Dr Medispa And Wellness : Facial Treatment Terbaik Di Kajang


Bismillah,

Last week aku sempat bawa puan isteri ke Jalan Reko, Kajang. Dikatakan kat sana ada sebuah pusat terapi kesihatan yang baru dibuka. Tu pun kawan aku yang cadangkan sebab dia pun tengah buat weight loss treatment kat sana. Aku plak sebenarnya teringin nak buat Dermapen Facial Treatment kat Dr Medispa and Wellness ni tapi doktor sarankan aku buat step by step dulu.


Lokasinya di Jalan Reko, pin point di tingkat 1 atas KK Mart dan bersebelahan dengan pusat karaoke Malaysia Idol. Untuk pengetahuan korang, pusat terapi Dr Medispa & Wellness ini speciality mereka adalah treatment anti-jerawat yang berkaitan dengan masalah kulit dan muka. Tetapi selain itu juga ada juga disediakan beberapa treatment yang boleh korang cuba macam weight loss treatment, untuk pasangan yang cuba untuk mendapatkan zuriat, facial treatment dan macam-macam lagi.


So Dr Azira (person incharge untuk pusat terapi) mencadangkan agar wife aku buat Hydradermabrasion treatment. Korang biasa dengar? Aku first time dengar haha. Tetapi aku terkejut kerana teknik Hydradermabrasion ini sedang hangat dipraktikkan di Hollywood. Ia mengambil masa dalam 1 hingga 2 jam paling lama tetapi jangan risau sebab setiap teknik, terapi dan ubat-ubatan yang digunakan di Dr Medispa & Wellness ni telah mendapat kelulusan KKM.


Rawatan yang diberikan kepada setiap pesakit atau pelanggan dilakukan sendiri oleh Dr Azira. Untuk pengetahuan, Dr Azira mempunyai pengetahuan luas berkaitan aesthetic dan mempunyai kelulusan University College of Cork, Ireland dan memperolehi ijazah dalam bidang perubatan (MB BCH BAO). Jadi korang boleh jalani rawatan di sini dengan tenang tanpa perlu rasa bimbang.


Untuk Hydradermabrasion yang puan isteri lakukan ada beberapa peringkat seperti di bawah :


  • Step 1 Cleansing.
  • Step 2 Double cleansing
  • Step 3 Opening up the pores and layer it with our therapeutic oil
  • Step 4 Start the Hydradermabrasion
  • Step 5 Layering with Hyaluronic plus doctor formula mask
  • Step 6 Facial massage
  • Step 7 Ultrasonic treatment
  • Step 8 Omega LED light therapy to enhance skin cell to rejuvenate
  • Step 9 Serum applications


Mask yang digunakan untuk treatment Hydradermabrasion ni sangat special kerana daya penghidratannya, pemulihan, pemutihan kulit di samping kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan anti oksida.


Untuk treatment ni disyorkan dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali bagi mereka yang mempunyai masalah kulit wajah seperti jerawat atau bintik hitam tetapi untuk puan isteri pula Dr Azira sarankan sebulan sekali kerana faktor kulitnya yang sihat.


Kebanyakan pelanggan-pelanggan Dr Medispa & Wellness terdiri di kalangan golongan muda yang mementingkan penjagaan kulit wajah, pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga, mereka yang mengalami masalah berat badan dan pasangan yang mengalami masalah sukar untuk hamil.


Seronoknya di sini kita boleh berehat dan bersantai, setelah treatment pelanggannya akan dijamu dengan minuman dan cookies. Lagipun Dr Azira sangat friendly dan korang takkan kekok walaupun pertama kali berjumpa.


ivboost treatment juga dijalankan di sini

Jadi kalau korang nak buat treatment, boleh la cuba di Dr Medispa & Wellness yang terletak di Jalan Reko, Kajang. Korang boleh rujuk maklumat dibawah untuk mendapatkan khidmat nasihat Dr Azira atau sebarang pertanyaan lanjut berkenaan rawatan dan temujanji.

Dr Medispa & Wellness
No 6-1, Jalan Reko Sentral 6,
Reko Sentral, Jalan Reko
Kajang, Selangor


3 Comments