang berfungsi sebagai anti-radang dan kandungan antioksidanya yang tinggi selain mempunyai kandungan Cocoa Butter. 

Ramai pengguna yang memberikan testimoni positif terhadap keberkesanan produk ini lebih-lebih lagi ia lebih cepat menghilangkan kesan parut degil dan lama. Ia antara produk yang terlaris dan mendapat tempat di hati pengguna di luar sana. Produk ini boleh didapati di farmasi-farmasi terpilh dan juga secara online.

Dermatix

Dermatix secara klinikalnya berfungsi untuk menghilangkan dan memudarkan parut pada kulit selain menghilangkan kegatalan pada kawasan parut lama dan juga baru. Ia juga digunakan sebagai 'sunblock' bagi melindungi kulit daripada terus-terusan menerima Sinaran UV daripada matahari. 

Pengguna juga banyak meninggalkan testimoni terhadap keberkesanan produk Dermatix ini cuma harganya lebih mahal jika hendak dibandingkan dengan produk-produk lain yang berada di dalam pasaran. Ia didatangkan dalam 2 saiz berupa tiub iaitu saiz 7 g dan 16 g. Pengguna yang baru menggunakan produk ini dan mempunyai masalah kulit sensitif dinasihatkan mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor terlebih dahulu. 

White Lotus

White Lotus merupakan produk yang berasal dari negara China tetapi rata-ratanya memberi testimoni baik terhadap produk ini. Ia diformulasikan daripada bahan organik yang diperbuat daripada teh hijau di mana ia berfungsi untuk menghilangkan parut pada badan dan pada masa yang sama memperbaiki sistem kitaran aliran darah

Ia didatangkan di dalam saiz 25 ml dan merupakan salah satu produk yang menggunakan herba cina terpilih bagi mengatasi masalah parut pada badan. Ia juga boleh didapati di farmasi-farmasi terkemuka di dalam negara. 

Hiruscar

Ini adalah produk terakhir yang dicadangpakai untuk menghilangkan kesan parut pada badan dan wajah. Ia juga boleh di dapati di Watson, Guardian dan Vitacare. Diformulasikan melalui MPS gabungan, Allium Cepa dan empat komponen yang lain, ia berkesan untuk merawat permukaan parut dengan menghalang tisu rosak dan tidak baik untuk tumbuh pada permukaan kulit. 

Keberkesanannya bergantung kepada saiz dan tahap serius parut pada kulit, dalam julat 4 hingga 6 bulan. Yang penting kena sentiasa amalkan pemakaiannya dan jangan berhenti untuk terus mencuba. 

Itu adalah 6 produk terbaik hilangkan kesan parut di dunia. Korang boleh baca lebih banyak testimoni-testimoni pengguna yang pernah mencuba. Nak hilangkan kesan. Parut cepat atau lambat, terpulang kepada diri sendiri. Yang penting jangan jemu untuk mencuba memperbaiki penampilan diri sendiri. 


0 Comments